Google
 

Friday, January 29, 2010

Holocaust Senjata Israel Dapatkan Simpati Kuasa Besar Dunia

Kelmarin, Rabu 27 Jan 10 merupakan hari yang menjadi ingatan kepada golongan Yahudi meraikan hari jadi bebasnya mereka dari penindasan barat atau lebih tepat persengketaan dengan golongan Kristian di barat.

Golongan Yahudi meraikan penutupan Kem 'Mati' atau Death Camp di Auschwitz, Poland. Kem ini dibina oleh Nazi German sebagai kem untuk golongan yang dihukum oleh mereka atas pelbagai alasan. Kem ini ditutup pada tahun 1945, 27 Januari. Sebenarnya pada tarikh tersebut, kem itu dibebaskan oleh Tentera Merah Soviet yang dikenali sebagai The Soviet Red Army.

Maknanya, tahun ini adalah sambutan 65 tahun pembebasan kem tersebut yang banyak melegakan orang Yahudi. Kalau tak, mungkin ramai lagi orang Yahudi yang akan mati di Eropah pada waktu tersebut.

Tidak diketahui dengan tepat berapakah jumlah bangsa Yahudi yang mati di kem tersebut, tetapi ada yang kata ia melebihi 1 juta.

Ada yang kata keseluruhan orang Yahudi yang dibunuh pada zaman Perang Dunia ke-II ialah lebih 6 juta.

Betul atau tidak, taktau la sebab sukar untuk mendapat fakta dan maklumat yang tepat..

Peristiwa pembunuhan orang Yahudi inilah yang dikenali sebagai Holocaust. Sebahagian melihat bahawa peristiwa ini dijadikan peristiwa penting untuk mendapat simpati barat.

Buat masa sekarang, barat mempertahankan peristiwa pembantaian tersebut dan sesiapa yang cuba menafikan akan dikecam.

German juga menyokong berlakunya peristiwa Holocaust dan menerima bahawa berjuta-juta bangsa Yahudi yang telah dibunuh.

Hanya Iran yang konsisten mempersoal tentang Holocaust. Iran tak setuju peristiwa tersebut membunuh 6 juta bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi ni tak ramai, ada sekitar 10juta aja waktu tu, jadi kalau dah 6 juta kena bunuh, tinggal lagi 4 juta bangsa Yahudi ni. Jadi, macam tak logik pulak, takkan 4 juta aja yang tinggal. Dan lagi banyak benda-benda yang tidak boleh dipersoalkan tentang peristiwa tersebut membuatkan Iran rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Holocaust.

Pada amatan saya, ya la peristiwa Holocaust itu bolehlah diterima kejadiaannya.. tetapi saya juga ada kalanya mempersoalkan jumlah mangsa yang diberitahu kepada dunia. Apakah angka itu berbentuk rekaan? Saya tak tahu.. ada yang kata boleh jadi jumlah itu rekaan.

Atas pertimbangan-pertimbangan barat ini; setelah mereka membantai golongan Yahudi, setelah mereka lanyak golongan Yahudi; sekarang mereka cuba menebus kesalahan tersebut dengan mendokong negara Yahudi.. yang menjadi mangsa untuk barat menebus kesalahan ini ialah masyarakat Palestin.

Macamana kesalahan yang dilakukan barat, tetapi masyarakat Palestin menjadi mangsa?

Kalau barat jujur, sepatutnya mereka berilah sedikit wilayah mereka untuk didirikan negara Yahudi.. kenapa perlu Palestin? buatlah negara Yahudi di Poland ke .. atau di Austria ke.. atau di mana-mana yang sesuai.

Ini tidak; Palestin yang diambil untuk jadi negara Yahudi.

Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi Lagi

Media-media elektronik telah memaparkan berita mengenai kepala babi yang dijumpai di perkarangan 2 masjid di Jalan Klang Lama.

Mengapa kepala babi? mengapa tidak kepala anjing ke; kepala kuda ke; kepala kambing ke?

Kepala babi lambang sensitiviti kepada orang Islam.. babi dikira sebagai binatang yang jijik; bernajis.. jijiknya lebih teruk dari anjing yang jelas najis hukumnya.

