Google
 

Friday, September 25, 2009

Raya - Edisi Balik Kampung

Bila tiba hari raya, ramai yang balik kampung. Ini satu fenomena istimewa di Malaysia apabila rakyat yang tinggal di bandar akan beramai-ramai pulang ke kampung. Ini menunjukkan ramai masyarakat bandar itu berasal dari kampung. Masa hari raya adalah masa untuk ingat kampung. Bila ramai yang pulang ke kampung naik kenderaan sendiri, sudah pastilah akan menyebabkan jalan sesak. Kalau ikut laporan trafik dari LLM yang selalu keluar dalam radio IKIM ke, radio 24 ke atau lain-lain radio, pelapor akan kata bahawa 'kenderaan bergerak perlahan' .. pemandu kadangkala tak tergambar bahawa jalan itu memang sesak teruk atau jem, sebab laporan kata bergerak perlahan.. bergerak perlahan ni macam bawa 60kmj la kot kalau di highway.

Tahun ini saya memilih untuk ikut LPT ke Jabor, dari situ ambil jalan ke Bandar al-Muktafi Billah Shah, Kuala Berang, Setiu dan destinasinya ialah Besut. Alhamdulillah, gambaran jem yang saya pernah lalui pada tahun-tahun sebelumnya, tidak ada.. kenderaan berjalan lancar. Mungkin juga ramai yang tak memilih LPT kerana kena bayar tol RM 21 sehala. Saya tak kisah, daripada tersangkut kat Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan K. Krai, lebih baiklah korban sikit RM21 untuk bayar tol. Paling tidak, perjalanan ke Jabor tu dah boleh elak jem.

Tahun lalu saya tersekat dalam kesesakan dalam perjalanan ke KL, bermula dari Macang, sampailah ke Kuala Lipis. Dekat stesen minyak petronas Kechau baru la trafik agak clear.. masa dalam jem tu, kereta depan asyik potong aja, menyebabkan jalan 2 lorong itu dipenuhi dengan kenderaan menghala ke arah KL .. kereta yang datang dari depan terpaksa perlahan atau berhenti. Jadi, nak mengelak pengalaman tak bes itu, saya tak segan-segan memilih jalan lain pada tahun ini. Tahun depan mungkin ikut jalan lain pula.

Dalam perjalanan pulang ke KL pada 23 Sept 09, sampai di penanda jalan 76 dan 75 KM ke Kuantan, ada satu kemalangan ngeri...waktu saya sampai di situ, mangsa sudah tidak ada, yang ada hanya kenderaan... kenderaan dia yang ngeri tu, sebab dah terputus dua.. berlanggar dengan toyota harrier yang hanya kemek bonet depan... saya fikir mangsa mungkin cedera yang serius kalau tak meninggal. lepas tu, ramai yang bawa perlahan.

masuk highway, mata ngantuk..berehat di Gambang dan lepas tu kena berhenti lagi di hentian Maran sebab memang mengantuk. Lepas sejam berehat, terus drive dan sampai KL jam 2.30 pagi.. alhamdulillah semuanya selamat.

tunggu raya tahun depan pula. wassalam.

Wednesday, September 02, 2009

Michael Belajar Jadi Batu

Michael belajar jadi batu ini dah lama saya dengar .. saya mula dengar waktu di uia sekitar tahun 95-96. ia sebuah kumpulan muzik, nama inggerisnya 'michael learn to rock' .. sepatutnya michael belajar jadi rock, rentak muzik rock. tapi adala seorang kawan tu terjemah sebagai jadi batu.

tak lama lagi dia nak datang ke Malaysia. ramai yang suka. ramai juga yang bantah. yang suka, sebab kumpulan ini pernah glamer dulu dan wajar dibawa untuk menikmati muzik yang dia mainkan. yang tak suka, sebab ia akan menambah parah soal sosial dan lebih dibimbangi ia akan menyebarkan H1N1 dalam sebuah dewan yang tertutup tempat persembahan dia nanti.

adakah orang yang nak pergi tengok dia nanti akan pakai tutup hidung/mulut untuk mengelak jangkitan virus? saya rasa jika ramai yang pakai, pihak keselamatan pulak yang bimbang... manala tau kot2 muncul nordin mat top bertopeng tu ... atau imam samudera ke .. paling tak logik takut nanti osama pulak muncul secara tiba-tiba... kerana mereka taliban, mereka ni jenis tak hirau dan tak takut. kita pun pelik orang macam ni.

Tuesday, September 01, 2009

Menulis Bila Ada Masa

1 September dah!! Apakah saya sebenarnya sibuk sehingga tak terasa masa berlalu? atau apakah saya tidak tahu mengurus masa dengan baik? Teman-teman dipejabat tanya mengapa lama tidak menulis.. saya tidak punya jawapan konkrit, saya hanya tersenyum sambil berfikir-fikir jawapan. Itulah, saya rasa jika sesorang menulis bila ada masa, jadilah macam saya ini, sekejap menulis sekejap tidak. Jika orang yang memang hobi dia menulis, dia akan pastikan jugak mencari ruang untuk menulis, walaupun dia seorang manager yang maha sibuk. Ianya macam orang yang suka melayari internet, kalau tak dapat masuk internet, hidupnya pasti tak tenang. Buka internet untuk tengok berita, atau kadangkala nak kemaskini blog, facebook dll supaya orang lain tau apa aktiviti kita.

Benda-benda sebegini banyak memakan masa jika tidak dikawal. Ada orang yang 3 jam tengok internet pun masih belum puas, sedangkan berita yang disemak diulang-ulang yang sama sahaja. Itu belum kira masa yang diambil untuk menyemak dan membalas email. Membalas sambil mengkhayalkan bagaimana agaknya untuk kita menggambarkan ayat kita, lalu penggunaan bermacam-macam simbol tidak dapat dielak. Itulah kerja internet, jika tidak dikawal, susah badan... sedar-sedar, eh, dah habis waktu pejabat ...

Tahun 2009 sudah masuk ke suku terakhir. Cepatnya masa berjalan, sehingga tak sempat nak fikir mengenai bagaimana cara nak memenuhi KPI individu. KPI yang telah ditetapkan pada awal tahun di tempat saya bekerja cukup tinggi standard-nya. Setiap orang perlu menerbit artikel dalam jurnal yang mempunyai impak tinggi dan tersenarai dalam IWOS - ISI web of sciences. Menerbitkan artikel dalam jurnal ini akan meningkatkan ranking universiti di peringkat dunia. Saya sendiri taktau macamana nak buat ni..pengalaman menerbit dalam jurnal ini masih belum ada. Nak mengejar menulis artikel, ada ketikanya banyak diganggu dengan panggilan ke mesyuarat. Satu mensyuarat paling kurang 2 jam, 3 jam adalah normal. Susah juga jika ada tanggungjawab menghadiri mesyuarat. Cuma saya ada juga fikir, kalau tak sibuk dengan mesyuarat, boleh ke siap artikel tu? itu la yang memeningkan kepala nak fikir. nak fikir alasan atau nak reka ... hmmm.