Google
 

Tuesday, December 28, 2004

tsunami: masjid bandar aceh teguh berdiri


gambar dari bbc

walaupun gegaran 9.0 pada skala ritcher telah menyebabkan ombak laut bergelora setinggi 6 meter dan memusnhakna rumah, hotel, tempat pelancongan, tetapi masjid bandar aceh tidak terjejas. bangunan disekitar masjid ini musnah sama sekali. jam di masjid ini berhenti pada jam 8.25 pagi iaitu ketika ribut melanda. ajaib sungguh, namun ia bukan perkara mustahil.

begitulah kuasa Allah. sekelip mata segalanya boleh musnah. sistem maklumat di thailand, sri lanka, burma, indonesia dan malaysia gagal memberi amaran awal kepada penduduk. walhal, malaysia ada alatan canggih.

jumlah yang mati terus meningkat. angka yang diberikan berbeza antara satu sama lain. umpamanya BBC kata di Malaysia 44 orang mati, tetapi Bernama kata jumlah kematian meningkat kepada 63 orang, manakala 26 masih hilang.

rupanya gegaran bencana ini tidak lama. sekejap sahaja, tetapi telah menyebabkan ketakutan yang amat sangat. yang hidup, masih diberi peluang untuk berfikir. yang telah pergi, kita doakan kesejahteraan ruh mereka.

gegaran bumi adalah satu fenomena yang menakutkan. sebab itu mungkinAllah mengumpamakan saat hari kiamat seperti gegaran bumi. Allahmemberi amaran tentang goncangan atau gegaran dunia bila berlakunya kiamat nanti. saat itu, ibu yang mengandung akan keguguran. orang mencari tempat perlindungan sehingga lupa sanak saudara. tetapi, saat itu, semuanya akan musnah.

pun begitu, tsunami memberikan peringatan kepada kita. jangan angkuh dan sombong di atas muka bumi ini. syukurlah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan hidup. takziah pada keluarga mangsa. Posted by Hello

Monday, December 27, 2004

masa depan bangsa

salam,

sering kita dengar bahawa untuk melihat masa depan sesuatu bangsa atau negara, lihatlah kepada muda mudi yang ada pada hari ini. bagaimana bentuk muda mudi kita sekarang? kalau nak tahu, pergilah ke KLCC, one utama atau bangsar. pergi tengok di sana, apa yang muda mudi buat. saya jangka ramai yang akan geleng kepala. saya tak terkejut kalau ada yang tak rasa apa-apa.

mengapa muda mudi suka berfoya-foya? adakah ia terhasil dari sistem pendidikan negara? entah lah. sekali imbas, memang kita buleh kata ia merupakan kegagalan sistem pendidikan. pendidikan sekolah menengah terutamanya. kebanyakan pelajar waktu berada di sekolah rendah, mereka baik. tapi corak kehidupan mereka berubah ketika melangkah ke peringkat menengah.

berjaya atau gagal seseorang itu banyak bergantung kepada pendidikan menengah. ini tahap yang sangat penting atau crucial untuk mendidik anak bangsa.

ada yang kata ia peranan ibubapa untuk mendidik anak-anak. betul, tidak dinafikan. ibubapa perlu mendidik dan menasihati anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berguna.

tetapi proses bagaimana mereka berada di dalam sistem pendidikan formal itu penting untuk dinilai. sistem pendidikan yang tidak komprehensif akan melahirkan anak bangsa yang bermasalah. di sekolah mereka mendapat pendidikan formal. persekitaran di sekolah boleh mempengaruhi mereka. kenapa umpamanya, sekolah berasrama penuh (SBP) sentiasa boleh mengekalkan kecemerlangan? kenapa sekolah menengah biasa macam ampeh? itulah pentingnya mewujudkan suasa pembelajaran kondusif.

menilai keberkesanan sistem pendidikan harus dibuat sentiasa agar sistem itu selari dengan perkembangan semasa. sistem pendidikan perlukan perubahan terutama dari segi kurikulum pendidikan. janganlah apa yang dibuat 30 tahun lalu, masih di buat sekarang. rugi kita.


Sunday, December 26, 2004

masjid al-aqsa


ini masjid jami' al-aqsa, bukan yang kubah kuning emas. kubah kuning emas ialah Dome of The Rock (kubah batu). kubah kuning emas bukan masjid al-aqsa. seringkali kita lihat apabila bicara soal masjid al-aqsa, baitulmaqdis, jerusalem atau al-quds, maka kubah kuning emas itulah yang diperlihatkan.

masjid jami' al-aqsa ialah merujuk kepada bangunan masjid yang didirikan di dalam kawasan masjid al-aqsa untuk digunakan sebagai tempat solat jemaah, khutbah jumaat & hari raya. manakala masjid al-aqsa ialah kawasan yang dilingkari dinding batu (wall). luasnya kira-kira 144 dunum. masjid al-aqsa merangkumi masjid jami' al-aqsa, kubah batu, dan beberapa binaan yang lain. Posted by Hello

Imej Siapa Punya ?