Oleh sebab itu, nak timbulkan kemarahan orang Islam adalah dengan kepala babi. Orang Islam tak suka babi. Walaupun ada orang Islam yang sanggup minum arak, berzina, makan riba, makan harta anak yatim, tetapi dalam bab babi, mereka surrender, mereka lemah..mereka takkan sentuh, takkan makan.. kalaupun ada yang makan babi, itu orang yang otaknya sudah 'short' atau 'wayarnya' dah putus.

Dulu kepala babi dijumpai dalam surau di akademi pengajian Islam, UM.. yang ini lagi tragis sebab kepala babi tu dijumpai dekat dengan mimbar khatib; maknanya kepala babi tu diletak dalam surau.. habis karpet surau kena tukar.

Pelakunya masih belum ditemui. Saya pun taktau samada kes ini masih disiasat atau sudah ditutup fail.

Kali ini mungkin atas sebab nak timbulkan kemarahan umat Islam, kepala babi terus menjadi mangsa dijadikan bahan untuk menimbulkan kemarahan.

harapnya bolehla jumpa pelaku provokasi ini ... dakwa mereka; hukum mereka kerana telah menimbulkan rasa tak aman dalam masyarakat.

Monday, January 25, 2010

Sikap Turki Meresahkan Israel

Israel sudah terasa tidak senang dengan Turki. Turki pula dengan jelas menunjukkan sikap tidak senang mereka ke atas Israel. Ia jelas bermula setelah berlaku konflik Gaza 2008 - 2009 yang lalu. Konflik tersebut membawa kepada kritikan Erdogan terhadap rejim zionis semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia di Davos pada tahun lepas. Bayangkan, Erdogan dengan selamba terus berjalan keluar dari pentas dihadapan Peres. Berkerut dahi Peres, tak menyangkan Erdogan berani bertindak memalukan beliau dengan cara itu.

Hubungan antara kedua-dua negara ini terjalin sejak awal penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Turki menjadi negara majoriti umat Islam yang pertama mengiktiraf Israel. Mereka saling bekerjasama dalam banyak perkara. Ini termasuk hal ehwal ketenteraan / pertahanan. Israel membantu memodenkan ketenteraan Turki.

Turki menandatangi FTA dengan Israel pada tahun 2000. Israel ekspot lebih USD1.5 billion barangan dan perkhidmatan ke Turki. Israel mengimpot lebih USD 1 bilion dari Turki. Turki juga melakukan perjanjian untuk membuat 'pipeline' ke Israel bagi membekalkan air, minyak, gas dan elektrik.

Turki adalah negara majoriti umat Islam pertama yang melakukan perjanjian FTA dengan Israel. Negara Arab ada yang tidak senang dengan tindakan itu, tetapi tidak boleh berbuat apa. Turki melihat bahawa mereka perlu bersikap neutral dalam melakukan hubungan dagang dengan Israel.

Bantuan / kerjasama ketenteraan dapat dilihat di mana Israel membantu memodenkan:
1. Pesawat F-4 Phantom dan dan F-5; jumlah melebihi USD 900 juta
2. Menaiktaraf kereta perisai 'Sabra' M60-patton; dengan nilai USD 500 juta

Begitulah serba sedikit pentingnya Israel kepada Turki dan pentingnya Turki kepada Israel.

Sesetengah orang tak boleh nak fikir macamana boleh berlaku begini, iaitu bagaimana Turki boleh rapat sangat hubungannya dengan Israel... sedangkan Turki ini bekas pentadbir dunia Islam dan pernah menguasai dunia melalui kerajaan Othmaniyyah.

Inilah kesan sekularisme yang parah; pemikiran yang dipaksa masuk ke dalam kepala orang Turki. Ini kesan dari budaya pemikiran sekular pemimpin mereka yang menjadi 'boneka' imperialisme barat tetapi diangkat sebagai tokoh masyhur di Turki, Kamal al-Tartuk.

