Google
 

Friday, December 24, 2004

perubahan itu murni

assalamualaikum

suasana berubah mengikut keadaan. faktor-faktor perubahan sangat banyak. paling senang untuk difikir ialah faktor politik, ekonomi dan sosial. dalam banyak keadaan, faktor emosi turut menjadi faktor perubahan. soalnya adakah kita memerlukan perubahan? bolehkah kita hidup tanpa melakukan apa-apa perubahan? apakah kita menyusahkan seseorang jika kita tak berubah? hmm...rupanya banyak persoalan yang timbul bila bicara tentang topik ini.

jika dilihat di dalam al-Quran, ada kedapatan ayat-ayat yang menyeru ke arah perubahan. "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan seseorang itulah yang merubah nasibnya sendiri." jelas kepada kita bahawa perubahan itu merupakan satu tuntutan. di dalam hadith pula disebut supaya kita memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

namun untuk berubah itu bukan perkara enteng. ia memerlukan perancangan, semangat, usaha dan yang terlebih penting ialah istiqamah. ambil contoh penagih dadah seperti maradona. dia menagih dadah jenis kokain. di argentina dia dianggap mendapat sentuhan 'tuhan'. malah ada yang menanggapnya tuhan. ada gereja yang ditubuhkan khas menggunakan nama maradona.

maradona telah banyak kali di dapati positif kokain. bulan oktober 2004, dia muncul dalam kaca tv di argentina. dia menceritakan bahawa kokain telah memusnahkan kariernya. dia menangis dalam tv. rakyat argentina turut menangis melihat maradona. tetapi maradona tidak dapat berbuat apa, kerana kuasa kokain lebih hebat. maradona tidak berdaya mengawalnya. begitulah kuasa dadah. tanpa usaha yang bersungguh, amat sukar untuk lari dari penagihan.

justeru, penting untuk berubah. dengan perancangan, semangat dan niat yang murni, perubahan akan berjaya dilakukan. hidup tanpa perubahan adalah umpama penagih dadah. menyusahkan orang dan mengayakan tokey yang mengambil kesempatan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home