Google
 

Tuesday, September 01, 2009

Menulis Bila Ada Masa

1 September dah!! Apakah saya sebenarnya sibuk sehingga tak terasa masa berlalu? atau apakah saya tidak tahu mengurus masa dengan baik? Teman-teman dipejabat tanya mengapa lama tidak menulis.. saya tidak punya jawapan konkrit, saya hanya tersenyum sambil berfikir-fikir jawapan. Itulah, saya rasa jika sesorang menulis bila ada masa, jadilah macam saya ini, sekejap menulis sekejap tidak. Jika orang yang memang hobi dia menulis, dia akan pastikan jugak mencari ruang untuk menulis, walaupun dia seorang manager yang maha sibuk. Ianya macam orang yang suka melayari internet, kalau tak dapat masuk internet, hidupnya pasti tak tenang. Buka internet untuk tengok berita, atau kadangkala nak kemaskini blog, facebook dll supaya orang lain tau apa aktiviti kita.

Benda-benda sebegini banyak memakan masa jika tidak dikawal. Ada orang yang 3 jam tengok internet pun masih belum puas, sedangkan berita yang disemak diulang-ulang yang sama sahaja. Itu belum kira masa yang diambil untuk menyemak dan membalas email. Membalas sambil mengkhayalkan bagaimana agaknya untuk kita menggambarkan ayat kita, lalu penggunaan bermacam-macam simbol tidak dapat dielak. Itulah kerja internet, jika tidak dikawal, susah badan... sedar-sedar, eh, dah habis waktu pejabat ...

Tahun 2009 sudah masuk ke suku terakhir. Cepatnya masa berjalan, sehingga tak sempat nak fikir mengenai bagaimana cara nak memenuhi KPI individu. KPI yang telah ditetapkan pada awal tahun di tempat saya bekerja cukup tinggi standard-nya. Setiap orang perlu menerbit artikel dalam jurnal yang mempunyai impak tinggi dan tersenarai dalam IWOS - ISI web of sciences. Menerbitkan artikel dalam jurnal ini akan meningkatkan ranking universiti di peringkat dunia. Saya sendiri taktau macamana nak buat ni..pengalaman menerbit dalam jurnal ini masih belum ada. Nak mengejar menulis artikel, ada ketikanya banyak diganggu dengan panggilan ke mesyuarat. Satu mensyuarat paling kurang 2 jam, 3 jam adalah normal. Susah juga jika ada tanggungjawab menghadiri mesyuarat. Cuma saya ada juga fikir, kalau tak sibuk dengan mesyuarat, boleh ke siap artikel tu? itu la yang memeningkan kepala nak fikir. nak fikir alasan atau nak reka ... hmmm.

1 Comments:

Blogger Ibnu 'Uthman said...

Salam

Patutlah emel ana tak terjawab. Rupa2nya ustaz sibuk. Ana ada hantar emel kat hotmail ustaz bbrp hari lalu. Tapi kalau ustaz tak jawab pun tak pe sebab pertanyaan dalam emel tu ustaz dah jawab semasa ana jumpa ustaz Jumaat lalu.

Terima kasih kerana masih sempat melayan ana walaupun jadual ustaz penuh dgn pelbagai program.

Wassalam.

5 September 2009 at 14:17  

Post a Comment

<< Home