Kejam bunuh Umat Islam Selatan Thai sedang solat Isya'
tragedi terbaru berlaku di kampung air tempayan, jemaah sedang solat isyak dibedil dengan sungguh zalim.
apakah sanggup kita kata kepada para balu dan keluarga mangsa supaya bersabar? ya boleh tetapi mereka sukar untuk menerima hakikat ini berlaku waktu solat..
wakil Malaysia yg pergi masuk dengan izin kerajaan Thai tidak mampu melihat kesedihan keluarga mangsa lalu dia berucap memberitahu: anda semua bertuah kerana dihadiahkan oleh Allah SWT mereka yang syahid ketika sedang solat--husnul khatimah.
mereka sanggup menceroboh rumah ibadat islam dan membedil orang dalam rumah ibadat..
20 Jun 2009 lalu persatuan ulama anjur seminar umat islam selatan thai, separuh hari, untuk memahami lebih lanjut peristiwa yang berlaku serta sejarah selatan thai ini.
peserta diterangkan bahawa kerajaan tidak boleh masuk campur urusan selatan thai kerana menghormati kedaulatan negara jiran, semangat Asean.. walaupun begitu, rakyat tidak dapat duduk senang kerana masih ramai yang punya hubungan keluarga dengan selatan thai..mereka paling kurang adalah saudara seislam dengan rakyat islam negara ini. jadi NGO islam wajar berperanan mewacanakan tindakan peringkat nasional dan regional bagi menangani konflik ini. apa yang kita mau ialah peace / keamanan wilayah tersebut, kita menolak pendekatan kekerasan dan perang ke atas umat islam di 4 wilayah selatan thai, patani, narathiwat, yala dan satun.
semoga keamanan buat selatan thai akan muncul walaupun sekarang sudah ramai yang meninggal dunia kerana dibunuh atau terbunuh.
hormati hak mereka, sayangi jiwa mereka..mereka berhak untuk hidup aman damai.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home