Google
 

Thursday, March 29, 2007

Saudi tegur US??

Hari ini saya hampir terkejut membaca tajuk berita yang memaparkan bahawa Saudi telah mengkritik US dalam menangani isu Iraq.

Kenyataan sebegini begitu bermakna, kerana Saudi dilihat sebagai negara Arab yang boleh mempengaruhi negara Islam lain. Saudi juga sebenarnya dilihat sebagai sekutu kuat US di Timur Tengah. Saudi pernah membenarkan US membina pengkalan tentera dan menggunakan ruang udara untuk tujuan menyerang negara-negara jiran Saudi yang menjadi musuh US. Malah, dalam krisis US (dan sekutunya) vs Iran, Saudi telah menyatakan persetujuan untuk US menggunakan wilayahnya bagi tujuan melancarkan serangan ke atas Iran, sekiranya krisis ini berlanjutan dengan peperangan.

Sekarang, Saudi sudah agak berani, di mana dengan jelas pemerintahnya Raja Abdullah menyelar tindakan US menceroboh Iraq. Dalam persidangan Liga Arab yang berlansung di Riyadh, Raja Abdullah menyatakan bahawa "US presence in Iraq as an illegitimate occupation." Operasi US di Iraq merupakan pencerobohan haram, itulah barangkali maksud yang ingin disampaikannya.

Saya tidak pasti, apakah ada agenda lain disebalik pendirian ini. Ada yang curious kenapa selepas 2 bulan lawatan Condolezza Rice, Saudi mengecam tindakan pencerobohan US di Iraq? Apakah sudah ada bibit-bibit Saudi tidak mahu mengikut telunjuk US? Secara strategik, saya tidak melihat bahawa Saudi terlalu berani dan akan bersikap keras dengan US, kerana ia melibatkan kepentingan-kepentingan tertentu bagi negara itu. Seperti perdagangan, keselamatan, pemerintahan dan lain-lain.

Apa yang boleh dilihat ialah Saudi sudah bersuara; walaupun sebenarnya dalam usaha mereka untuk mencari jalan damai ke atas krisis Palestin vs Israel.

Raja Abdullah merayu supaya negara-negara Arab bersatu. Susah sangat ke untuk mereka bersatu? fuhh.. memang susah. Atas krisis yang berlaku ke atas Palestin, mereka berpecah; kerana ada yang menyokong US dan ada yang menentang. Sepatutnya mereka lah yang bersatu untuk menentang penjajah tanah Palestin, tetapi mereka tidak mampu.. mereka di ajak menyokong penubuhan Israel di atas tanah Palestin itu.. justeru, mereka berpecah kerana ada yang cuba mengikut perancangan atas nama 'peace plan' yang ditaja oleh barat, yang jelas menjatuhkan maruah Islam di Palestin.

Masalah Palestin masih belum selesai, mereka menyerang Iraq, apakah Iran pula selepas ini?

Friday, March 23, 2007

The Power of Jews in English Football

Sudah lama saya memikirkan tentang perkara ini. Bukanlah nak kata anti Yahudi, tetapi lebih kepada untuk melihat bagaimana mereka mula menguasai liga bolasepak terkenal dunia, iaitu Liga Perdana Inggeris (English Premier League - EPL).

Ada beberapa kelab yang mempunyai kuasa Yahudi. Dalam akhbar Guardian di Britain 22 Mac, menyatakan ada beberapa kelab, lembaga pengarahnya mempunyai Yahudi yang berpengaruh.. "Their [Jews] support reaches to the upper echelons of some clubs, with Jews prominent on the boards of Arsenal, Spurs, Watford and Oldham Athletic."

Manakala, pasukan Chelsea di miliki oleh jutawan berketurunan Yahudi, Roman Abramovich, malah beliau turut bersimpati dan menghulurkan bantuan kewangan kepada Israel. "Being Jewish, Abramovich is a firm supporter of Jewish causes in Russia and Israeli causes, and has funded several projects in the Abramovich neighbourhood in Jerusalem, and in Tel Aviv. He is known to be the biggest donor of the Jewish organization Chabad-Lubavitch. In addition, he is the richest Jewish person in Great Britain," kata Wiki.

Begitu juga pasukan Manchester United, pemilik barunya Malcolm Glazer merupakan keturunan Yahudi. Berdasarkan carian, kita dapat lihat bahawa "Glazer was the fifth of twenty-two children to be born to Jewish-Lithuanian immigrants. He inherited his father's wholesale jewelry business."

