Google
 

Saturday, June 27, 2009

Maslahah Ummah vs Maslahah Politik

macamana kita nak selesaikan masalah umat jika perbedaan pandangan yang wujud itu ialah perbedaan yang membawa perpecahan?

seterusnya: apakah maslahah ummah tidak dapat dilaksanakan sekiranya umat terus berbeda pandangan?

untuk apa kita mempunyai pandangan yang sama sekiranya pandangan itu membawa kehancuran umat?

mengapa sepanjang sejarah Islam, tiada nampak kesatuan yang betul-betul utuh dikalangan umat tetapi mereka tetap boleh menggegar dunia?

banyak lagi soklan yang ditanya kepada diri ini ... soklan camni kalau tanya 20 orang, akan ada 20 jawapan berbeza .. hakikatnya menjawab soklan pun tak boleh nak sama antara satu ngan lain .. maslahah ummah vs maslahah politik ini boleh diwacanakan dengan memanggil tokoh-tokoh pemikir yang hebat, partisan dan non-partisan, ulama' dan umara', muda dan tua dan sebenarnya sesapa saja boleh kalau mereka pandai bercakap .. jangan kaki putar aje.

Sunday, June 21, 2009

Kejam bunuh Umat Islam Selatan Thai sedang solat Isya'

tragedi terbaru berlaku di kampung air tempayan, jemaah sedang solat isyak dibedil dengan sungguh zalim.

apakah sanggup kita kata kepada para balu dan keluarga mangsa supaya bersabar? ya boleh tetapi mereka sukar untuk menerima hakikat ini berlaku waktu solat..

wakil Malaysia yg pergi masuk dengan izin kerajaan Thai tidak mampu melihat kesedihan keluarga mangsa lalu dia berucap memberitahu: anda semua bertuah kerana dihadiahkan oleh Allah SWT mereka yang syahid ketika sedang solat--husnul khatimah.

mereka sanggup menceroboh rumah ibadat islam dan membedil orang dalam rumah ibadat..

20 Jun 2009 lalu persatuan ulama anjur seminar umat islam selatan thai, separuh hari, untuk memahami lebih lanjut peristiwa yang berlaku serta sejarah selatan thai ini.

peserta diterangkan bahawa kerajaan tidak boleh masuk campur urusan selatan thai kerana menghormati kedaulatan negara jiran, semangat Asean.. walaupun begitu, rakyat tidak dapat duduk senang kerana masih ramai yang punya hubungan keluarga dengan selatan thai..mereka paling kurang adalah saudara seislam dengan rakyat islam negara ini. jadi NGO islam wajar berperanan mewacanakan tindakan peringkat nasional dan regional bagi menangani konflik ini. apa yang kita mau ialah peace / keamanan wilayah tersebut, kita menolak pendekatan kekerasan dan perang ke atas umat islam di 4 wilayah selatan thai, patani, narathiwat, yala dan satun.

semoga keamanan buat selatan thai akan muncul walaupun sekarang sudah ramai yang meninggal dunia kerana dibunuh atau terbunuh.

hormati hak mereka, sayangi jiwa mereka..mereka berhak untuk hidup aman damai.

Friday, June 05, 2009

Balik Awal 10 hari: 2 Jun dah di KL

salam,

kununnya nak duduk lama di uk nun, tapi terpaksa pulang awal la pulak. ceritanya pendek aje. isteri bersalin 30 mei, 3 minggu awal, jadi kena panggilan kecemasan dan segera. kebesaran Allah, mujur pada waktu itu ibu mertua saya secara kebetulan ada di KL di rumah kami tu..banyak juga dia membantu, bawa isteri ke hospital dan tunggu sampai bersalin.

saya kecut perut dapat panggilan kecemasan waktu tu.. cuma, masih boleh kontrol.

waktu baby pertama saya dulu, saya masuk ke bilik bersalin..masa tu di uk, nurse bagi masuk..biliknya besar. saya masuk tunggu sampai org rumah bersalin. waktu tu bulan puasa tahun 2007. saya buka puasa di hospital makan french fries sebab kantin mat saleh tak jual nasi ... lauk daging dan ayam ada, tapi tak halal pulak...jadi, terpaksala makan fries..time tu saya yakin dan nampak dia goreng fries tu dalam minyak khas untuk kentang aja, dia tak goreng benda lain dalam minyak tu.

anak ke-2 ni tak sempat nak sambut. saya minta adik ipar lelaki untuk tolong azankan dan iqamat di telinga baby...dan juga minta tolong dia tanam uri.

pendek cite, 1 jun naik flight terus ke kl..singgah dubai jap sebab pilot dia nak berhenti situ sebab kena berhenti sebab dia keje ngan emirates syarikat yang memang kene berenti kat dubai.

2 jun sampai kl. ponat yang amat..tidur pon bertukar siang malam..ada sekali tu terbangun pukul 5 petang tapi ingat macam subuh..sib baik ada jam henfon boleh tengok, kalau tak boleh tersilap dari semayang asar ke semayang subuh.

moral: next time kena elak travel waktu isteri dah hampir 9 bulan sebab baby boleh keluar anytime