Google
 

Thursday, February 26, 2009

Dunia Tidak Ada Sempadan

"The World is Flat", betul atau tidak itu soal nombor seratus...tetapi itulah tajuk buku yang ditulis oleh Thomas L Friedman yang menceritakan cabaran-cabaran abad 21M. Dia nak kata bahawa dunia sekarang ini sama rata dalam perlumbaan berbentuk perniagaan 'commerce' di mana semua orang mempunyai peluang yang sama.

Sapa berusaha dia dapat .... kata pepatah Arab. Orang Melayu yang belajar Arab sebut Man Jadda Wa Jada. Ini nak menunjukkan untuk dapat sesuatu, seseorang itu mesti berusaha. Samalah seperti disebut dalam Quran: kepada mereka apa yang mereka kerjakan - lahaa maa kasabat.

Orang komunis lain pulak ... orang yang bekerja, dapat duit, kena share ngan gomen, dan gomen akan guna duit mereka untuk kasik kat orang lain supaya semua orang sama..tada jurang kaya-miskin.

Sekarang ramai yang suka kepada liberal ekonomi, sebab katanya ia tak menindas dan memberi peluang yang lebih kepada pekerja. Kerajaan kena beri hak kepada sesiapa saja nak beniaga...tak boleh sekat. Tapi ada orang kata liberal ekonomi akan menyebabkan monopoli, sebab kalau kompeni besar macam TESCO, GIANT dll masuk, mereka ada modal besar.. mereka boleh bukak cawangan sebanyak mungkin ..lalu tokey-tokey kecik akan bankrup.

Oleh kerana dunia hari ni sempadan dia dah macam takda, TESCO dan kawan-kawan boleh masuk ke mana-mana mereka nak. Tak kisah, semua BOLEH, TESCO BOLEH.

Dunia barat, negara maju dah buang sikit-sikit sempadan mereka. rakyat eropah boleh masuk ke sesebuah negara tanpa perlu passport. cukup dengan kerakyatan negara mereka, mereka boleh gunakan untuk masuk negara lain. tak lama lagi, orang Turki pun akan boleh masuk ke negara-negara Eropah tanpa passport sebab Turki nak masuk join Kesatuan Eropah.

Yang masih ada sempadan ialah negara umat Islam .... negara-negara Timur dan juga negara-negara dunia ke-3.

Wednesday, February 25, 2009

Iktibar kegemilangan Islam Andalusia

PEMBINAAN negara maju hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunah serta nilai-nilai asas universal yang baik yang tidak bertentang dengan kedua-duanya agar sesuai dengan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat berkah dari Allah).

...... Pembentangan kertas kerja dimulakan dengan tajuk 'Selangor Maju: Mengapa Andalusia?' oleh Pengerusi PUM Cawangan Selangor, Zamri Shafik.

Ia diikuti kertas kerja oleh Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor, 'Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan', 'Faktor-faktor Kejayaan Andalusia' oleh Felo Penyelidik, di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Dr. Khalif Muaamar, 'Perkembangan Fiqh dan Usul di Andalusia' oleh Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM, Hasnan Kasan dan 'Peranan dan Kewarganegaraan Bukan Islam di Bawah Kerajaan Islam Andalusia' oleh pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim.

............. Andalusia, bukan menjanjikan fenomena untuk umat Islam berkhayal dan mimpi, pada mereka ada sejarah yang meminta umat sekarang mencontohi mereka. Begitu juga kegemilangan Madinah, Bani Umaiyah, Bani Abbasiah hatta kegemilangan Islam di Melaka dan di Aceh.

lihat seterusnya di sini

Sunday, February 22, 2009

SKT 2009 Dakwah Islam

Saya menghabiskan hari rehat hujung minggu di Hotel De Palma Ampang atas urusan untuk membantu merencana Sasaran Kerja Tahunan - 2009 bagi NGOs Islam dan bengkel penyelarasan kerja.

Sasaran yang perlu dicapai atau yang ingin dicapai telah dirangka dalam perbincangan selama 2 hari 1 malam tersebut.

Secara fokus, sasaran itu adalah untuk urusan Dakwah Islamiyah bagi membantu umat agar tidak tersasar dari ajaran agama Islam. Melihat kepada realiti remaja dan muda mudi hari ini, sudah tentu menginsafkan kita betapa dakwah perlu dipugar dan terus dipugar...

Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ketika ini memberi tumpuan kepada NGOs Islam supaya membantu untuk melakukan sesuatu terutama aspek dakwah kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti. Sasaran kepada pelbagai lapisan kumpulan; i. bawah 12 tahun, ii. 13-24 tahun, iii. 41 ke atas, iv. sahabat kita, saudara kita dan muallaf, v. badan-badan kerajaan, vi. warga industri / swasta dan 2 lagi kumpulan sasar yg dikenalpasti. Masalah bajet nampak semacam bukan masalah utama; janji ada program dan ikhlas melakukannya nescaya bantuan kewangan akan muncul...cuma kena mohon la....proses biasa.

Ramai rakan-rakan yang bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat...termasuklah saya.. semoga kami diberi keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ini ya Rabb.

Thursday, February 19, 2009

24 Jam Sehari tidak cukup?

banyak kali saya rasa 24 jam itu cukup dan berlebih.
sesekali saya rasa tak cukup.
umpamanya bila buat keja di rumah, kekadang sampai tak ingat, tengok jam dah pukul 10 malam.

ada temanyang bagitau saya dia keja sampai tak ingat masa di ofis
dia terfikir kenapa dia saja yg stay, orang lain ke mana...
buat apa buat dia keja lebih jika orang lain tak peduli apapun kat dia

saya beritahu dia, itulah rencam hidup
walau apa jua keadaan yang ada, ia perlu dihadapi

Allah swt sebut bahawa manusia yang mengaku beriman akan diuji
maknanya, orang yang sanggup bekerja, mereka akan diuji
ujian kerja... ujian masa... ujian kerenah manusia
dan lain-lain

saya bersyukur 24 jam sehari itu lebih daripada cukup
ada kalanya kena cari kerja apa nak buat waktu lapang itu
tanggungjawab dakwah selain dari kerja wajib boleh memenuhi masa terluang

Monday, February 16, 2009

Serangan Israel ke atas Gaza tidak memberi kemenangan dalam Pilihan Raya Israel

Ternyata serangan Israel ke atas Gaza tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya Israel yang baru lalu. Mereka tersepit, tiada siapa yang betul-betul menang.

Sehingga hari ini, Israel masih belum mampu membentuk kabinet baru. Tzipi Livni-Kadima dan Benjamin Netanyahu-Likud mengisytiharkan diri masing-masing telah menang.

Inilah konflik dalam terbaru Israel.

Israel sedang menuju kehancuran selepas mereka menunjukkan segala kekuatan dan kekerasan dengan berlaku zalim ke atas rakyat Palestin.

Kejatuhan Israel dinanti-nanti....kecelaruan terbaru mereka dalam membentuk kabinet kali ini hanya akan mempercepatkan kejatuhan itu.

Dunia sedang memerhati kezaliman mereka........

Sunday, February 15, 2009

Ekspedisi Cegah Munkar

Ketika saya diberitahu JAWI dan Masjid al-Muhsinin dan juga Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUM WP) menganjurkan aktiviti cegah munkar, terasa keinginan untuk turut serta bagi menimba pengalaman. Lalu, saya tidak lepaskan peluang setelah diajak oleh sahabat saya dari JAWI tersebut. 14 Februari malam tarikh yang sesuai lantaran ramai remaja / belia meraikan Valentine Day pada tarikh tersebut. Lokasi kali ini adalah di sekitar Taman Tasik Bandar Permaisuri.

Saya merasa konfiden pada malam itu kerana kehadiran penguatkuasa seramai 9 orang. Mereka yang berautoriti mencegah munkar...saya takde lesen untuk buat apa-apa, kecuali bolehla kalau nak menasihat atau menghalau ...tapi kalau kena belasah, naya saja la.

Kami diminta berkumpul dihadapan sekolah Alam Shah, berhampiran dengan Stadium Bolasepak KL. Kebetulan malam itu ada perlawanan bola, jadi kawasan parking sesak.

Setelah semua muncul, kami diberi taklimat...selesai saja, kami bergerak secara kumpulan terus ke lapangan dan operasi dijalankan ........ aduhhhh....perut terasa sakit.... dan terpaksalah berkorban untuk menyelesaikan hajat dulu... selesai 'servis', saya berjalan ke sana ke mari ...

1230 malam, saya bertolak pulang ... kumpulan lain katanya meneruskan operasi di jalan Klang Lama pula.