Bagi kelab Liverpool, kemungkinan besar salah seorang pemilik terbarunya iaitu Tom Hicks adalah seorang Yahudi. Namanya muncul dalam senarai 'Jewish Americans' di bawah huruf H. Ini adalah senarai yang kebanyakkannya merupakan jutawan atau orang yang berpengaruh di Amerika.

Pemegang saham terbesar Arsenal, Danny Fiszman merupakan seorang Yahudi, saudagar berlian. Ada ura-ura beliau akan menjadi pengerusi Arsenal sedikit masa nanti. Salah seorang pengarah Arsenal, Keith Edelman bertanggungjawab menandatangai perjanjian sponsor dengan Israel, tanpa pengetahuan penyumbang terbesar, Emirates Airline, yang tidak mendarat di Tel Aviv. Timb pengerusi Arsenal, David Dein turut mempunyai hubungan dengan Yahudi. "Dein lives in Totteridge and is an active member of the North London Jewish community. He was instrumental in securing the "Think Israel" pitchside advertising at the new Emirates Stadium."

Kelab-kelab ini, Arsenal, Chelsea, Man-U dan Liverpool merupakan 4 kelab utama di England. Mereka dikuasai Yahudi.

Ejen super untuk bolasepak di England, iaitu Pini Zahavi juga seorang Yahudi.

Ada beberapa pemain berketurunan Yahudi dalam beberapa pasukan bolasepak Inggeris. Antaranya pemain remaja sensasi Chelsea, Ben Sahar, pemain West Ham Benayoun, pemain Bolton, Ronny Rosenthal di Liverpool pada zaman 90an dan beberapa lagi di kelab lain.

Jadi, dapat dilihat di sini bahawa 4 kelab bolasepak utama England dikuasai oleh mereka yang berketurunan Yahudi dan simpati terhadap Israel. Latarbelakang Yahudi yang suka berniaga itu, diteruskan oleh keturunan mereka pada abad ini, dalam pelbagai perniagaan, termasuklah dalam bidang sukan tersohor, bolasepak.

sekian, untuk renungan.

Thursday, March 22, 2007

SIMPOSIUM ULAMA' & ISU SEMASA

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
CAW. WILAYAH PERSEKUTUAN


Tarikh : 24 Mac 2007 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

PEMBENTANG

i. Istilah 'Tajasus' (Intipan) – Suatu Penjelasan, oleh Ybhg Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir
(Bekas Mufti Terengganu / Tim. YDP PUM)
ii. Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah: Suatu Penjelasan, oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (Pensyarah UIAM)
iii. Membendung Pemikiran Konservatif, oleh Ust. Mahfuz Mohammed
iv. Ulama' dan Agenda Umat, oleh Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Setiausaha SHURA / Presiden TERAS)

Bayaran Penyertaan: Individu: RM 30 Pelajar: RM 20

Maklumat lanjut hubungi :
Simposium Ulama' dan Isu Semasa
D/a. Persatuan Ulama Malaysia
8-4, Jalan 14/22, The Right Angle, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tel: PUM 03-7955 4300 Fax: 03-7958 4450
Us Hasan 03-7981 5371 03-7981 5371
Us Khairul 013-671 4932

Monday, March 19, 2007

Exam too Simple or Students Better in Quality?

Rakyat Malaysia sudah mengetahui siapa pelajar cemerlang SPM / STPM 2006. Bagi SPM, sudah ramai yang mengambil 17 - 19 subjek. Sebelum keputusan rasmi keluar, akhbar tempatan sudah heboh dengan Nadia yang bakal mendapat 19A1, namun keputusan sebenar tidaklah seperti apa yang dihebohkan. Malah pelajar dari Kelantan nampaknya lebih hebat dengan 17A1, pelajar aliran sains sekolah agama!!, dan lebih dari itu dia mempunyai nilai tambah iaitu hafazan Quran!!

Di UK, akhbar Metro (weekday free copy) cetakan Jumaat 16 Mac 2007 melaporkan bahawa peperiksaan A-Level sudah menjadi terlalu mudah (A-Level exam becomes too simple). Ini disebabkan ramai yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Ini yang menarik perhatian saya dalam seminggu ini. Apa yang disebut di UK ini seakan mempunyai kaitan dengan Malaysia; isunya ialah peperiksaan dan keputusan.

Apapun, saya tidak pasti samada peperiksaan di Malaysia sudah menjadi terlalu mudah. Bagaimana nak kata begitu, sedangkan ramai juga yang gagal, yang setakat lulus tetapi tidak cemerlang dan yang hanya cukup makan sahaja. Rata-rata pelajar luar bandar, pelajar FELDA, kampung, dll, jarang sangat yang mendapat keputusan sebegini.