Ramai di antara kita di Malaysia mengutuk Kamal al-Tartuk; tetapi jika kita ke Istanbul, orang Turki menghormati dan menganggapnya sebagai tokoh tersohor.

Kini ... hubungan Turki - Israel tidak mesra. Sudah nampak bibit-bibit pemimpin Turki yang tidak mahu tunduk kepada Israel. Turki sudah mengkritik keganasan Israel secara terbuka. Tiada berselindung lagi.

Ini yang meresahkan Israel kerana dunia tidak akan menyokong mereka lagi. Dunia akan tahu bahawa mereka memang zalim. Dunia akhirnya nanti akan menghukum Israel. Saya rasa tak lama lagi perkara ini akan berlaku; iaitu dunia mengutuk Israel dan tidak memberi sokongan kepada mereka.

Selama ini Israel hidup di atas simpati barat. Mereka disokong oleh barat. Mereka diberi duit oleh barat. Mereka buat kerja untuk barat. Adakalanya, barat buat kerja untuk Israel. Barat pun tunduk dan patuh pada Israel.

Tetapi, jika mereka tidak disokong oleh barat, mereka pasti akan hancur lebur. Saat itu pasti akan muncul di mana mereka tidak mendapat sokongan barat. Waktu itu, mudahlah Islam bangkit membebaskan Palestin dari cengkaman Israel... dan Islam akan mentadbir secara aman, adil dan saksama seperti yang ditunjuk oleh Umar al-Khattab dan Salahudin al-Ayyubi.

Buat masa ini, Israel masih lagi angkuh..tetapi keangkuhan mereka dilihat dunia sebagai kezaliman.

Dua minggu lepas, iaitu pada 11 Jan 2010, Timbalan Menteri Luar Israel, Ayyalon, memanggil duta Turki ke Israel, Celikkol untuk mengadap beliau. Ayyalon dengan sengaja meletakkan kerusi Celikkol rendah ke bawah, dan tempat Ayyalon duduk itu lebih tinggi. Dia tidak meletak bendera Turki atas meja ketika duta Turki ada di pejabatnya. Apabila ditanya pemberita, Ayyalon seolah angkuh dengan menggambarkan bahawa Israel lebih tinggi dari Turki... "The main thing is that you see that he is seated low and that we are high ... that there is one flag on the table (the Israeli flag) and that we are not smiling." Itulah... sombong dan angkuh Israel. Mereka anggap merekalah 'the chosen people', orang lain termasuk Kristian adalah 'second class'.

Ayyalon panggil Celakkol kerana di Turki telah ditayangkan satu program yang telah menunjukkan keganasan Israel semasa konflik Gaza; tayangan yang menunjukkan tentera Israel mengganyang rakyat Palestin.

Nah, Israel cukup takut keganasan mereka didedahkan oleh dunia... kerana mereka takut kehilangan sokongan barat, hilang bantuan barat dan barat tidak menghormati mereka. Paling mereka takut sekarang ialah kehilangan sokongan Amerika terhadap mereka. Mereka takut Obama melebihkan orang Islam, atau membela orang Islam.

Sebab itulah, Israel sudah mula resah terhadap sikap Turki. Bimbang Turki boleh mempengaruhi negara lain.

Labels: , , ,

Thursday, January 14, 2010

Buku Islam Liberal

Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009. Pelancarannya dilakukan oleh YB Senator Dato' Jamil Khir Baharom ketika beliau merasmikan Seminar Dunia Islam Kontemporari anjuran PUM pada 15 Ogos 2009.

Buku ini diselenggara bersama oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Ali, seorang pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, UM, dan saya sendiri.

Ia menggabungkan beberapa artikel terpilih yang ditulis oleh para sarjana Muslim tanahair dan beberapa aktivis masyarakat yang prihatin terhadap persoalan Islam Liberal.

Ia mendedahkan kajian-kajian lapangan atau kajian kes yang dijalankan oleh penulis-penulis di mana ada di antara mereka telah pergi untuk menemurah tokoh-tokoh yang terlibat dengan liberalisasi Islam di beberapa negara termasuk Mesir dan Indonesia.