Thursday, February 12, 2009

Trip ke Zoo Negara dan Port Dickson

Ada banyak tugasan yang membebani sejak dua-tiga bulan ini. Kerja-kerja semakan kurikulum masih belum selesai walau sudah setahun dihadapi....rupanya mengisi dokumen-dokumen tidak semudah disangka. Persaraan Ketua Jabatan turut meninggalkan ruang yang perlu diisi, 'malangnya' tugasan itu terpaksa dipangku oleh orang muda, walaupun baru setahun berada di institusi akademik ini.

Seronok juga dapat memenuhi permintaan hujung minggu keluarga yang sudah sekian lama tidak dapat ditunaikan atas sebab bebanan yang memerlukan kerja 7 hari seminggu.

Zoo Negara destinasinya...waktu sekolah rendah dahulu, ada rombongan sekolah untuk melawat KL termasuk Zoo...atas sebab takde duit, hasrat zaman sekolah itu ditangguhkan...waktu belajar di UIA, tak terlintas pulak nak ke Zoo lantaran merasakan ia untuk budak-budak saja.

Persepsi itu berubah bila berada di situ...seronok juga sambil melihat pelbagai binatang dapat juga merehatkan minda dari kerja-kerja pejabat.

Seterusnya pada 6-8 Feb 09, kami sekeluarga ke PD..saya perlu berbengkel untuk menyemak kurikulum sarjana.. isteri dan anak dapat peluang berehat...waktu terluang di sebelah petang digunakan sebaiknya, keluar berjalan ke pantai..melihat gelagat anak yang suka main pasir mengingatkan saya sewaktu kecil, juga suka begitu.

Saya pernah ke PD waktu kecil, rombongan keluarga pekerja kilang...saya hampir tenggelam dalam laut, mujur ketika itu dapat dicapai oleh arwah bapa. Alhamdulillah, saya masih hidup dan dapat beberapa kali ke PD termasuk yg terbaru ini. Saya jangka akan datang lagi ke sini pada masa depan.

Overall, trip ke zoo dan PD adalah memuaskan kerana ke 2-2 trip ini kami pergi sekeluarga. Bes..... hilang sekejap masalah zionis menyerang Palestin ..huh

Thursday, February 05, 2009

Islamicjerusalem and Its Inclusive Vision

Saya telah menulis tentang tajuk di atas sebagai sebahagian penulisan yang dibuat ketika saya sedang menyiapkan tesis PhD.

Abstrak artikel tersebut seperti berikut:

This article investigates the implementation of inclusive vision in Islamicjerusalem after the first Muslims conquest of the region. This will involve historical evidences in order to introduce the new conceptual framework of inclusiveness derived from the Quranic verse in which Allah says: “We have delivered him and Lut? to the land which We have blessed for all nations” (Qur’an, 21: 71). This article will also attempt to highlight how the non-Muslims were treated in Islamicjerusalem during the early period of Islam.

Sebahagian rujukan:
1. Abd al-Fattah El-Awaisi.2005. ‘Islamicjerusalem: A New Concept and Definition,’ in Journal of Islamicjerusalem Studies, vol. 6, no. 1, Summer. UK: Al-Maktoum Institute Academic Press

2. Hudson, Michael C. 1990. ‘The Transformation of Jerusalem 1917 – 1987 AD’, in Jerusalem in History, ed. K. J. Asali. New York: Olive Branch Press

3. Armstrong, Karen. 1997. A History of Jerusalem: One City Three Faiths, UK: HarperCollins Publishers

4. Elad, Amikam. 1995. Medieval Jerusalem and Islamic Worship; Holy Places, Ceremonies, Pilgrimage. New York: E.J.Brill

5. Grabar, Oleg. 2001. ‘Space and Holiness in Medieval Islam,’ in Islamic Studies, vol. 40, no. 2 – 3, Autumn – Winter. Pakistan: Islamic Research Institute Press

untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini

Labels: ,

Wednesday, February 04, 2009

Roket Satelit Iran Kejayaan Dunia Islam

Apabila Iran melancarkan satelit mereka, dunia bangkit bersuara, terutama US, UK dan Perancis. Mereka tergamam seketika kerana satelit yang dibina tersebut tanpa bantuan dari barat. Menunjukkan bahawa di negara yang majoriti umat Islam, sainstis cukup ramai dan boleh buat kerja-kerja membangun teknologi menandingi kecanggihan teknologi barat.

