Google
 

Wednesday, September 02, 2009

Michael Belajar Jadi Batu

Michael belajar jadi batu ini dah lama saya dengar .. saya mula dengar waktu di uia sekitar tahun 95-96. ia sebuah kumpulan muzik, nama inggerisnya 'michael learn to rock' .. sepatutnya michael belajar jadi rock, rentak muzik rock. tapi adala seorang kawan tu terjemah sebagai jadi batu.

tak lama lagi dia nak datang ke Malaysia. ramai yang suka. ramai juga yang bantah. yang suka, sebab kumpulan ini pernah glamer dulu dan wajar dibawa untuk menikmati muzik yang dia mainkan. yang tak suka, sebab ia akan menambah parah soal sosial dan lebih dibimbangi ia akan menyebarkan H1N1 dalam sebuah dewan yang tertutup tempat persembahan dia nanti.

adakah orang yang nak pergi tengok dia nanti akan pakai tutup hidung/mulut untuk mengelak jangkitan virus? saya rasa jika ramai yang pakai, pihak keselamatan pulak yang bimbang... manala tau kot2 muncul nordin mat top bertopeng tu ... atau imam samudera ke .. paling tak logik takut nanti osama pulak muncul secara tiba-tiba... kerana mereka taliban, mereka ni jenis tak hirau dan tak takut. kita pun pelik orang macam ni.

1 Comments:

Anonymous Izne said...

Pernah dengar satu ceramah, looong time ago, penceramah kata satu kumpulan rock lokal masa tu bermaksud 'najis berdarah' sedangkan maksud sebenar bila diterjemah ke BM ialah 'pertumpahan darah'. Bukan nak sokong rock ke apa, lebih lebih lagi hard rock n metal - tapi point dia ialah kena hati-hati dengan sesuatu yang kita tak ahli; nanti hilang kredibiliti - lebih-lebih lagi sebagai ustaz (orang agama) dan da'ie.

8 September 2009 at 15:46  

Post a Comment

<< Home