Gabungan artikel-artikel tersebut telah membentuk suatu sumber baru dalam memahami realiti Islam Liberal.

Buku ini diurus-edar oleh i-MAP, di Shah Alam. Bagi yang berminat, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku atau boleh berhubung dengan pihak iMAP ditalian 03-55416370.

Saya difahamkan Syarikat Nufair membuka kemudahan untuk pembelian dalam talian @ pembelian secara online melalui laman mereka di sini.

Labels:

Wednesday, January 13, 2010

Palestin 'ibu' segala masalah

Tajuk di atas adalah wawancara yang disiarkan oleh akhbar Utusan pada 12/01/2010. Berikut, sebahagian dari apa yang diterbitkan (soalan seperti yang diwarnakan):

Ada yang berpendapat isu di Palestin adalah ibu kepada segala masalah umat Islam di dunia ini. Jika ia dapat diselesaikan maka berakhirlah masalah lain umat Islam. Benarkah?

ROSLAN: Ini adalah hipotesis yang dari sudut sejarah ada kebenarannya. Sebabnya, apabila sesuatu bangsa menguasai Palestin maka bangsa itu menjadi maju dan kuat.

Pada zaman sebelum Islam, kerajaan Roman Byzantine menguasai Baitul Maqdis pada tahun 100 Masihi (M). Pada tahun 132M mereka mengeluarkan arahan supaya orang Yahudi dilarang masuk ke Palestin.

Pada tahun 637M, Saidina Umar al-Khattab berjaya menguasai Baitul Maqdis. Ketika itu, Islam menguasai dunia di mana agama suci ini tersebar ke seluruh pelosok dunia dan masyarakat di Baitul Maqdis hidup aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa.

Semasa Umar memerintah, beliau memberi jaminan keselamatan ke atas penduduk Aleya (nama Palestin ketika itu) yang dikenali sebagai al-uhda al-Umariah.

Jaminan khalifah itu merangkumi rumah-rumah ibadat agama lain tidak akan diroboh atau diambil alih oleh orang Islam.

Kemudian berlaku Perang Salib pada tahun 1099 yang membolehkan kristian menguasai Palestin hingga tahun 1187.

Ia kemudiannya berjaya dirampas oleh umat Islam melalui gerakan Salehuddin Al-Ayubi yang kembali menguasai Baitul Maqdis bermula tahun 1187.

Bagaimanapun, pada tahun 1920, Palestin dijajah oleh British dan pada tahun 15 Mei 1948 Israel diisytiharkan sebagai negara di tanah Palestin.

Sekatan Israel di Semenanjung Gaza menambah duka penduduk Palestin. Malangnya, Mesir juga seolah-olah menyokong Israel apabila enggan sempadan Rafah. Kenapa berlaku demikian?

ROSLAN: Semasa Gaza diserang pada hujung Disember 2008 kita rasa sedih kerana negara-negara Islam yang bergabung di bawah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) tidak dapat membantu. Bantuan hanya boleh disalurkan selepas rejim Israel keluar dari Gaza.

Ini menunjukkan negara-negara Islam tidak berani memberi bantuan kepada rakyat Palestin semasa berlaku perang.

Rafah yang bersempadan dengan Mesir pula adalah satu-satunya laluan bagi penduduk Gaza untuk ke luar negara selepas Israel mengharamkan wilayah Yahudi lain sebagai transit kecuali dalam situasi luar biasa.

'Kegerunan' memberi bantuan terutama oleh Mesir yang sepatutnya menjuarai isu Palestin ini berkait rapat dengan Perjanjian Kem David.

Ia ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin pada tahun 1978. Semuanya adalah hasil lawatan Anwar ke Jerusalem atas undangan Menachem pada 19 November 1977.

Akibat perjanjian itu juga Mesir negara yang kaya dengan hasil pertanian tidak dapat mengeksportnya akibat dikenakan sekatan terhad.

Perjanjian itu adalah atas usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948.

Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab.

Banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap rasuah Anwar dan keluarganya. Kemuncak penentangan adalah pembunuhan Anwar pada Oktober 1981.

