Google
 

Saturday, January 17, 2009

Saya Suarakan di NTV7

Pada Ahad lepas 11 Jan 2009 saya dijemput ke NTV7 untuk memberi ulasan terhadap serangan yang masih belum berakhir, malah Israel semakin ghairah menawan keseluruhan Gaza.

Ada cerita sedikit ketika saya berada di situ tetapi cerita bes itu bukan yang ingin saya highlight.

Saya ditanya 3 soalan oleh 'Kak Ras' yang saya kira memerlukan masa sedikit untuk dibuat kajian sebelum analisis secara lansung itu disiarkan. Apapun, oleh kerana soalan saya dapat kurang dari 1 jam sebelum rancangan, saya tawakkal bersandarkan maklumat-maklumat yang saya perolehi sebelum ini.

Soalan 1: Konflik Israel Palestin ini sudah berlanjutan sejak sekian lama dan setiap kali pencerobohannya dengan pelbagai lasan dan kali ini mereka mahu memerangi puak Hamas yang dikatakan tidak seiring dengan pergerakan Fatah.

Soalan 2: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dalam menangani konflik Gaza setakat ini, adakah fungsi badan dunia itu masih lagi relevan dalam menangani kemelut sebegini?

Soalan 3: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Liga Arab dalam kemelut Israel - Palestin ini?

Saya cuba mengupas dalam waktu yang terhad dan saya suarakan pandangan yang telah saya kutip sebelum ini melalui teman-teman yang berasal dari Palestin.

Secara ringkas, apa yang saya nyatakan ialah:
1. Dalam konflik terbaru, Fatah menyokong tindakan Hamas untuk tidak meneruskan perjanjian damai dengan Israel yang ditandatangani pada 18 Jun 08 lalu, proses yang diusahakan oleh Mesir.

2. PBB tidak boleh 'bias'; menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan konflik ini apatah lagi mereka sebelum ini sering dilihat menyebelahi Israel.

3. Liga Arab ini, kita sedih kerana masih belum berperanan dengan sepatutnya sedangkan mereka berada disekeliling Palestin..Mesir, Arab Saudi, Syria, Lebanon dan Jordan...di mana mereka ini..

Jawapan sebenar yang saya kemukakan itu panjang lagi, ini cuma ringkasan point sahaja.

Akhirnya, saya nyatakan bahawa Islam tidak menentang Israel kerana mereka berbangsa Yahudi. Bermaksud Islam bukan anti-semitism. Islam mengiktiraf agama lain. Namun penentangan yang dilakukan adalah ke atas kezaliman yang dilakukan Israel, yang membunuh orang tua, wanita dan budak kecil, tiga golongan yang tidak dibenarkan dibunuh oleh Islam. Kezaliman ini sudah tentu menyalahi hak asasi manusia yang dicanang oleh US, negara yang menyokong kuat Israel itu.

wallahu a'alam

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home