Google
 

Monday, January 25, 2010

Sikap Turki Meresahkan Israel

Israel sudah terasa tidak senang dengan Turki. Turki pula dengan jelas menunjukkan sikap tidak senang mereka ke atas Israel. Ia jelas bermula setelah berlaku konflik Gaza 2008 - 2009 yang lalu. Konflik tersebut membawa kepada kritikan Erdogan terhadap rejim zionis semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia di Davos pada tahun lepas. Bayangkan, Erdogan dengan selamba terus berjalan keluar dari pentas dihadapan Peres. Berkerut dahi Peres, tak menyangkan Erdogan berani bertindak memalukan beliau dengan cara itu.

Hubungan antara kedua-dua negara ini terjalin sejak awal penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Turki menjadi negara majoriti umat Islam yang pertama mengiktiraf Israel. Mereka saling bekerjasama dalam banyak perkara. Ini termasuk hal ehwal ketenteraan / pertahanan. Israel membantu memodenkan ketenteraan Turki.

Turki menandatangi FTA dengan Israel pada tahun 2000. Israel ekspot lebih USD1.5 billion barangan dan perkhidmatan ke Turki. Israel mengimpot lebih USD 1 bilion dari Turki. Turki juga melakukan perjanjian untuk membuat 'pipeline' ke Israel bagi membekalkan air, minyak, gas dan elektrik.

Turki adalah negara majoriti umat Islam pertama yang melakukan perjanjian FTA dengan Israel. Negara Arab ada yang tidak senang dengan tindakan itu, tetapi tidak boleh berbuat apa. Turki melihat bahawa mereka perlu bersikap neutral dalam melakukan hubungan dagang dengan Israel.

Bantuan / kerjasama ketenteraan dapat dilihat di mana Israel membantu memodenkan:
1. Pesawat F-4 Phantom dan dan F-5; jumlah melebihi USD 900 juta
2. Menaiktaraf kereta perisai 'Sabra' M60-patton; dengan nilai USD 500 juta

Begitulah serba sedikit pentingnya Israel kepada Turki dan pentingnya Turki kepada Israel.

Sesetengah orang tak boleh nak fikir macamana boleh berlaku begini, iaitu bagaimana Turki boleh rapat sangat hubungannya dengan Israel... sedangkan Turki ini bekas pentadbir dunia Islam dan pernah menguasai dunia melalui kerajaan Othmaniyyah.

Inilah kesan sekularisme yang parah; pemikiran yang dipaksa masuk ke dalam kepala orang Turki. Ini kesan dari budaya pemikiran sekular pemimpin mereka yang menjadi 'boneka' imperialisme barat tetapi diangkat sebagai tokoh masyhur di Turki, Kamal al-Tartuk.

Ramai di antara kita di Malaysia mengutuk Kamal al-Tartuk; tetapi jika kita ke Istanbul, orang Turki menghormati dan menganggapnya sebagai tokoh tersohor.

Kini ... hubungan Turki - Israel tidak mesra. Sudah nampak bibit-bibit pemimpin Turki yang tidak mahu tunduk kepada Israel. Turki sudah mengkritik keganasan Israel secara terbuka. Tiada berselindung lagi.

Ini yang meresahkan Israel kerana dunia tidak akan menyokong mereka lagi. Dunia akan tahu bahawa mereka memang zalim. Dunia akhirnya nanti akan menghukum Israel. Saya rasa tak lama lagi perkara ini akan berlaku; iaitu dunia mengutuk Israel dan tidak memberi sokongan kepada mereka.

Selama ini Israel hidup di atas simpati barat. Mereka disokong oleh barat. Mereka diberi duit oleh barat. Mereka buat kerja untuk barat. Adakalanya, barat buat kerja untuk Israel. Barat pun tunduk dan patuh pada Israel.

Tetapi, jika mereka tidak disokong oleh barat, mereka pasti akan hancur lebur. Saat itu pasti akan muncul di mana mereka tidak mendapat sokongan barat. Waktu itu, mudahlah Islam bangkit membebaskan Palestin dari cengkaman Israel... dan Islam akan mentadbir secara aman, adil dan saksama seperti yang ditunjuk oleh Umar al-Khattab dan Salahudin al-Ayyubi.

Buat masa ini, Israel masih lagi angkuh..tetapi keangkuhan mereka dilihat dunia sebagai kezaliman.