Tahun baru 2010 disambut meriah di negara kita. Namun, di Palestin, ia disambut dengan perluasan wilayah penempatan Yahudi. Apakah iktibar daripada kisah ini?

Selanjutnya, sila klik di sini

Sunday, January 10, 2010

Saidina Umar Tidak Bakar Gereja Ketika Menakluk Baitul Maqdis

Selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan pada 31 Disember 2009 yang lepas dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly, saya memerhatikan keresahan umat meningkat. Saya sudah menjangka akan ada protes oleh umat Islam, tetapi tidak menjangka sehingga berlaku kejadian membakar gereja dan membaling batu ke surau.

Kemungkinan ada yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tidak aman di dalam negara. Kita pun masih belum tahu siapa pelakunya. Adakah dikalangan umat Islam atau bukan Islam... semua itu menjadi kes polis dan harapnya ia dapatlah diselesaikan dengan baik.

Gereja yang terbakar dapat peruntukan RM500k.. surau yang rosak kita belum dengar mereka akan dapat berapa. harapan kita biarlah rumah-rumah ibadat yang rosak ini dapat dibaiki segera supaya masyarakat boleh melakukan ibadat dengan tenang dan sempurna.

Satu perkara yang agak relevan untuk dilihat ialah bagaimana contoh di dalam sejarah Islam; pemerintah Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam di bawah pentadbirannya.

Satu contoh yang baik pada amatan saya ialah pendekatan yang dilakukan oleh Saidina Umar ketika beliau menguasai kota Baitul Maqdis, iaitu penguasaan pertama umat Islam ke atas kota tersebut.

Secara 'ghalib'nya, sesiapa sahaja yangbaru menguasai sesuatu tempat, atau mendapat sesuatu yang baru, mereka akan 'excited' malah ada yang 'over excited'. Orang yang dapat benda baru akan gembira dan jika mereka tidak mengawal kegembiraan tersebut, ia boleh membawa bencana pula.

Dalam kes Baitul Maqdis ini, jika ada yang terlalu gembira, mereka mungkin akan terus merampas gereja-gereja atau sinagog-sinagog yang menjadi tempat atau rumah ibadat bagi golongan kristian dan yahudi.

Namun, apa yang dilakukan oleh Saidina Umar sangat berbeza, malah tidak dapat pula dibayangkan apakah ada pemimpin dunia moden yang boleh melakukan perkara yang seumpamanya... di mana Saidina Umar telah memberikan jaminan keselamatan terhadapat masyarakat bukan Islam dikalangan kristian dan yahudi. Jaminan ini terkandung di dalam dokumen yang dikenali sebagai al-Uhda al-Umariyyah / Umar Assurance of Safety to the people of Aelia / Jaminan Umar terhadap keselamatan penduduk Aelia.

Jika dikaji dokumen ini, jelas bahawa Saidina Umar telah memberi jaminan keselamatan kepada penduduk bukan Islam; mereka dijamin hak melakukan ibadat; dan saya rasa yang sangat relevan dalam konteks negara kita pada hari ini ialah mengenai jaminan Umar bahawa rumah-rumah ibadah orang bukan Islam tidak akan dimusnahkan, tidak akan diambil oleh orang Islam dan mereka bebas untuk melakukan ibadat di gereja atau sinagog mereka.

Bayangkan seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan sifat garang, boleh memperlihatkan sifat tasamuh di dalam hal hubungan dengan kaum lain ini.. dalam sirah, kita dapati bahawa Saidina Umar merupakan orang yang tegas dan berani, sehingga beliau boleh mengisytiharkan perjalanan hijrah beliau ke Madinah dan tiada siapa dikalangan musyrik Mekah yang berani menghalang beliau untuk berhijrah. Nah, betapa sifatnya itu cukup menggerunkan musuhnya. Namun, dari aspek siyasah, beliau banyak menggunakan pendekatan berhemah, selari dengan amalan Rasul S.A.W dan tuntutan al-Quran.

