Google
 

Monday, January 25, 2010

Sikap Turki Meresahkan Israel

Israel sudah terasa tidak senang dengan Turki. Turki pula dengan jelas menunjukkan sikap tidak senang mereka ke atas Israel. Ia jelas bermula setelah berlaku konflik Gaza 2008 - 2009 yang lalu. Konflik tersebut membawa kepada kritikan Erdogan terhadap rejim zionis semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia di Davos pada tahun lepas. Bayangkan, Erdogan dengan selamba terus berjalan keluar dari pentas dihadapan Peres. Berkerut dahi Peres, tak menyangkan Erdogan berani bertindak memalukan beliau dengan cara itu.

Hubungan antara kedua-dua negara ini terjalin sejak awal penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Turki menjadi negara majoriti umat Islam yang pertama mengiktiraf Israel. Mereka saling bekerjasama dalam banyak perkara. Ini termasuk hal ehwal ketenteraan / pertahanan. Israel membantu memodenkan ketenteraan Turki.

Turki menandatangi FTA dengan Israel pada tahun 2000. Israel ekspot lebih USD1.5 billion barangan dan perkhidmatan ke Turki. Israel mengimpot lebih USD 1 bilion dari Turki. Turki juga melakukan perjanjian untuk membuat 'pipeline' ke Israel bagi membekalkan air, minyak, gas dan elektrik.

Turki adalah negara majoriti umat Islam pertama yang melakukan perjanjian FTA dengan Israel. Negara Arab ada yang tidak senang dengan tindakan itu, tetapi tidak boleh berbuat apa. Turki melihat bahawa mereka perlu bersikap neutral dalam melakukan hubungan dagang dengan Israel.

Bantuan / kerjasama ketenteraan dapat dilihat di mana Israel membantu memodenkan:
1. Pesawat F-4 Phantom dan dan F-5; jumlah melebihi USD 900 juta
2. Menaiktaraf kereta perisai 'Sabra' M60-patton; dengan nilai USD 500 juta

Begitulah serba sedikit pentingnya Israel kepada Turki dan pentingnya Turki kepada Israel.

Sesetengah orang tak boleh nak fikir macamana boleh berlaku begini, iaitu bagaimana Turki boleh rapat sangat hubungannya dengan Israel... sedangkan Turki ini bekas pentadbir dunia Islam dan pernah menguasai dunia melalui kerajaan Othmaniyyah.

Inilah kesan sekularisme yang parah; pemikiran yang dipaksa masuk ke dalam kepala orang Turki. Ini kesan dari budaya pemikiran sekular pemimpin mereka yang menjadi 'boneka' imperialisme barat tetapi diangkat sebagai tokoh masyhur di Turki, Kamal al-Tartuk.

Ramai di antara kita di Malaysia mengutuk Kamal al-Tartuk; tetapi jika kita ke Istanbul, orang Turki menghormati dan menganggapnya sebagai tokoh tersohor.

Kini ... hubungan Turki - Israel tidak mesra. Sudah nampak bibit-bibit pemimpin Turki yang tidak mahu tunduk kepada Israel. Turki sudah mengkritik keganasan Israel secara terbuka. Tiada berselindung lagi.

Ini yang meresahkan Israel kerana dunia tidak akan menyokong mereka lagi. Dunia akan tahu bahawa mereka memang zalim. Dunia akhirnya nanti akan menghukum Israel. Saya rasa tak lama lagi perkara ini akan berlaku; iaitu dunia mengutuk Israel dan tidak memberi sokongan kepada mereka.

Selama ini Israel hidup di atas simpati barat. Mereka disokong oleh barat. Mereka diberi duit oleh barat. Mereka buat kerja untuk barat. Adakalanya, barat buat kerja untuk Israel. Barat pun tunduk dan patuh pada Israel.

Tetapi, jika mereka tidak disokong oleh barat, mereka pasti akan hancur lebur. Saat itu pasti akan muncul di mana mereka tidak mendapat sokongan barat. Waktu itu, mudahlah Islam bangkit membebaskan Palestin dari cengkaman Israel... dan Islam akan mentadbir secara aman, adil dan saksama seperti yang ditunjuk oleh Umar al-Khattab dan Salahudin al-Ayyubi.

Buat masa ini, Israel masih lagi angkuh..tetapi keangkuhan mereka dilihat dunia sebagai kezaliman.

Dua minggu lepas, iaitu pada 11 Jan 2010, Timbalan Menteri Luar Israel, Ayyalon, memanggil duta Turki ke Israel, Celikkol untuk mengadap beliau. Ayyalon dengan sengaja meletakkan kerusi Celikkol rendah ke bawah, dan tempat Ayyalon duduk itu lebih tinggi. Dia tidak meletak bendera Turki atas meja ketika duta Turki ada di pejabatnya. Apabila ditanya pemberita, Ayyalon seolah angkuh dengan menggambarkan bahawa Israel lebih tinggi dari Turki... "The main thing is that you see that he is seated low and that we are high ... that there is one flag on the table (the Israeli flag) and that we are not smiling." Itulah... sombong dan angkuh Israel. Mereka anggap merekalah 'the chosen people', orang lain termasuk Kristian adalah 'second class'.

Ayyalon panggil Celakkol kerana di Turki telah ditayangkan satu program yang telah menunjukkan keganasan Israel semasa konflik Gaza; tayangan yang menunjukkan tentera Israel mengganyang rakyat Palestin.

Nah, Israel cukup takut keganasan mereka didedahkan oleh dunia... kerana mereka takut kehilangan sokongan barat, hilang bantuan barat dan barat tidak menghormati mereka. Paling mereka takut sekarang ialah kehilangan sokongan Amerika terhadap mereka. Mereka takut Obama melebihkan orang Islam, atau membela orang Islam.

Sebab itulah, Israel sudah mula resah terhadap sikap Turki. Bimbang Turki boleh mempengaruhi negara lain.

Labels: , , ,

2 Comments:

Blogger Marwan Bukhari said...

salam hormat Dr.
bila agaknya ana dapat kutip mutiara ilmu daripada Dr ya?.. :)

-Marwan-

28 January 2010 at 18:36  
Anonymous roslan said...

salam. akhi marwan, anta pun tinggi ilmu.. sama-samalah kita menyumbang ilmu untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi

30 January 2010 at 11:08  

Post a Comment

<< Home