Google
 

Thursday, July 29, 2010

Atlanta: Markaz Gerakan Pembebasan Masyarakat Kulit Hitam

Atlanta, Georgia di US merupakan sebuah negeri yang mempunyai bilangan penduduk kulit hitam yang tinggi. Mereka berasal dari negara Afrika, di bawa masuk ke Amerika untuk menjadi buruh dan pekerja binaan atau sektor-sektor lain. Ada yang datang kerana keadaan politik yang tidak stabil. Ada juga kerana berhijrah dari kemiskinan.

Masyarakat kulit hitam di Amerika hidup dalam keadaan sebagai hamba dari zaman mereka datang hingga bermulanya abad ke-20. Namun begitu, disebabkan kesedaran untuk membebaskan diri, mereka terlibat di dalam gerakan-gerakan menuntut kesaksamaan dan pengiktirafan ke atas mereka. Perjuangan mereka cukup panjang. Sehingga ia mengorbankan seorang pejuang mereka iaitu Martin Luther King Jr pada tahun 1968.

Secara matematik mudah, ini bermakna sehingga hampir tahun 1970, masyarakat kulit hitam masih lagi hidup dalam keadaan masyarakat kelas ke-3 di sebuah negara termaju di dunia iaitu Amerika. Mereka ditindas. Dalam perbualan saya dengan masyarakat di Atlanta, mereka memberitahu bahawa ada yang dipaksa bekerja membina bangunan tetapi tidak dibayar gaji.

Inilah yang menjadi penyebab gerakan pembebasan mereka terus dilakukan walaupun mendapat tentangan masyarakat kulit putih ketika itu. Mereka tidak gentar. Mereka terus berjuang demi pembebasan dari sistem perhambaan.

Gerakan pembebasan mereka disokong oleh pihak agama. Oleh kerana ramai di antara mereka itu penganut kristian, maka gereja menjadi pendokong perjuangan mereka. Martin Luther King Jr adalah pendokong gereja dan beliau turut menjadi pelopor perubahan. Oleh kerana berlaku pertempuran idea dan prejudis masyarakat terhadap golongan kulit hitam, akhirnya Martin menjadi mangsa pembunuhan.

Pembunuhan beliau telah menjadi titik tolak perubahan yang besar. Masyarakat kulit hitam mula diberi perhatian. Beberapa rombakan peraturan negara dirubah untuk menerima masyarakat kulit hitam. Pergerakan berasaskan Civil Rights terus dicanang. Segala perhubungan kaum, pembangunan, agihan kekayaan dan lain-lain berteraskan Hak Asasi, Freedom - Liberty.

Kemuncak perjuangan masyarakat kulit hitam setakat ini ialah kejayaan Obama menjawat jawatan Presiden yang dipilih rakyat di negara kuasa terbesar dunia hari ini, Amerika.

Sunday, July 25, 2010

Ingat isteri dan anak-anak



Berjauhan dengan isteri dan anak-anak untuk tempoh yang lama bukanlah sesuatu yang diingini oleh sesiapa. perasaan rindu menerobos ke dalam jiwa. teringat anak-anak yang sentiasa menunggu di pintu rumah apabila bapanya pulang kerja. sentiasa menjadi alat gurauan memeriahkan suasana rumah. yang kecil baru setahun pada 30 mei lepas. sentiasa menjadi 'bear' untuk dipeluk-peluk dan menangis bila terlebih dikeronyok. bila nangis, bawa keluar, senyap semula.. argg... mengingat kepada anak yang suka bercakap2, walaupun dia tak tau sangat apa yang dicakap. genap 16 sept ni 3 tahun.. kadang tersasul. membantu umi dia membersih rumah, mop lantai, tapi bukan tambah bersih sebab dia cuma nak tiru apa orang dewasa buat kerja.

ada lagi 10 hari nak jumpa mereka.

Saturday, July 24, 2010

Mormon di Salt Lake City

Agama majority di salt lake city ialah kristian mormon. sebahagian masyarakat kristian tidak menganggap mereka kristian kerana mereka mempunyai perbezaan terutama dalam kepercayaan terhadap nabi. mormon melihat bahawa nabi itu sentiasa ada dan menerima wahyu. mereka menerima bahawa ketua gereja mereka adalah nabi. ketua mereka boleh menerima wahyu. wahyu itu samada untuk umum atau khusus kepada mormon sahaja. nabi mereka yang juga ketua gereja dibantu oleh 12 orang disciples, kerana mereka mengikut konsep anak-anak nabi yaakob seramai 12 orang itu.

saya sempat bertanya di dalam syarahan mengenai mormon, soalan saya mudah sahaja iaitu: adakah wujud nabi perempuan bagi mormon? dan, adakah nabi mormon ini untuk semua manusia atau untuk mormon sahaja? steven, yang mengendalikan syarahan itu menjawab tiada nabi perempuan bagi mormon, semua lelaki.. dan nabi mereka untuk semua manusia tetapi mereka tak kisah (dont care) jika tidak diterima oleh orang ramai.

konsep nabi bagi mereka menurut Jan Shipps (bukan mormon tetapi pakar mormon) ada 2, iaitu: 1. nabi itu bercakap untuk tuhan (speak for god), 2. diterima oleh pengikutnya.

melihat kepada konsep kenabian mereka ini, tidak hairanlah jika kelompok kristian lain tak boleh terima mereka. Kristian yang biasa mengakui bahawa wahyu yang diterima oleh Isa (jesus) itu adalah yang terakhir bagi ajaran kristian. tidak boleh ditambah ajaran tersebut. Ini berbeza bagi mormon kerana mormon masih menganggap adanya wahyu yang diterima oleh nabi mereka pada zaman ini.