Dalam konteks sejarah, jaminan ini sebenarnya adalah satu tamparan buat Roman Byzantine yang telah melarang masyarakat Yahudi dari masuk ke kota Aelia atau dikenali juga sebagai kota Baitul Maqdis selama lebih 500 tahun sebelum Islam membebaskan 'fath' kota tersebut pada tahun 637M.

Oleh kerana contoh praktikal yang sudah ada dalam sejarah Islam, iaitu tidak memusnahkan rumah ibadat bukan Islam, maka sewajarnya umat Islam di negara ini tidak merosakkan rumah ibadat kaum lain.

Saidina Umar pernah ditawarkan oleh Patriarch Sophronius untuk melakukan solat di dalam gereja di Baitul Maqdis, tetapi beliau telah menolak dengan baik kerana beliau bimbang jika beliau solat di dalam gereja, ia akan menjadi alasan untuk umat Islam merampas gereja-gereja dan menjadikannya milik Islam, atau lebih teruk gereja-gereja itu dimusnahkan. Namun di atas kebijaksanaan Khalifah Islam Ke-Dua ini, beliau telah mengelakkan diri dari tawaran Patriarch tersebut tetapi melakukan solat di luar kawasan gereja di kota Baitul Maqdis itu.

Jika perlakuan ini dijadikan iktibar, tidak ada sebab untuk kita merosakkan rumah-rumah ibadat orang lain. Oleh sebab itu, ada juga yang kurang yakin perbuatan melempar bom petrol ke gereja ini dilakukan oleh orang yang faham agama. Tidak mustahil ia adalah kerja golongan yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam samada dikalangan Islam atau bukan Islam.

Apa yang harus dilakukan ialah meredakan keadaan... wujudkan persekitaran selamat, aman dan damai. Kita tidak mahu umat hidup dalam ketakutan, bimbang untuk keluar berjamaah waktu subuh dan sebagainya.

Ini kaedah Islam dalam berhadapan dengan hubungan antara kaum. Terbuka.

Dan perlu jua untuk saya tegaskan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pentadbiran Islam, sepertimana yang ditunjuk sepanjang sejarah pemerintahan Baitul Maqdis. Ini kerana Islam mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil dan saksama. Di bawah pentadbiran bukan Islam, ia telah menyaksikan penindasan dan kezaliman di atas sikap tidak adil yang merosakkan corak pentadbiran mereka seperti yang digambarkan oleh sarjana dunia seperti K Armstrong dan lain-lain.

Wallahu a'lam

Friday, January 01, 2010

Langkah 2010

Saya tidak mengunjungi tempat-tempat tertentu yang ada persembahan ketika dunia menyambut kedatangan tahun baru seperti yang terpapar dalam tv atau surat khabar. Saya lebih selesa untuk membuat aktiviti lain, seperti berdiskusi, atau paling tidak duduk-duduk sahaja di rumah sambil membelek helaian bacaan.

Dari dulu saya selalu memikirkan, kenapa perlu menyambut tahun baru? saya tak dapat nak cari jawapan konkrit melainkan nampak bahawa ia hanya untuk bersuka ria kerana orang lain turut suka. Bagaimana nilainya di sisi agama?

Sehari sebelum tahun baru, saya menerima sms dari seorang teman menjemput saya untuk menyertai kumpulan mesra memantau anak-anak muda pada malam tahun baru. Sms itu juga turut menjemput untuk hadir ke masjid beliau bagi acara qiyamullail yang bermula jam 4.30am. Saya ucap tahniah di atas usahanya. Tidak dapat untuk menyertai kerana saya perlu ke Shah Alam untuk suatu perbincangan mustahak.

2010 adalah langkah suram bagi masyarakat Islam yang prihatin tentang penggunaan kalimah Allah yang dituntut oleh akhbar Katolik Malaysia, The Herald, untuk digunakan dalam penerbitan mereka...mahkamah tinggi membenarkan. Ia suatu keaiban buat umat Islam, hal ehwal Islam diputuskan sebegitu rupa dengan hakimnya juga kelihatan dari bukan Islam. Saya percaya kalau perkara ini berlaku kepada golongan Yahudi, umpamanya Kristian Katolik mahu menggunakan perkataan Yahweh sebagai merujuk kepada Tuhan Katolik, pasti golongan Yahudi akan bangkit mempertahankan. Bahkan saya percaya golongan Katolik tidak sedikitpun berani membuat sebarang tuntutan untuk menggunakannya. Tetapi mengapa begitu mudah mereka memperkotakkan umat Islam sebegini rupa?

