Google
 

Thursday, March 15, 2007

Mengapa Israel Mengorek Tanah di al-Aqsa?


Kerja-kerja penggalian oleh Israel di al-Aqsa telah menyebabkan umat Islam seluruh dunia bangkit memprotes usaha tersebut. Ia boleh menggugat keutuhan al-Aqsa.
Apakah alasan mereka menggali tanah di situ? Jika menurut jurucakap Israel, mereka ingin menyelamatkan artifak arkeologi sekiranya ada, sebelum tempat itu dibangunkan dengan pembinaan jalan untuk pejalan kaki pergi ke al-Aqsa.
"The Israeli authorities say the dig is meant to salvage archaeological remains ahead of the construction of a new pedestrian walkway to the religious compound located in East Jerusalem. "
UNESCO dilihat menyebelahi Israel dalam hal ini, di mana mereka sebut bahawa kerja yang dilakukan itu memenuhi kriteria professional standard.
Manakala UN meminta supaya kerja itu diberhentikan. Tetapi dalam masa yang sama, UN meminta supaya Israel melakar plan lain untuk membina laluan pejalan kaki itu. Plan itu mestilah menjaga keutuhan dan tidak merosakkan al-Aqsa.
Laporan UN ini telah dimanipulasikan oleh Israel, di mana mereka mengatakan bahawa ia menunjukkan UN setuju projek itu tidak akan menjejaskan al-Aqsa. Sudah tentu Israel akan meneruskan projek ini.
Apakah reaksi orang Islam di sana? saya pasti mereka tidak akan mudah menerima, selagi tiada jaminan projek itu tidak menggugat al-Aqsa.
Sudah tentulah umat Islam tidak mahu sesuatu kerja yang dilakukan Israel, yang boleh merosakkan atau meruntuhkan al-Aqsa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home