Google
 

Tuesday, December 28, 2004

tsunami: masjid bandar aceh teguh berdiri


gambar dari bbc

walaupun gegaran 9.0 pada skala ritcher telah menyebabkan ombak laut bergelora setinggi 6 meter dan memusnhakna rumah, hotel, tempat pelancongan, tetapi masjid bandar aceh tidak terjejas. bangunan disekitar masjid ini musnah sama sekali. jam di masjid ini berhenti pada jam 8.25 pagi iaitu ketika ribut melanda. ajaib sungguh, namun ia bukan perkara mustahil.

begitulah kuasa Allah. sekelip mata segalanya boleh musnah. sistem maklumat di thailand, sri lanka, burma, indonesia dan malaysia gagal memberi amaran awal kepada penduduk. walhal, malaysia ada alatan canggih.

jumlah yang mati terus meningkat. angka yang diberikan berbeza antara satu sama lain. umpamanya BBC kata di Malaysia 44 orang mati, tetapi Bernama kata jumlah kematian meningkat kepada 63 orang, manakala 26 masih hilang.

rupanya gegaran bencana ini tidak lama. sekejap sahaja, tetapi telah menyebabkan ketakutan yang amat sangat. yang hidup, masih diberi peluang untuk berfikir. yang telah pergi, kita doakan kesejahteraan ruh mereka.

gegaran bumi adalah satu fenomena yang menakutkan. sebab itu mungkinAllah mengumpamakan saat hari kiamat seperti gegaran bumi. Allahmemberi amaran tentang goncangan atau gegaran dunia bila berlakunya kiamat nanti. saat itu, ibu yang mengandung akan keguguran. orang mencari tempat perlindungan sehingga lupa sanak saudara. tetapi, saat itu, semuanya akan musnah.

pun begitu, tsunami memberikan peringatan kepada kita. jangan angkuh dan sombong di atas muka bumi ini. syukurlah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan hidup. takziah pada keluarga mangsa. Posted by Hello

0 Comments:

Post a Comment

<< Home