Dunia barat bimbang, barangkali mereka menganggap Iran mampu untuk melancarkan roket senjata berdasarkan kemampuan mereka melancarkan satelit tersebut.

Walaupun satelit itu untuk penyiaran, tetapi barat tetap gusar kerana takut Iran mengintip mereka. Jika sebelum ini barat yang banyak mengintip Iran melalui satelit canggih, kini tiba giliran Iran untuk menunjukkan bahawa Islam tidak boleh dihina selamanya.

Kebangkitan Islam perlu direncana dan kejayaan melancarkan satelit buatan sendiri tanpa bantuan dari kecanggihan barat mahupun Jepun, merupakan satu kejayaan yang perlu dipelajari oleh negara Islam yang lain.

Monday, February 02, 2009

Fatah vs Hamas

Di Palestin sendiri, walaupun mereka hidup dalam keadaan daif, diserang Israel, menjadi pelarian, hilang tempat tinggal dsb, tetapi mereka tetap mempunyai 2 puak yang sering tidak sekata, Hamas dan Fatah.

Hamas adalah kumpulan baru yang wujud pada tahun 1987, tetapi berjaya memenangi pilihan raya Palestin pada 2006. Ramai yang menyokong Hamas kerana mereka melihat Fatah tidak dapat memperjuangkan hak sebenar mereka. Pemimpin-pemimpin Fatah pula lebih mementingkan keselesaan diri daripada rakyat. Rata-rata pemimpin Fatah memiliki harta yang banyak dan membina rumah yang besar tatkala masyarakat Palestin menagih ihsan dunia membantu mereka. Almarhum Yasser Arafat, bekas pemimpin PLO dari puak Fatah, meninggalkan berpuluh juta dalam akaun beliau yang sekarang menjadi milik keluarga. Rakyat Palestin kecewa dan mereka khuatir duit tinggalan itu merupakan duit-duit sumbangan dunia - Amerika dan Barat - untuk membangun Palestin, tetapi pembangunan Palestin masih ditakuk zaman 40an Malaya.

Oleh sebab itu mereka beralih sokongan kepada Hamas. Kemenangan Hamas pada 2006 menjadi bukti sokongan itu. Tetapi Hamas pula dinafikan hak. Walaupun menang dalam pilihanraya secara demokrasi, mereka tidak dapat membentuk kabinet dengan mudah. Pelbagai halangan yang mereka terpaksa lalui. Pilihanraya itu tajaan Amerika yang ingin mendemokrasikan negara-negara seluruh dunia. Pada awalnya, kerajaan Bush menjangkakan Fatah akan menang, sebab itulah mereka membenarkan pilihanraya itu dibuat. Namun, keputusan pilihanraya mengecewakan Amerika di atas kemenangan Hamas tersebut. Lalu Amerika mempengaruhi dunia supaya tidak memberi bantuan kepada Palestin melalui Hamas. Tetapi mereka mahu salurkan bantuan kepada PLO (juga dikenali sebagai PA), sekarang di bawah pimpinan Abu Mazen.

Alasan utama bantuan tidak disalurkan melalui Hamas ialah kerana tuduhan Amerika bahawa Hamas adalah pertubuhan pengganas. Fatah hanya satu-satu pertubuhan yang tidak dianggap pengganas. Oleh sebab itu, Amerika khuatir dengan tuduhan mereka sendiri, khuatir Hamas akan melakukan keganasan menggunakan wang sumbangan mereka.

Fatah yang menguasai PLO mengiktiraf kewujudan Israel melalui surat peribadi Yasser Arafat kepada Yithzak Rabin. Apabila mereka mengiktiraf Israel, dunia terutama Amerika dan barat akan menganggap mereka bukan lagi kumpulan pengganas. Mengiktiraf Israel bermakna mereka mengiktiraf kewujudan negara tersebut yang didirikan di atas tanah yang dirampas dari ahli keluarga mereka sendiri. Ramai rakyat Palestin yang dihalau keluar dari tanah mereka secara paksa, terpaksa menjadi pelarian 'terhormat' di negara-negara jiran seperti Lubnan, Syria, Jordan dan Mesir. Mereka lari kerana dihalau Israel, dan tanah mereka itulah yang dirampas oleh Israel untuk membangunkan penempatan kepada orang-orang Yahudi. Ketika rakyat Palestin dihalau keluar, Israel menjemput semua orang-orang Yahudi di seluruh dunia untuk berpindah atau 'pulang' ke Israel dan duduk di penempatan-penempatan baru yang dibina Israel itu, malangnya pembinaan penempatan itu atas bantuan Amerika dan barat.

