Saidina Umar Tidak Bakar Gereja Ketika Menakluk Baitul Maqdis
Selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan pada 31 Disember 2009 yang lepas dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly, saya memerhatikan keresahan umat meningkat. Saya sudah menjangka akan ada protes oleh umat Islam, tetapi tidak menjangka sehingga berlaku kejadian membakar gereja dan membaling batu ke surau.
Kemungkinan ada yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tidak aman di dalam negara. Kita pun masih belum tahu siapa pelakunya. Adakah dikalangan umat Islam atau bukan Islam... semua itu menjadi kes polis dan harapnya ia dapatlah diselesaikan dengan baik.
Gereja yang terbakar dapat peruntukan RM500k.. surau yang rosak kita belum dengar mereka akan dapat berapa. harapan kita biarlah rumah-rumah ibadat yang rosak ini dapat dibaiki segera supaya masyarakat boleh melakukan ibadat dengan tenang dan sempurna.
Satu perkara yang agak relevan untuk dilihat ialah bagaimana contoh di dalam sejarah Islam; pemerintah Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam di bawah pentadbirannya.
Satu contoh yang baik pada amatan saya ialah pendekatan yang dilakukan oleh Saidina Umar ketika beliau menguasai kota Baitul Maqdis, iaitu penguasaan pertama umat Islam ke atas kota tersebut.
Secara 'ghalib'nya, sesiapa sahaja yangbaru menguasai sesuatu tempat, atau mendapat sesuatu yang baru, mereka akan 'excited' malah ada yang 'over excited'. Orang yang dapat benda baru akan gembira dan jika mereka tidak mengawal kegembiraan tersebut, ia boleh membawa bencana pula.
Dalam kes Baitul Maqdis ini, jika ada yang terlalu gembira, mereka mungkin akan terus merampas gereja-gereja atau sinagog-sinagog yang menjadi tempat atau rumah ibadat bagi golongan kristian dan yahudi.
Namun, apa yang dilakukan oleh Saidina Umar sangat berbeza, malah tidak dapat pula dibayangkan apakah ada pemimpin dunia moden yang boleh melakukan perkara yang seumpamanya... di mana Saidina Umar telah memberikan jaminan keselamatan terhadapat masyarakat bukan Islam dikalangan kristian dan yahudi. Jaminan ini terkandung di dalam dokumen yang dikenali sebagai al-Uhda al-Umariyyah / Umar Assurance of Safety to the people of Aelia / Jaminan Umar terhadap keselamatan penduduk Aelia.
Jika dikaji dokumen ini, jelas bahawa Saidina Umar telah memberi jaminan keselamatan kepada penduduk bukan Islam; mereka dijamin hak melakukan ibadat; dan saya rasa yang sangat relevan dalam konteks negara kita pada hari ini ialah mengenai jaminan Umar bahawa rumah-rumah ibadah orang bukan Islam tidak akan dimusnahkan, tidak akan diambil oleh orang Islam dan mereka bebas untuk melakukan ibadat di gereja atau sinagog mereka.
Bayangkan seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan sifat garang, boleh memperlihatkan sifat tasamuh di dalam hal hubungan dengan kaum lain ini.. dalam sirah, kita dapati bahawa Saidina Umar merupakan orang yang tegas dan berani, sehingga beliau boleh mengisytiharkan perjalanan hijrah beliau ke Madinah dan tiada siapa dikalangan musyrik Mekah yang berani menghalang beliau untuk berhijrah. Nah, betapa sifatnya itu cukup menggerunkan musuhnya. Namun, dari aspek siyasah, beliau banyak menggunakan pendekatan berhemah, selari dengan amalan Rasul S.A.W dan tuntutan al-Quran.
Dalam konteks sejarah, jaminan ini sebenarnya adalah satu tamparan buat Roman Byzantine yang telah melarang masyarakat Yahudi dari masuk ke kota Aelia atau dikenali juga sebagai kota Baitul Maqdis selama lebih 500 tahun sebelum Islam membebaskan 'fath' kota tersebut pada tahun 637M.
Oleh kerana contoh praktikal yang sudah ada dalam sejarah Islam, iaitu tidak memusnahkan rumah ibadat bukan Islam, maka sewajarnya umat Islam di negara ini tidak merosakkan rumah ibadat kaum lain.
Saidina Umar pernah ditawarkan oleh Patriarch Sophronius untuk melakukan solat di dalam gereja di Baitul Maqdis, tetapi beliau telah menolak dengan baik kerana beliau bimbang jika beliau solat di dalam gereja, ia akan menjadi alasan untuk umat Islam merampas gereja-gereja dan menjadikannya milik Islam, atau lebih teruk gereja-gereja itu dimusnahkan. Namun di atas kebijaksanaan Khalifah Islam Ke-Dua ini, beliau telah mengelakkan diri dari tawaran Patriarch tersebut tetapi melakukan solat di luar kawasan gereja di kota Baitul Maqdis itu.
Jika perlakuan ini dijadikan iktibar, tidak ada sebab untuk kita merosakkan rumah-rumah ibadat orang lain. Oleh sebab itu, ada juga yang kurang yakin perbuatan melempar bom petrol ke gereja ini dilakukan oleh orang yang faham agama. Tidak mustahil ia adalah kerja golongan yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam samada dikalangan Islam atau bukan Islam.
Apa yang harus dilakukan ialah meredakan keadaan... wujudkan persekitaran selamat, aman dan damai. Kita tidak mahu umat hidup dalam ketakutan, bimbang untuk keluar berjamaah waktu subuh dan sebagainya.
Ini kaedah Islam dalam berhadapan dengan hubungan antara kaum. Terbuka.
Dan perlu jua untuk saya tegaskan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pentadbiran Islam, sepertimana yang ditunjuk sepanjang sejarah pemerintahan Baitul Maqdis. Ini kerana Islam mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil dan saksama. Di bawah pentadbiran bukan Islam, ia telah menyaksikan penindasan dan kezaliman di atas sikap tidak adil yang merosakkan corak pentadbiran mereka seperti yang digambarkan oleh sarjana dunia seperti K Armstrong dan lain-lain.
Wallahu a'lam

1 Comments:
......dan orang christian pada masa itu juga tidak mengistiharkan bahawa Allah is the father and Allah is the son.
kalau mereka membuat demikian sudah tentu di pancung leher mereka oleh saidina umar.
Post a Comment
<< Home