Dalam pada kita melangkah ke tahun 2010, saya dapati ramai yang menulis tentang cabaran yang lebih besar menanti rakyat Malaysia. Antaranya:

1. Petrol - bakal mempunyai sistem baru di mana subsidi minyak tidak lagi akan diberi kepada semua. Jika sistem baru dilaksana, akan ada mereka yang perlu membayar minyak pada harga lebih RM3 setiap satu liter. Untuk full tank sebuah kereta MyVi, mungkin akan mencecah RM80. Dulu ada kawan bagitau, bila petrol naik harga, semua barang naik harga...sebabnya mudah, semua barang perlukan petrol..nak hantar barang, perlukan lori / kereta, nak beli barang perlukan kenderaan ... kalau kos penghantaran naik, pastilah ia akan turut memberi kesan kepada harga barang.

2. Harga barangan naik - yang sudah diumumkan naik ialah gula, dengan kenaikan sebanyak RM0.20. Kenaikan itu nampak sedikit aja, tetapi bagi mereka yang berniaga, ia akan menjejaskan pendapatan, melainkan dengan peniaga itu menaikkan pula harga jualan mereka. Bila gula naik, banyak barang lain akan naik harga, kerana banyak barang yang bergantung dengan gula. Lepas ini, mungkin restoran mamak pun akan naikkan harga makanan / minuman mereka. Kalau pengguna individu macam saya, tak kisah sangat kerana jarang pakai gula. Minum air teh pun kekadang tak pakai gula. Rakan sepejabat saya dari Rusia, bila dia minum coffee, dia tidak letak gula. Mungkin kita boleh boikot gula...tapi badan kita juga perlukan gula pada skema tersendiri.

Kelmarin kalau tak salah, saya ada membaca laporan yang menyatakan bahawa subsidi untuk roti putih akan dihapuskan. Jika ini benar, maka eloklah kita belajar buat roti sendiri..senang. Berita hari ini, sah bahawa tiada subsidi untuk roti... harga roti dijangka akan mengalami perubahan. Jika sekarang, harga roti Gardenia atau High5 RM2.10 untuk yang pendek.. jika tanpa subsidi, saya taktau berapa. Saya sendiri sedang nak mencuba buat roti sendiri..nak belajar dengan mamak roti tak sempat; saya cuba tengok buku resepi aja. Kebetulan, saya ada beli mesin buat roti yang kecik, taktau la jadi ke tidak roti 'paun' nanti.

3. Pengurangan bajet - saya difahamkan ada sesetengah jabatan sudah menerima pekeliling tentang peruntukan-peruntukan tertentu yang dikurangkan; tujuannya untuk penjimatan. Penjimatan itu langkah yang bijak, tetapi kenapa ia cukup drastik? Ramai yang komen memberitahu bahawa ia akan memberi kesan kepada kelancaran institusi-institusi tertentu.

Jika ada yang menyatakan bahawa tahun 2010 kita perlu lebih berhemah dan berhati-hati, saya setuju berdasarkan kepada beberapa perkara mutakhir. Mungkin ini ada kaitannya dengan krisis ekonomi dunia yang melanda tanpa ada bunga-bunga krisis tersebut berakhir.

Ringkasnya, Tahun 2010:

a. Kena kurangkan belanja
b. berjimat cermat
c. membeli jika perlu sahaja
d. makan pun jika perlu sahaja
e. nak kena beli motor, jimat petrol (cuma bimbang kurang selamat atas jalan raya sebab pemandu Malaysia tak hormat kepada penunggang motosikal--ada yg anggap mtosikal ini macam rempit)
f. minta kerajaan bagi lebih pelepasan cukai

wallahu a'lam