Nadia beruntung, w/pun bersekolah di luar bandar, tetapi ibu/bapanya adalah guru. Ia mendorong mencapai kejayaan. Bagaimana kalau ibu/bapa pelajar seorang peneroka FELDA, penghuni setinggan, rumah pangsa DBKL, penoreh getah, pesawah, nelayan, pekerja kilang atau yang sealiran?

Di bandar, saya kira tiada masalah besar; rata-rata pelajar mempunyai tahap kesedaran untuk berjaya. Mereka mempunyai banyak pilihan kelas-kelas tuisyen, kelas tambahan, dsb. Tambahan pula, guru mereka lebih terdedah dengan aspek-aspek terkini pengajaran.

Pun begitu, mereka yang berjaya ini kebanyakannya mempunyai daya mengurus diri dengan baik. Mereka boleh mengurus waktu belajar, waktu bermain, waktu tidur; pendek kata mereka ada disiplin. Di samping tunjuk ajar guru, mereka turut berusaha untuk berjaya. Di tambah pula dorongan dan doa dari ibu/bapa mereka, sudah tentu meningkatkan semangat pelajar.

Kesimpulannya; tidak dinafikan pelajar sekarang sudah ramai yang berpotensi serta mempunyai kualiti yang baik untuk cemerlang. Tetapi, masih ramai yang kurang berkualiti, malah ada yang tercicir di tingkatan 3; lebih menyedihkan ada juga yang tidak menjejak kaki ke sekolah menengah kerana macam2 sebab.

so, itulah ceritanya... sekian.

Thursday, March 15, 2007

Mengapa Israel Mengorek Tanah di al-Aqsa?


Kerja-kerja penggalian oleh Israel di al-Aqsa telah menyebabkan umat Islam seluruh dunia bangkit memprotes usaha tersebut. Ia boleh menggugat keutuhan al-Aqsa.
Apakah alasan mereka menggali tanah di situ? Jika menurut jurucakap Israel, mereka ingin menyelamatkan artifak arkeologi sekiranya ada, sebelum tempat itu dibangunkan dengan pembinaan jalan untuk pejalan kaki pergi ke al-Aqsa.
"The Israeli authorities say the dig is meant to salvage archaeological remains ahead of the construction of a new pedestrian walkway to the religious compound located in East Jerusalem. "
UNESCO dilihat menyebelahi Israel dalam hal ini, di mana mereka sebut bahawa kerja yang dilakukan itu memenuhi kriteria professional standard.
Manakala UN meminta supaya kerja itu diberhentikan. Tetapi dalam masa yang sama, UN meminta supaya Israel melakar plan lain untuk membina laluan pejalan kaki itu. Plan itu mestilah menjaga keutuhan dan tidak merosakkan al-Aqsa.
Laporan UN ini telah dimanipulasikan oleh Israel, di mana mereka mengatakan bahawa ia menunjukkan UN setuju projek itu tidak akan menjejaskan al-Aqsa. Sudah tentu Israel akan meneruskan projek ini.
Apakah reaksi orang Islam di sana? saya pasti mereka tidak akan mudah menerima, selagi tiada jaminan projek itu tidak menggugat al-Aqsa.
Sudah tentulah umat Islam tidak mahu sesuatu kerja yang dilakukan Israel, yang boleh merosakkan atau meruntuhkan al-Aqsa.

Wednesday, March 14, 2007

Saudi's Plan Will Recognise the Jewish State?


