Google
 

Thursday, March 29, 2007

Saudi tegur US??

Hari ini saya hampir terkejut membaca tajuk berita yang memaparkan bahawa Saudi telah mengkritik US dalam menangani isu Iraq.

Kenyataan sebegini begitu bermakna, kerana Saudi dilihat sebagai negara Arab yang boleh mempengaruhi negara Islam lain. Saudi juga sebenarnya dilihat sebagai sekutu kuat US di Timur Tengah. Saudi pernah membenarkan US membina pengkalan tentera dan menggunakan ruang udara untuk tujuan menyerang negara-negara jiran Saudi yang menjadi musuh US. Malah, dalam krisis US (dan sekutunya) vs Iran, Saudi telah menyatakan persetujuan untuk US menggunakan wilayahnya bagi tujuan melancarkan serangan ke atas Iran, sekiranya krisis ini berlanjutan dengan peperangan.

Sekarang, Saudi sudah agak berani, di mana dengan jelas pemerintahnya Raja Abdullah menyelar tindakan US menceroboh Iraq. Dalam persidangan Liga Arab yang berlansung di Riyadh, Raja Abdullah menyatakan bahawa "US presence in Iraq as an illegitimate occupation." Operasi US di Iraq merupakan pencerobohan haram, itulah barangkali maksud yang ingin disampaikannya.

Saya tidak pasti, apakah ada agenda lain disebalik pendirian ini. Ada yang curious kenapa selepas 2 bulan lawatan Condolezza Rice, Saudi mengecam tindakan pencerobohan US di Iraq? Apakah sudah ada bibit-bibit Saudi tidak mahu mengikut telunjuk US? Secara strategik, saya tidak melihat bahawa Saudi terlalu berani dan akan bersikap keras dengan US, kerana ia melibatkan kepentingan-kepentingan tertentu bagi negara itu. Seperti perdagangan, keselamatan, pemerintahan dan lain-lain.

Apa yang boleh dilihat ialah Saudi sudah bersuara; walaupun sebenarnya dalam usaha mereka untuk mencari jalan damai ke atas krisis Palestin vs Israel.

Raja Abdullah merayu supaya negara-negara Arab bersatu. Susah sangat ke untuk mereka bersatu? fuhh.. memang susah. Atas krisis yang berlaku ke atas Palestin, mereka berpecah; kerana ada yang menyokong US dan ada yang menentang. Sepatutnya mereka lah yang bersatu untuk menentang penjajah tanah Palestin, tetapi mereka tidak mampu.. mereka di ajak menyokong penubuhan Israel di atas tanah Palestin itu.. justeru, mereka berpecah kerana ada yang cuba mengikut perancangan atas nama 'peace plan' yang ditaja oleh barat, yang jelas menjatuhkan maruah Islam di Palestin.

Masalah Palestin masih belum selesai, mereka menyerang Iraq, apakah Iran pula selepas ini?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home