salam,

tidak dinafikan imej umat Islam ini pelbagai. sekali imbas, imej itu terbentuk berdasarkan budaya, adat, suasana, benua, keturunan dan sebagainya. umat Islam dari Pakistan berbeza dari Malaysia. umat Islam China berbeza dari Afrika. paling senang nak tengok perbezaan ni ialah di Mekah ketika musim haji. berbagai umat Islam seluruh dunia datang. termasuk dari Jepun, Rusia, Korea, Papua New Guinea, Brazil dll. sudah tentu mereka ni berbeza-beza dalam banyak perkara.

kawan saya kata orang Arab keras. ada yang kata orang Pakistan keras. hmmm... banyak betulnya. dalam banyak keadaan, mereka ni susah nak setuju dengan orang lain. kadang-kadang, sambil bersembang pon mereka ni macam bertekak sesama sendiri. ada satu kali tu, kata kawan saya, orang Arab bergaduh kat masjid. kesnya nak rebut jawatan AJK masjid. saya pon pernah lihat orang Pakistan bergaduh sesama sendiri kerana isu duit tabung masjid. nampaknya mereka tak macam orang Melayu. senang... kita cakap sikit, semua angguk, faham, setuju.

bolehkah kita meng'antarabangsa'kan budaya melayu ni? apa kelebihan yang melayu ada? inilah yang perlu kita fikir. budaya kita bagus, mengikut budaya Islam. bercakap dengan nada lembut, tak lawan cakap orang. sampaikan orang-orang Arab, Pakistan dan lain-lain negara hormat kepada orang Melayu. mereka kata orang melayu bagus, boleh dipercaya kerana tak cakap banyak tapi kerja berjalan. melayu tidak ekstrem.

ada orang kata tidak ada istilah ekstrem atau fundemental dalam agama Islam. tapi menurut pensyarah saya, perkara ni sebenarnya ada. ia bukanlah fenomena baru. ia telah wujud sejak zaman Nabi s.a.w lagi. ada sahabat yang tak nak kawin, ada yang sentiasa nak puasa dsb. tapi Nabi s.a.w didik mereka supaya bertindak dengan waras. dalam Quran pon disebut supaya kita jangan melampau 'la taghlu' dalam melakukan sesuatu.

barangkali ramai yang melihat media sering memaparkan kisah umat Islam yang disifatkan sebagai ekstrim. Osama bin Laden dikatakan ketua ekstrim dunia dan berada pada senarai teratas mereka yang dikehendaki Amerika. malah, dr. yusur al-qaradawi turut dikatakan ulama ekstrim oleh beberapa golongan di UK yang membantah kedatangannya ke satu persidangan di London. apa penilaian yang diguna pakai untuk melabelkan seseorang umat Islam itu ekstrim atau sederhana?

dalam suasana hari ini, cara penilaian itu bukan penting. tapi, media lah yang banyak memainkan peranan membesarkan isu-isu. media membentuk imej seseorang, baik atau buruknya dia. rakyat bergantung pada media. ia adalah sumber rujukan utama masyarakat moden. kalau media tak kata dia ekstrem, maka dia tidak ekstrem. bolehkah kita salahkan media? boleh. tapi apa alternatifnya? kena ada jaringan media yang interaktif. bagaimana? rupanya banyak persoalan yang perlu difikir.

Friday, December 24, 2004

perubahan itu murni

assalamualaikum

suasana berubah mengikut keadaan. faktor-faktor perubahan sangat banyak. paling senang untuk difikir ialah faktor politik, ekonomi dan sosial. dalam banyak keadaan, faktor emosi turut menjadi faktor perubahan. soalnya adakah kita memerlukan perubahan? bolehkah kita hidup tanpa melakukan apa-apa perubahan? apakah kita menyusahkan seseorang jika kita tak berubah? hmm...rupanya banyak persoalan yang timbul bila bicara tentang topik ini.

jika dilihat di dalam al-Quran, ada kedapatan ayat-ayat yang menyeru ke arah perubahan. "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan seseorang itulah yang merubah nasibnya sendiri." jelas kepada kita bahawa perubahan itu merupakan satu tuntutan. di dalam hadith pula disebut supaya kita memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

namun untuk berubah itu bukan perkara enteng. ia memerlukan perancangan, semangat, usaha dan yang terlebih penting ialah istiqamah. ambil contoh penagih dadah seperti maradona. dia menagih dadah jenis kokain. di argentina dia dianggap mendapat sentuhan 'tuhan'. malah ada yang menanggapnya tuhan. ada gereja yang ditubuhkan khas menggunakan nama maradona.

maradona telah banyak kali di dapati positif kokain. bulan oktober 2004, dia muncul dalam kaca tv di argentina. dia menceritakan bahawa kokain telah memusnahkan kariernya. dia menangis dalam tv. rakyat argentina turut menangis melihat maradona. tetapi maradona tidak dapat berbuat apa, kerana kuasa kokain lebih hebat. maradona tidak berdaya mengawalnya. begitulah kuasa dadah. tanpa usaha yang bersungguh, amat sukar untuk lari dari penagihan.

justeru, penting untuk berubah. dengan perancangan, semangat dan niat yang murni, perubahan akan berjaya dilakukan. hidup tanpa perubahan adalah umpama penagih dadah. menyusahkan orang dan mengayakan tokey yang mengambil kesempatan.