Exam too Simple or Students Better in Quality?
Rakyat Malaysia sudah mengetahui siapa pelajar cemerlang SPM / STPM 2006. Bagi SPM, sudah ramai yang mengambil 17 - 19 subjek. Sebelum keputusan rasmi keluar, akhbar tempatan sudah heboh dengan Nadia yang bakal mendapat 19A1, namun keputusan sebenar tidaklah seperti apa yang dihebohkan. Malah pelajar dari Kelantan nampaknya lebih hebat dengan 17A1, pelajar aliran sains sekolah agama!!, dan lebih dari itu dia mempunyai nilai tambah iaitu hafazan Quran!!
Di UK, akhbar Metro (weekday free copy) cetakan Jumaat 16 Mac 2007 melaporkan bahawa peperiksaan A-Level sudah menjadi terlalu mudah (A-Level exam becomes too simple). Ini disebabkan ramai yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Ini yang menarik perhatian saya dalam seminggu ini. Apa yang disebut di UK ini seakan mempunyai kaitan dengan Malaysia; isunya ialah peperiksaan dan keputusan.
Apapun, saya tidak pasti samada peperiksaan di Malaysia sudah menjadi terlalu mudah. Bagaimana nak kata begitu, sedangkan ramai juga yang gagal, yang setakat lulus tetapi tidak cemerlang dan yang hanya cukup makan sahaja. Rata-rata pelajar luar bandar, pelajar FELDA, kampung, dll, jarang sangat yang mendapat keputusan sebegini.
Nadia beruntung, w/pun bersekolah di luar bandar, tetapi ibu/bapanya adalah guru. Ia mendorong mencapai kejayaan. Bagaimana kalau ibu/bapa pelajar seorang peneroka FELDA, penghuni setinggan, rumah pangsa DBKL, penoreh getah, pesawah, nelayan, pekerja kilang atau yang sealiran?
Di bandar, saya kira tiada masalah besar; rata-rata pelajar mempunyai tahap kesedaran untuk berjaya. Mereka mempunyai banyak pilihan kelas-kelas tuisyen, kelas tambahan, dsb. Tambahan pula, guru mereka lebih terdedah dengan aspek-aspek terkini pengajaran.
Pun begitu, mereka yang berjaya ini kebanyakannya mempunyai daya mengurus diri dengan baik. Mereka boleh mengurus waktu belajar, waktu bermain, waktu tidur; pendek kata mereka ada disiplin. Di samping tunjuk ajar guru, mereka turut berusaha untuk berjaya. Di tambah pula dorongan dan doa dari ibu/bapa mereka, sudah tentu meningkatkan semangat pelajar.
Kesimpulannya; tidak dinafikan pelajar sekarang sudah ramai yang berpotensi serta mempunyai kualiti yang baik untuk cemerlang. Tetapi, masih ramai yang kurang berkualiti, malah ada yang tercicir di tingkatan 3; lebih menyedihkan ada juga yang tidak menjejak kaki ke sekolah menengah kerana macam2 sebab.
so, itulah ceritanya... sekian.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home