Islam juga tidak terima konsep nabi sebegini kerana akidah Islam sudah jelas iaitu Nabi Muhammad adalah nabi terakhir.

Selepas syarahan itu kami diberi sambutan sebagai tetamu dan di jamu di bilik Ambassador Suite, Jospeh Smith Memorial Building, tingkat 10. Sekadar tambahan, Joseph Smith adalah nabi pertama mereka pada zaman moden yang mengasaskan mormon pada tahun 1830.

Pada malamnya kami pergi melihat rehearsal nyanyian mormon di Conference Center mereka yang boleh menempatkan 21,000 orang. besar, macam stadium.

liputan media terhadap syarahan ini dilaporkan oleh media tempatan The Salt Lake Tribune dengan tajuk: Visitors get an education in all things Mormon — and more. klik di sini

Wednesday, July 21, 2010

Farewell Santa Barbara

Setelah berada di Santa Barbara selama 16 hari bermula 5 julai lepas, kini tibalah masa untuk meneruskan perjalanan. Sebelum kumpulan kami meninggalkan tempat pengajian di sini, satu majlis perpisahan telah diuruskan oleh pihak penganjur pada selasa 20 julai. Kami 18 orang dari 17 negara diraikan.

Jemputan dibuat kepada komuniti sekitar, keluarga yang menerima kami untuk makan malam, para profesor yang menjadi tenaga pengisi program, serta mereka yang terlibat dalam khidmat sosial dari kalangan kristian, muslim, yahudi dan lain-lain agama.

Teringat kepada beberapa profesor yang hadir antaranya: Clark, Mark Juergensmeyer, Inez, Kathleen Moore dan ada yang tak ingat nama.

Majlis bermula pada jam 7.30pm di sebuah cafe yang telah ditempah khas untuk kumpulan kami. Saya sempat berbual dengan seorang Doktor yang berasal dari Afghanistan, Rashid. Begitu baik, dan saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa dia selalu juga menjadi imam dalam komuniti Muslim yang kecil di sini.

Majlis tamat jam 9malam. Kami dibawa pulang ke tempat penginapan, Pendola House. Sampai di tempat penginapan, saya berusaha menyiapkan kertas pembentangan untuk seminar Baitul Maqdis pada 7-8 Ogos ini. Alhamdulillah, kertas dapat disiapkan dan dihantar pada jam 12 malam, 3 petang waktu tanahair.

Mujur juga sebelumnya saya telah mengemaskan barang2 ke dalam beg. Hanya ada beberapa barang yang perlu dimasukkan ke dalam beg.Persiapan untuk perjalanan seterusnya lancar. Saya sempat membawa beg pada jam 1 pagi untuk ditimbang supaya tak lebih berat.

Di US, caj untuk beg yang terlebih berat agak mahal. Setiap bagasi kena bayar. Bagasi pertama perlu bayar $25 dan setiap bagasi tidak boleh lebih 22kg. Caj terlebih berat ialah $50. Untuk bagasi kedua, cajnya $35. Semua bagasi mempunyai had limit berat iaitu 22kg. Sebab itu di sini penting untuk pastikan berat beg sebelum ke airport supaya tidak terkejut ketika pendaftaran masuk.

perjalanan kami seterusnya adalah ke salt lake city.

Friday, July 09, 2010

Solat Jumaat di Los Angeles

Hari ini Jumaat, berpeluang solat Jumaat di sebuah masjid di LosAngeles. Kami bertolak ke Islamic Center of Southern California di LA pada jam 11.45am. Seperti biasa, 2 van. Kumpulan kami bergerak dari Hotel Hilgard House, Hilgard Avenue. Solat Jumaat bermula jam 1pm. Kami tiba pada jam 12.30pm, terus dibawa ke bilik mesyuarat di tingkat 2 untuk taklimat oleh Director of Religious Activity. Jam 1pm, kami semua turun untuk bersama dengan para jamaah, umat Islam US. Saya terus ke tempat wuduk. Sebahagian rakan-rakan non-muslim mengambil tempat di kerusi yang disediakan di luar kawasan solat.. mereka melihat bagaimana solat jumaat dilaksanakan.. mereka turut mendengar khutbah dalam bahasa inggeris yang dibaca oleh khatib, Dr Maher Hathout. Selepas wuduk, sempat menegur seorang rakyat Malaysia, tapi tak sempat tanya nama kerana masing-masing nak cepat. saya terus masuk ke dewan solat, mendengar khutbah, khatib tidak baca teks.. real khutbah. isinya bagus. memahami ajaran islam dan menghormati agama lain. meyakini kebenaran islam, tetapi menerima hakikat kewujudan agama lain... pada saya inilah yang diperlukan oleh muslim di mana-mana, bukan sahaja di US, tetapi diseluruh dunia untuk keamanan sejagat. jika kita tidak mengiktiraf kewujudan orang lain, kita akan bertindak untuk mengatasi mereka... inilah benda2 yang kelihatan kecil tetapi boleh menimbulkan konflik besar dalam kehidupan beragama mahupun kehidupan sosial biasa. pengalaman pertama saya solat Jumaat di US ini sangat baik, khutbah dalam bahasa tempatan (inggeris). waktu saya di uk dulu, masjid tempat saya tinggal membaca khutbah dalam bahasa urdu, pihak masjid taknak baca dalam bahasa inggeris sebab mereka mengikut mazhab hanafi yang menjadikan syarat khutbah dalam bahasa arab...saya taknak bincang hal bahasa ini.

