masjid al-aqsa

ini masjid jami' al-aqsa, bukan yang kubah kuning emas. kubah kuning emas ialah Dome of The Rock (kubah batu). kubah kuning emas bukan masjid al-aqsa. seringkali kita lihat apabila bicara soal masjid al-aqsa, baitulmaqdis, jerusalem atau al-quds, maka kubah kuning emas itulah yang diperlihatkan.
masjid jami' al-aqsa ialah merujuk kepada bangunan masjid yang didirikan di dalam kawasan masjid al-aqsa untuk digunakan sebagai tempat solat jemaah, khutbah jumaat & hari raya. manakala masjid al-aqsa ialah kawasan yang dilingkari dinding batu (wall). luasnya kira-kira 144 dunum. masjid al-aqsa merangkumi masjid jami' al-aqsa, kubah batu, dan beberapa binaan yang lain.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home