Dua minggu lepas, iaitu pada 11 Jan 2010, Timbalan Menteri Luar Israel, Ayyalon, memanggil duta Turki ke Israel, Celikkol untuk mengadap beliau. Ayyalon dengan sengaja meletakkan kerusi Celikkol rendah ke bawah, dan tempat Ayyalon duduk itu lebih tinggi. Dia tidak meletak bendera Turki atas meja ketika duta Turki ada di pejabatnya. Apabila ditanya pemberita, Ayyalon seolah angkuh dengan menggambarkan bahawa Israel lebih tinggi dari Turki... "The main thing is that you see that he is seated low and that we are high ... that there is one flag on the table (the Israeli flag) and that we are not smiling." Itulah... sombong dan angkuh Israel. Mereka anggap merekalah 'the chosen people', orang lain termasuk Kristian adalah 'second class'.

Ayyalon panggil Celakkol kerana di Turki telah ditayangkan satu program yang telah menunjukkan keganasan Israel semasa konflik Gaza; tayangan yang menunjukkan tentera Israel mengganyang rakyat Palestin.

Nah, Israel cukup takut keganasan mereka didedahkan oleh dunia... kerana mereka takut kehilangan sokongan barat, hilang bantuan barat dan barat tidak menghormati mereka. Paling mereka takut sekarang ialah kehilangan sokongan Amerika terhadap mereka. Mereka takut Obama melebihkan orang Islam, atau membela orang Islam.

Sebab itulah, Israel sudah mula resah terhadap sikap Turki. Bimbang Turki boleh mempengaruhi negara lain.

Labels: , , ,

Thursday, February 05, 2009

Islamicjerusalem and Its Inclusive Vision

Saya telah menulis tentang tajuk di atas sebagai sebahagian penulisan yang dibuat ketika saya sedang menyiapkan tesis PhD.

Abstrak artikel tersebut seperti berikut:

This article investigates the implementation of inclusive vision in Islamicjerusalem after the first Muslims conquest of the region. This will involve historical evidences in order to introduce the new conceptual framework of inclusiveness derived from the Quranic verse in which Allah says: “We have delivered him and Lut? to the land which We have blessed for all nations” (Qur’an, 21: 71). This article will also attempt to highlight how the non-Muslims were treated in Islamicjerusalem during the early period of Islam.

Sebahagian rujukan:
1. Abd al-Fattah El-Awaisi.2005. ‘Islamicjerusalem: A New Concept and Definition,’ in Journal of Islamicjerusalem Studies, vol. 6, no. 1, Summer. UK: Al-Maktoum Institute Academic Press

2. Hudson, Michael C. 1990. ‘The Transformation of Jerusalem 1917 – 1987 AD’, in Jerusalem in History, ed. K. J. Asali. New York: Olive Branch Press

3. Armstrong, Karen. 1997. A History of Jerusalem: One City Three Faiths, UK: HarperCollins Publishers

4. Elad, Amikam. 1995. Medieval Jerusalem and Islamic Worship; Holy Places, Ceremonies, Pilgrimage. New York: E.J.Brill

5. Grabar, Oleg. 2001. ‘Space and Holiness in Medieval Islam,’ in Islamic Studies, vol. 40, no. 2 – 3, Autumn – Winter. Pakistan: Islamic Research Institute Press

untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini

Labels: ,

Wednesday, January 28, 2009

Erdogan Hero Baru Dunia

Dunia menyaksikan aksi terhebat dunia 27 Jan lalu dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, oleh Erdogan.
Beliau wajar dinobat hero baru dunia kerana keberanian menempelak Israel dihadapan umum. Ini tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara Arab (baca: Islam) mahupun negara-negara lain yg bukan Islam - barat atau timur (kecuali Venezuela).

Semua negara biasanya akan tunduk dan menyokong Israel, bukan kerana Israel sentiasa betul tetapi takut kepada Amerika dan sekutunya yang mendokong penubuhan Israel.

Kali ini dihadapan umum, ketika dunia melihat Israel mengebom tanpa rasa kasihan, mereka anggap mereka masih benar dan boleh mendapatkan sokongan dunia atas tindakan mereka itu, nah!!! satu tindakan yang memalukan mereka dihadapan umum dilakukan oleh Erdogan.

Apa kesan bila Erdogan keluar dari forum WEF tersebut?

Ada yang anggap tindakan itu merugikan kerana Erdogan tidak dapat terus menyuarakan bantahan terhadap Israel di WEF itu.

