Google
 

Friday, September 25, 2009

Raya - Edisi Balik Kampung

Bila tiba hari raya, ramai yang balik kampung. Ini satu fenomena istimewa di Malaysia apabila rakyat yang tinggal di bandar akan beramai-ramai pulang ke kampung. Ini menunjukkan ramai masyarakat bandar itu berasal dari kampung. Masa hari raya adalah masa untuk ingat kampung. Bila ramai yang pulang ke kampung naik kenderaan sendiri, sudah pastilah akan menyebabkan jalan sesak. Kalau ikut laporan trafik dari LLM yang selalu keluar dalam radio IKIM ke, radio 24 ke atau lain-lain radio, pelapor akan kata bahawa 'kenderaan bergerak perlahan' .. pemandu kadangkala tak tergambar bahawa jalan itu memang sesak teruk atau jem, sebab laporan kata bergerak perlahan.. bergerak perlahan ni macam bawa 60kmj la kot kalau di highway.

Tahun ini saya memilih untuk ikut LPT ke Jabor, dari situ ambil jalan ke Bandar al-Muktafi Billah Shah, Kuala Berang, Setiu dan destinasinya ialah Besut. Alhamdulillah, gambaran jem yang saya pernah lalui pada tahun-tahun sebelumnya, tidak ada.. kenderaan berjalan lancar. Mungkin juga ramai yang tak memilih LPT kerana kena bayar tol RM 21 sehala. Saya tak kisah, daripada tersangkut kat Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan K. Krai, lebih baiklah korban sikit RM21 untuk bayar tol. Paling tidak, perjalanan ke Jabor tu dah boleh elak jem.

Tahun lalu saya tersekat dalam kesesakan dalam perjalanan ke KL, bermula dari Macang, sampailah ke Kuala Lipis. Dekat stesen minyak petronas Kechau baru la trafik agak clear.. masa dalam jem tu, kereta depan asyik potong aja, menyebabkan jalan 2 lorong itu dipenuhi dengan kenderaan menghala ke arah KL .. kereta yang datang dari depan terpaksa perlahan atau berhenti. Jadi, nak mengelak pengalaman tak bes itu, saya tak segan-segan memilih jalan lain pada tahun ini. Tahun depan mungkin ikut jalan lain pula.

Dalam perjalanan pulang ke KL pada 23 Sept 09, sampai di penanda jalan 76 dan 75 KM ke Kuantan, ada satu kemalangan ngeri...waktu saya sampai di situ, mangsa sudah tidak ada, yang ada hanya kenderaan... kenderaan dia yang ngeri tu, sebab dah terputus dua.. berlanggar dengan toyota harrier yang hanya kemek bonet depan... saya fikir mangsa mungkin cedera yang serius kalau tak meninggal. lepas tu, ramai yang bawa perlahan.

masuk highway, mata ngantuk..berehat di Gambang dan lepas tu kena berhenti lagi di hentian Maran sebab memang mengantuk. Lepas sejam berehat, terus drive dan sampai KL jam 2.30 pagi.. alhamdulillah semuanya selamat.

tunggu raya tahun depan pula. wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home