Google
 

Sunday, February 22, 2009

SKT 2009 Dakwah Islam

Saya menghabiskan hari rehat hujung minggu di Hotel De Palma Ampang atas urusan untuk membantu merencana Sasaran Kerja Tahunan - 2009 bagi NGOs Islam dan bengkel penyelarasan kerja.

Sasaran yang perlu dicapai atau yang ingin dicapai telah dirangka dalam perbincangan selama 2 hari 1 malam tersebut.

Secara fokus, sasaran itu adalah untuk urusan Dakwah Islamiyah bagi membantu umat agar tidak tersasar dari ajaran agama Islam. Melihat kepada realiti remaja dan muda mudi hari ini, sudah tentu menginsafkan kita betapa dakwah perlu dipugar dan terus dipugar...

Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ketika ini memberi tumpuan kepada NGOs Islam supaya membantu untuk melakukan sesuatu terutama aspek dakwah kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti. Sasaran kepada pelbagai lapisan kumpulan; i. bawah 12 tahun, ii. 13-24 tahun, iii. 41 ke atas, iv. sahabat kita, saudara kita dan muallaf, v. badan-badan kerajaan, vi. warga industri / swasta dan 2 lagi kumpulan sasar yg dikenalpasti. Masalah bajet nampak semacam bukan masalah utama; janji ada program dan ikhlas melakukannya nescaya bantuan kewangan akan muncul...cuma kena mohon la....proses biasa.

Ramai rakan-rakan yang bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat...termasuklah saya.. semoga kami diberi keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ini ya Rabb.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home