Tetapi tindakan itu tetap memberi tamparan kepada kepada Israel. Lihat saja wajah Shimon Perez - Presiden Israel - yang berkerut itu sehingga PM Norway berkata beliau tak pernah tengok Perez sebegitu. Dan Kjell Magne Bondevik itu kata Perez tahu tindakan itu menunjukkan dunia sedang memusuhi Israel.
Di Malaysia lain pulak cerita ... ada grup-grup yang dikenali sebagai grup Erdogan muncul .... fuh patut Erdogan boleh berbangga kerana nama dia masyhur sedunia .... Erdogan World!!

Labels: ,

Saturday, January 17, 2009

Saya Suarakan di NTV7

Pada Ahad lepas 11 Jan 2009 saya dijemput ke NTV7 untuk memberi ulasan terhadap serangan yang masih belum berakhir, malah Israel semakin ghairah menawan keseluruhan Gaza.

Ada cerita sedikit ketika saya berada di situ tetapi cerita bes itu bukan yang ingin saya highlight.

Saya ditanya 3 soalan oleh 'Kak Ras' yang saya kira memerlukan masa sedikit untuk dibuat kajian sebelum analisis secara lansung itu disiarkan. Apapun, oleh kerana soalan saya dapat kurang dari 1 jam sebelum rancangan, saya tawakkal bersandarkan maklumat-maklumat yang saya perolehi sebelum ini.

Soalan 1: Konflik Israel Palestin ini sudah berlanjutan sejak sekian lama dan setiap kali pencerobohannya dengan pelbagai lasan dan kali ini mereka mahu memerangi puak Hamas yang dikatakan tidak seiring dengan pergerakan Fatah.

Soalan 2: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dalam menangani konflik Gaza setakat ini, adakah fungsi badan dunia itu masih lagi relevan dalam menangani kemelut sebegini?

Soalan 3: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Liga Arab dalam kemelut Israel - Palestin ini?

Saya cuba mengupas dalam waktu yang terhad dan saya suarakan pandangan yang telah saya kutip sebelum ini melalui teman-teman yang berasal dari Palestin.

Secara ringkas, apa yang saya nyatakan ialah:
1. Dalam konflik terbaru, Fatah menyokong tindakan Hamas untuk tidak meneruskan perjanjian damai dengan Israel yang ditandatangani pada 18 Jun 08 lalu, proses yang diusahakan oleh Mesir.

2. PBB tidak boleh 'bias'; menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan konflik ini apatah lagi mereka sebelum ini sering dilihat menyebelahi Israel.

3. Liga Arab ini, kita sedih kerana masih belum berperanan dengan sepatutnya sedangkan mereka berada disekeliling Palestin..Mesir, Arab Saudi, Syria, Lebanon dan Jordan...di mana mereka ini..

Jawapan sebenar yang saya kemukakan itu panjang lagi, ini cuma ringkasan point sahaja.

Akhirnya, saya nyatakan bahawa Islam tidak menentang Israel kerana mereka berbangsa Yahudi. Bermaksud Islam bukan anti-semitism. Islam mengiktiraf agama lain. Namun penentangan yang dilakukan adalah ke atas kezaliman yang dilakukan Israel, yang membunuh orang tua, wanita dan budak kecil, tiga golongan yang tidak dibenarkan dibunuh oleh Islam. Kezaliman ini sudah tentu menyalahi hak asasi manusia yang dicanang oleh US, negara yang menyokong kuat Israel itu.

wallahu a'alam

Labels: , ,

Tuesday, August 05, 2008

Nasib Umat Islam Xinjiang, Mindanao & Palestin dll

Semalam sempat membaca berita betapa konflik yang berlaku di daerah majoriti umat Islam, Xinjiang-China, yang semakin memerlukan perhatian dunia. Mereka ini masyarakat yang tidak mendapat layanan baik oleh kerajaan China, mungkin disebabkan perbezaan agama atau ideologi mereka. Dunia Islam perlu meneliti perkara ini dengan serius dan meminta kerjaan China supaya memberi hak dan pembelaan sewajarnya kepada masyarakat Xinjiang.

Mindanao masih perlu menunggu untuk mendapatkan hak autonomi bagi daerah yang sudah 40 dekad hidup dalam keadaan berperang. Masyarakat Islam turut merasakan golongan mereka ditindas oleh kerajaan Filipina.

Palestin pula macamana? macam biasa laaaaa........... tak ke mana, macam tu je, makin teruk ada la !! Bukan setakat mereka lawan Israel, tapi sekarang ini mereka lawan sesama sendiri pulak !! Fatah vs Hamas .. apa la pak Arab ni, tak cukup Israel Yahudi tu, sekarang geng mereka yang sesama Islam pun menjadi sasaran !!

Labels: , , , ,