Sebenarnya sudah beberapa tahun Saudi mengambil inisiatif melakar plan damai konflik Palestin-Israel. Plan itu sudah dikaji oleh pemimpin Liga Arab (negara-negara Arab) dalam persidangan mereka di Algeria pada tahun 2005.
Antara isi plan tersebut ialah:
i. Israel is required to withdraw from all territories seized in 1967 - the West Bank, Gaza, East Jerusalem and the Golan Heights.
ii. In return, all Arab states offer normal diplomatic relations - including a peace deal that recognises Israel's right to exist and secures its borders.
iii. The plan was formally announced at an Arab League summit in Beirut in March 2003.
Melihat kepada plan ini, nampak seolah mereka memberi pengiktirafan kepada kewujudan Negara Israel. Negara Israel secara rasminya wujud pada 15 May 1948. Mereka mengisytiharkan kewujudan Negara Israel dan mendapat sokongan pantas dari US dan beberapa negara lain termasuk Rusia.
Kenapa Saudi's Plan tidak minta supaya tanah itu dikembalikan seperti sebelum ia dijajah oleh British pada awal 19an, ataupun sebelum Negara Israel itu diisytiharkan? Paling kurang, kembalikan tanah itu kepada tuannya (Arab Muslim dan Kristian) seperti yang dimiliki sebelum 1947-48.
Kembalikan kepada Muslim. Di sana ada jaminan dalam Islam bahawa di bawah pemerintahan Islam rakyat Kristian mahupun Yahudi boleh hidup dengan aman di situ. Ini berlaku dalam sejarah awal umat Islam ketika menawan kota Baitulmaqdis dan Palestin. Lihatlah dokumen sejarah itu "al-Uhda al-Umariyyah" yang jelas Saidina Umar memberi jaminan bahawa kaum bukan Islam dibenarkan untuk tinggal, dan mendapat hak2 istimewa, hak beribadah dan sebagainya.

Tuesday, March 13, 2007

Membongkar Keluasan Al-Aqsa


Al-Aqsa sebenarnya bukanlah Dome of The Rock (bangunan yang mempunyai kubah emas), mahupun bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam, walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla, dsb. Pointnya, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Kedua-dua bangunan 'al-Jami' ' dan 'Dome' itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok (wall) sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 dunum / ekar.

Persoalannya, apakah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1 itu?

Berdasarkan ayat itu, al-Masjid al-Aqsa merujuk kepada kawasan yang dikelilingi tembok itu, iaitu keseluruhannya. Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami' atau dalam Dome of The Rock, pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama' tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam.

Monday, March 12, 2007

Rawat Dengan Iman


Kajian Merdeka Center bagi pihak Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) yang dikeluarkan, mendapati golongan berpendapatan tinggi melebihi RM5,000 sebulan, lebih cenderung memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan (merangkumi 52 peratus). Ini diikuti kumpulan berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 (40 peratus), RM1,501-RM3,000 (31 peratus) dan kurang RM1,500 (18 peratus).
Kajian ke atas 1,025 responden yang mewakili 411 wakil badan korporat pula mendapati, masyarakat Cina (meliputi 58 peratus) lebih cenderung memberi rasuah, diikuti India (23 peratus) dan Melayu (18 peratus).

Kelompok yang sangat terdedah dengan rasuah ialah mereka yang ada jawatan / kuasa (e.g. menteri, YB, pengarah, etc); badan penguatkuasa (polis, jpj, rela, alam sekitar, bandaraya, etc); dan orang yang terdesak (e.g. nak projek, nak kena saman, nak elak denda, etc); dan sebenarnya ramai lagi.

Saya setuju, dakwaan mengenai rasuah dan bukti berlakunya perbuatan itu adalah perkara berbeza.

Apapun, rasuah itu perkara yang tidak elok, malah pelakunya di laknat oleh Allah, berdasarkan kepada Hadith dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang kata, sukar untuk mengelak perkara ini. Walaupun rata-rata tahu rasuah itu keji, tetapi ramai yang semacam tidak dapat mengelak apabila di sua dengan rasuah.

Pokoknya, kena kuatkan IMAN!! Jangan terperangkap dengan sogokan dunia. Bolehkah kita elak rasuah? Huh.. ukurlah diri, tanyalah IMAN!!

Saturday, March 10, 2007

Indah Sajak Itu


Bacalah dengan gaya penyajak;

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Nukilan Usman Awang
panjang lagi sebenarnya ...

**moral: jangan 'melayu' tetapi banggalah menjadi bangsa Melayu, mempertahankan kedaulatan dan ketuanan bangsa dan tanah tempat asal kita.

Friday, March 09, 2007

Rasuah: Kenapa Mereka Terus Bertugas?

Kes KP BPR dan Timb Menteri KKDM sudah lebih seminggu menjadi hidangan rakyat Malaysia.

Saya sering berfikir, kenapa mereka terus bertugas? Tidakkah ia akan menjejaskan proses penyiasatan? Bagaimana anak buah mahu menyiasat bosnya sendiri - dalam kes ini? Bagaimana agaknyapegawai penyiasat BPR akan menyiasat bosnya.

Saya berpandangan seeloknya mereka digantung tugas sepanjang siasatan ke atas mereka, sehinggalah siasatan itu selesai. Ia bagi mengelakkan campurtangan atau gangguan kepada pegawai bawah untuk menyiasat pegawai teratas.

sekian.