Membongkar Keluasan Al-Aqsa
Al-Aqsa sebenarnya bukanlah Dome of The Rock (bangunan yang mempunyai kubah emas), mahupun bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).
Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam, walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla, dsb. Pointnya, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.
Kedua-dua bangunan 'al-Jami' ' dan 'Dome' itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok (wall) sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 dunum / ekar.
Persoalannya, apakah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1 itu?
Berdasarkan ayat itu, al-Masjid al-Aqsa merujuk kepada kawasan yang dikelilingi tembok itu, iaitu keseluruhannya. Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami' atau dalam Dome of The Rock, pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama' tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home