selepas solat jumaat, kami menyambung dialog dengan Dr Maher. PErbincangan berkisar bagaimana pandangan terhadap umat Islam di US, bagaimana center ini menghimpunkan umat Islam, dll. kami turut diberi makan, nasi arab. setelah hampir seminggu di us, inilah pertama kali saya menjamah nasi, bes pulak tu. selepas habis dialog, saya membeli 3 buah buku untuk dibawa balik ke malaysia:
1. Who Speaks for Islam? - Esposito & Mugahid
2. Islam, past, present & future - hans kung
3. the best divisions for knowledge ogf the region (ahsan al-taqasim) - al-muqaddasi

seterusnya, program mengikut jadual..........

Wednesday, July 07, 2010

Dari Kuala Lumpur ke California

Setelah visa diluluskan selepas sebulan mohon dan puas menunggu (mohon 3jun; lulus 2julai), akhirnya dapat jugalah merasa untuk pergi ke us.. tiket disediakan, bertolak dari klia 3 julai ke singapore. lepas tu kena naik united airline ke narita. di narita kena tukar flight, naik ua838 ke san francisco, lepas tu kena ambil connecting flight ke santa barbara.

saya sudah diberitahu bahawa transit hotel di singapore tidak dapat ditempah kerana fully book. dari klia, pesawat berlepas jam 9.45pm. sampai di singapore melalui terminal 2, saya mencari terminal 3, terminal untuk pesawat united airline. sambil berjalan, ada ternampak santuary tempat kerusi untuk tidur. saya terus mencari jalan ke terminal 3. nampak laluannya kena naik skytrain.

sampai di terminal 3, saja nak cuba tanya hotel jika ada bilik, tetapi hotel memang penuh. sambil jalan-jalan, dapat tengok world cup, argentina vs germany.. germany membelasah argentina. saya tak tengok habis kerana nak cari tempat tidur, flight seterusnya kena boarding jam 6.15am.

patah balik ke terminal 2, dapat kerusi tidur di sanctuary..tidur hingga jam 5.30am. lepas ke toilet, nak solat subuh tapi tak jumpa surau. solat di tempat terlindung, dekat lif, dekat pintu-pintu yang tertutup. lepas solat, terus ke pintu boarding. jam 7am berlepas ke narita.

sampai di narita jam 3pm, connecting flight jam 4pm. sampai di pintu flight us838, ia masih bertulis indefinite. sepatutnya terbang jam 4. katanya pilot kena heart attack. dapat vaucer makanan sambil menunggu flight. sepat solat dalam bilik persalinan dekat toilet di airport narita. sempat beli 1-2 baju budak. hampir 4 jam tunggu, akhirnya pengumuman rasmi,flight tangguh 1 hari. mereka sediakan hotel, saya dapat hotel crowne plaza. bilik besar, puashati.

esoknya 5 julai, masuk semula check in, terus ke pintu penerbangan.. masuk dan terbang jam 4pm. sampai di san francisco pada hari yang sama tapi baru jam 8.20am. terus turun, melepasi imigresen yang tanya 2-3 soalan dan mujur tidak cerewet. lepas imigresen, ambil beg.. ni agak mendebarkan sikit sebab saya sudah diberitahu supaya bersedia untuk beg digeledah.. keadaan agak baik, imegresen melepaskan keluar tanpa cek beg.. terus kejar connecting flight ke santa barbara.

sambil tunggu flight, minum dengan kenalan atas pesawat, penyelidik lelaki dari singapore nak ke dallas. flight ke sb jam 11, flight macam firefly, kipas, tapi yang ni buruk sikit.. tiba jam 12.30pm. ada orang tunggu, ambil beg terus ke UCSB - university california santa barbara. diberi 2 pilihan, samada nak terus masuk bilik atau nak join group. oleh kerana saya dah lewat 2 minggu program ini, saya memilih untuk join the group. kelas belah petang tak jadi, lalu di bawa ke temple buddhist untuk lawatan.

balik sampai hostel jam 5pm, check in bilik dan terus berehat.. jam 6pm turun makan kantin.. makan berjadual.. masuk bilik, tak tahan, terus tido. perjalanan dari KL ke CA yang memenatkan tapi bes.