Hamas tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel. Ini menyebabkan mereka dianggap pengganas kerana mereka mahu mempertahankan bumi Palestin dari dikuasai Israel. Hamas mahu supaya pelarian-pelarian Palestin semenjak tahun 1947 - 1948 diberikan hak untuk pulang ke tanahair asal mereka, iaitu Palestin. Hamas mahu supaya hak-hak rakyat tertindas dikembalikan. Hak-hak rakyat yang dihalau keluar itu perlu dibela dan diperjuangkan. Pada Hamas, dunia mesti membenarkan supaya pelarian Palestin mendapatkan tanah mereka yang dirampas. Mereka berjuang untuk mendapatkan hak asasi rakyat tertindas dan untuk mendapat keadilan dunia terhadap pelarian Palestin.

Sekarang, walaupun mereka sentiasa diserang Israel secara ganas semenjak 27 Dec 08, mereka nampaknya terus mempunyai perbezaan pandangan. Hamas tidak mahu mengiktiraf Israel. Fatah lebih nasionalis, tidak meletakkan Israel sebagai umpan mereka. Ya, kerana mereka yakni Fatah sendiri rapat dengan pemimpin-pemimpin bengis Israel itu.

Kita memang mahu melihat supaya Hamas dan Fatah dapat bersatu untuk membentuk kekuatan baru di rantau Asia Barat untuk menentang Israel. Tetapi Hamas tetap berhati-hati kerana Fatah semacam mempunyai agenda Israel dan Amerika.

Oleh sebab itu, Hamas merasakan bahawa PLO yang dikuasai Fatah tidak lagi layak untuk mewakili rakyat Palestin. Tindakan Hamas ini mendapat reaksi tegas dan membangkitkan amarah Presiden Palestin Abu Mazen dan menyelar tindakan Hamas tersebut. Hamas meminta supaya rakyat Palestin dan dunia tidak berurusan dengan PLO dan meminta supaya pemimpin baru dipilih bagi mewakili rakyat Palestin. Ini disuarakan oleh Khalid Mesh'al, melalui jurucakap dan pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya.

Pandangan Hamas ini mendapat sokongan rakyat Palestin yang tidak menaruh sebarang harapan terhadap PLO dan Fatah. Seperti dijangka, pemimpin-pemimpin Israel terus tidak mahu berurusan dengan Hamas dan sesekali tidak akan menjalinkan hubungan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini. Tzipi Livni dengan tegas menyatakan bahawa mereka yakni Israel tidak akan menjalankan urusan perdamaian dengan Hamas dan meminta pihak-pihak yang terlibat dan dunia supaya tidak bersimpati dengan Hamas.

Ini menunjukkan bahawa Israel tidak akan berkompromi dan akan terus mempertahankan dasar mereka iaitu menyerang sesiapa sahaja yang tidak mahu mengiktiraf mereka.

Ini juga memberi kesan kepada pemimpin PLO untuk tidak bertemu dan berunding dengan Hamas. Mereka mahu supaya Hamas mengiktiraf PLO bagi mewujudkan rundingan kerjasama Fatah dan Hamas. Sepatutnya urusan itu dilakukan di Mesir, tetapi oleh kerana pendirian terbaru Hamas yang membangkitkan kemarahan Abu Mazen ini, pertemuan dijangka ditunda dan selagimana Hamas tidak mengiktiraf PLO maka Abu Mazen tidak mahu diadakan pertemuan.

Israel sebenarnya gusar jika ada kesatuan di antara Hamas dan Fatah kerana ini akan menyebabkan Israel dalam bahaya kekuatan baru yang akan muncul menentang mereka. Israel lebih selesa kiranya Fatah terus mengusai PLO dan mengadakan rundingan dengan Israel, bukan berurusan dengan Hamas.

Jika itulah pendirian Israel yang menyokong supaya tidak ada kerjasama antara Fatah dan Hamas, maka wajar bagi Hamas untuk tidak bersetuju dengan genjatan senjata. Biarkan mereka menyerang, pasti seluruh dunia akan sedar bahawa Israel memang pengganas sebenar, bukan rakyat Palestin yang tidak berdosa itu.