Google
 

Thursday, February 18, 2010

Wanted ... Mossad Agent

Pepatah melayu ada menyebut: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Inilah yang berlaku kepada pembunuh Mahmoud al-Mabhouh, yang dibunuh di Dubai. Polis Dubai mengenalpasti 11 suspek yang terlibat di mana suspek ini menggunakan passport negara-negara Eropah.. 6 daripadanya menggunakan paspot UK.

Seorang daripada suspek adalah wanita.

"It is 99%, if not 100%, sure that Mossad is standing behind the murder," Ketua Polis Dubai Dahi Khalfan dilaporkan berkata demikian dalam surat khabar berbahasa Inggeris yang berpengkalan di Abu Dhabi.

Mossad memang terkenal sebagai pasukan elit rahsia Israel yang beroperasi di merata dunia. Kali ini, tindakan mereka dapat dikesan.

Plois Dubai yakin Mossad terlibat dalam pembunuhan Komander Hamas yang hidup dalam buangan ini pada 20 Jan 2010 yang lepas.

Agen Mossad ini memang licik jika kita tengok video rakaman perjalanan mereka di hotel tersebut untuk membunuh Mahmoud.

Ada yang masuk ke bilik air dengan berambut, tetapi bila keluar, kepalanya botak.. dia pakai rambut palsu.

Ada yang menyamar membawa raket tenis, bila Mahmoud masuk dalam lif, dia ikut, Mahmoud keluar lif pun dia ikut untuk pastikan kat mana bilik Komander tersebut.

Tapi tindakan agen Mossad kali ini nampaknya dapat dikesan. Kerajaan UK, Ireland, France dan German sudah mula marah.

Israel dalam bahaya .. hanya tunggu masa untuk US pula marah kepada mereka .. lepas tu kita akan saksikan episod baru dunia.

Tidak peliklah jika baru-baru ini kita dengar bahawa Israel akan menyerang Iran pertengahan tahun atau penguhujung tahun nanti... ini pastinya perancangan Israel untuk menutup kesalahan mereka ... jika serangan ini berlaku, saya percaya mereka akan gunakan serangan ini untuk mendapat sokongan barat atas nama menentang keganasan..

Monday, February 08, 2010

Palestin di bawah Penjajahan British

Palestin pernah dijajah British.. ia diletak di bawah 'pentadbiran' British yang juga dikenal sebagai British Mandate. Ketika Palestin di bawah Mandat British ini kita dapati penduduk di Palestin bertambah dari penduduk Yahudi.

Ramai dikalangan masyarakat Islam di Palestin tidak mendapat pembelaan. Mereka terpaksa lari keluar dari negara asal mereka kerana terpaksa. Keadaan tidak aman dan keadaan yang tidak memihak kepada mereka menjadi sebab mereka keluar.

Ada yang dihalau, tanah dirampas dan macam-macam lagi.

Mandat British tamat pada 14 Mei 1948. Sejurus tamat Mandat tersebut, Israel terus mengisytiharkan kewujudan sebuah negara yang dikenali sebagai the State of Israel. Rakyat Palestin ditindas demi sebuah negara.

Orang Palestin yang lari keluar ini ditempatkan di kem-kem pelarian di sekitar Syria, Lubnan dan Jordan.

Ada juga yang lari ke Mesir dan negara-negara Arab lain. Mereka tidak tahan dengan penindasan.

Rumah perkampungan mereka dirobohkan. Bangunan dimusnahkan. Mereka tidak memiliki apa-apa peninggalan dari harta-harta mereka. Tiada tanah pusaka. Tiada rumah pusaka. Tiada lagi kesan tempat mereka membesar.

Palestin masih menanti sinar.