Palestin 'ibu' segala masalah
Ada yang berpendapat isu di Palestin adalah ibu kepada segala masalah umat Islam di dunia ini. Jika ia dapat diselesaikan maka berakhirlah masalah lain umat Islam. Benarkah?
ROSLAN: Ini adalah hipotesis yang dari sudut sejarah ada kebenarannya. Sebabnya, apabila sesuatu bangsa menguasai Palestin maka bangsa itu menjadi maju dan kuat.
Pada zaman sebelum Islam, kerajaan Roman Byzantine menguasai Baitul Maqdis pada tahun 100 Masihi (M). Pada tahun 132M mereka mengeluarkan arahan supaya orang Yahudi dilarang masuk ke Palestin.
Pada tahun 637M, Saidina Umar al-Khattab berjaya menguasai Baitul Maqdis. Ketika itu, Islam menguasai dunia di mana agama suci ini tersebar ke seluruh pelosok dunia dan masyarakat di Baitul Maqdis hidup aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa.
Semasa Umar memerintah, beliau memberi jaminan keselamatan ke atas penduduk Aleya (nama Palestin ketika itu) yang dikenali sebagai al-uhda al-Umariah.
Jaminan khalifah itu merangkumi rumah-rumah ibadat agama lain tidak akan diroboh atau diambil alih oleh orang Islam.
Kemudian berlaku Perang Salib pada tahun 1099 yang membolehkan kristian menguasai Palestin hingga tahun 1187.
Ia kemudiannya berjaya dirampas oleh umat Islam melalui gerakan Salehuddin Al-Ayubi yang kembali menguasai Baitul Maqdis bermula tahun 1187.
Bagaimanapun, pada tahun 1920, Palestin dijajah oleh British dan pada tahun 15 Mei 1948 Israel diisytiharkan sebagai negara di tanah Palestin.
Sekatan Israel di Semenanjung Gaza menambah duka penduduk Palestin. Malangnya, Mesir juga seolah-olah menyokong Israel apabila enggan sempadan Rafah. Kenapa berlaku demikian?
ROSLAN: Semasa Gaza diserang pada hujung Disember 2008 kita rasa sedih kerana negara-negara Islam yang bergabung di bawah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) tidak dapat membantu. Bantuan hanya boleh disalurkan selepas rejim Israel keluar dari Gaza.
Ini menunjukkan negara-negara Islam tidak berani memberi bantuan kepada rakyat Palestin semasa berlaku perang.
Rafah yang bersempadan dengan Mesir pula adalah satu-satunya laluan bagi penduduk Gaza untuk ke luar negara selepas Israel mengharamkan wilayah Yahudi lain sebagai transit kecuali dalam situasi luar biasa.
'Kegerunan' memberi bantuan terutama oleh Mesir yang sepatutnya menjuarai isu Palestin ini berkait rapat dengan Perjanjian Kem David.
Ia ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin pada tahun 1978. Semuanya adalah hasil lawatan Anwar ke Jerusalem atas undangan Menachem pada 19 November 1977.
Akibat perjanjian itu juga Mesir negara yang kaya dengan hasil pertanian tidak dapat mengeksportnya akibat dikenakan sekatan terhad.
Perjanjian itu adalah atas usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948.
Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.
Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab.
Banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap rasuah Anwar dan keluarganya. Kemuncak penentangan adalah pembunuhan Anwar pada Oktober 1981.
Tahun baru 2010 disambut meriah di negara kita. Namun, di Palestin, ia disambut dengan perluasan wilayah penempatan Yahudi. Apakah iktibar daripada kisah ini?
Selanjutnya, sila klik di sini
6 Comments:
Assalamualaikum ustaz, bertemu juga di sini. Ada masa nak ajak duduk minum kopi sambil berbicara menambah pengetahuan, bekal masa depan insya-Allah.
akhi, bisa saja, datangla bila ada masa terluang
http://ms.langitilahi.com/cerpen-wahai-ummah-aku-memanggil-manggil-kamu/
Kisah di atas adalah fiksyen, tetapi di sana mungkin terselit 'solusi' atau jawapan atau kaedah penyelesaian yang praktikal dan logikal terhadap permasalahan palestina yang mungkin kita terlepas pandang. Bagaimana pandangan Dr?
mr abu hasan; perbincangan mengenai solusi palestin cukup panjang dan rumit. ia harus ditanggap dari pelbagai sudut i.e pandang agama dan kedudukan politik antarabangsa. Solusi peringkat politik a'bangsa berkisar tentang 'peace process', 'road map', 'two-states vs one-state', inclusive vs exclusive, dll. nas agama lebih jelas, namun umat tidak boleh hanya menanti bilakah batu akan bercakap, bilakah yahudi akan menyorok di belakang gharqad dan sebagainya. umat perlu terus melakar strategi dan tindakan membebaskannya. saya setuju umat Islam perlu lobi barat supaya mereka tidak sokong Israel kerana yahudi zionis ZALIM.. jika mereka wujud tanpa sokongan barat, jalan pembebasan akan terbuka luas. wallahu a'lam
mungkin istilah 'solusi' bukan terma yang tepat untuk merujuk kepada saranan di dalam cerpen tersebut. Rasanya tak ada saranan melobi barat dalam cerpen tersebut..
Sepintas lalu, berkaitan hadis y/di berselindung disebalik batu dan pokok - rasanya sudah terselit 'hint' apa yang perlu dilakukan dan menunggu semata bukan sebahagian daripadanya.
Kenapa berlindung di sebalik batu atau pokok jika bukan kerana ketakutan disebabkan kekuatan pihak lawan serta takut akan keselamatan diri? Kenapa perlu menyorok jika pihak lawan hanya semut yang boleh diinjak-injak? Lain cerita jika pihak lawan seperti segerombolan (=kekuatan kesatuan) singa (=kekuatan fizikal) yang siap menerkam mangsa.. (+ kekuatan yang paling ditakuti musuh, kekuatan iman). Apakah di dalam hadis ini terdapat gesaan untuk umat mempersiapkan kekuatan sehingga ditakuti y-di?
Berdasarkan tindakan2 pencabulan perjanjian dan perlanggaran undang-undang - termasuk pengabaian resolusi PBB yang berulang-ulang kali dilakukan oleh rejim z/nis sejak dahulu hingga sekarang- apakah masih terdapat harapan terhadap dialog dan perbincangan dengan rejim z/nis?
"Sebagai saudara seagama apakah jihad yang paling minimum boleh dilakukan untuk membantu masyarakat Islam Palestin yang ditindas sejak sekian lama ini?"
Sebenarnya cerpen yang disarankan tu adalah untuk bantu menjawab soalan wartawan yang terakhir tu. Bukan untuk bagi 'solusi' kepada permasalahan Palestin ^_^.
Post a Comment
<< Home