Google
 

Sunday, November 27, 2005

Disebalik Tragedi Tsunami


Sudah 2-3 hari saya membaca berita mengenai komen-komen terhadap bantuan tusnami. Jika di Malaysia, kita dikhabarkan bahawa bantuan tsunami tidak disalurkan dengan baik. Mangsa tsunami tidak mendapat bantuan yang wajar sehingga ke hari ini.

Lain pula ceritanya di UK. Berita yang bertajuk - 'Mistakes' in UK tsunami response - menarik minat saya untuk membacanya. Jelas, dalam laporan Jabatan Audit Negara - National Audit Office - UK menyatakan ada kesalahan dalam memberi tindakbalas / bantuan tsunami.

Laporan itu menggambarkan bahawa rakyat UK amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Sehingga pihak polis London (Met police) menyatakan bahawa bilik gerakan mereka di Hendon mendapat panggilan sebanya 11,000 dalam masa satu jam.

Dalam menangani saat cemas inilah ada berlaku kesalahan seperti tidak cukup staff, staff yang tidak terlatih, bantuan dihantar ke tempat yang salah, kesalahan maklumat, dsb.

Nampaknya begitu berbeza sekali pendekatan negara maju yang menekankan aspek ketelusan, kecekapan serta kemahiran, sedangkan negara kita Malaysia masih dibelenggu dengan masalah ketelusan pengagihan sumbangan mangsa tsunami.

lihat: http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/4465044.stm

Imej Polis Tercalar Lagi


Ramai yang terkejut apabila tersebar berita tentang pelancong rakyat China dipaksa bogel oleh polis. Bukan sahaja YB-YB yang bersidang di parlimen, tetapi PM yang sedang menghadiri mesyuarat CHOGM turut kesal tentang perkara ini.

Kabinet terus mengarahkan seorang menteri ke China bagi menjelaskan keadaan, ke tahap memohon maaf jika perlu.

Kenapa perkara ini berlaku? Apakah polis Malaysia memang ganas? Yang kelihatan melakukan perkara ini ialah polis wanita. Apakah wajar dia melakukan perkara ini?

Sudah tentu apa yang berlaku ini bukan sahaja menjejaskan imej pasukan polis tetapi turut menjatuhkan imej Malaysia di mata masyarakat dunia.

Di barat, berita ini tersebar dengan meluas. Lihat sahaja BBC online, pasti anda akan dapat membaca berita ini.

Keganasan sebegini seolah biasa berlaku, dilakukan oleh polis.

Sudah sampai masanya perubahan total terhadap imej polis ini dilakukan segera. Ambillah contoh pasukan polis di negara-negara maju. Mungkin banyak yang boleh dipelajari dari pendekatan polis di UK. Polis mesra rakyat, bukan semata-mata slogan 'mesra dan cepat'. Mesranya polis di UK ini memang boleh dilihat dengan jelas. Cara mereka menyiasat sesuatu perkara juga boleh dibanggakan.

Selain itu, mereka ada suruhanjaya bebas yang mengambil sebarang aduan tentang segala perbuatan polis yang curiga. Jika polis bertindak secara betul sekalipun, orang ramai masih boleh mengadu kepada suruhanjaya ini untuk mendapatkan kepastian samada tindakan polis itu wajar atau tidak.

Penubuhan suruhanjaya bebas polis ini dilihat amat sesuai untuk Malaysia. Ini bukan untuk menyusahkan tugas polis, tetapi demi memastikan ketelusan tindakan polis, agar mereka lebih memikirkan akauntabiliti tindakan mereka.

Sekian.