Google
 

Thursday, February 18, 2010

Wanted ... Mossad Agent

Pepatah melayu ada menyebut: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Inilah yang berlaku kepada pembunuh Mahmoud al-Mabhouh, yang dibunuh di Dubai. Polis Dubai mengenalpasti 11 suspek yang terlibat di mana suspek ini menggunakan passport negara-negara Eropah.. 6 daripadanya menggunakan paspot UK.

Seorang daripada suspek adalah wanita.

"It is 99%, if not 100%, sure that Mossad is standing behind the murder," Ketua Polis Dubai Dahi Khalfan dilaporkan berkata demikian dalam surat khabar berbahasa Inggeris yang berpengkalan di Abu Dhabi.

Mossad memang terkenal sebagai pasukan elit rahsia Israel yang beroperasi di merata dunia. Kali ini, tindakan mereka dapat dikesan.

Plois Dubai yakin Mossad terlibat dalam pembunuhan Komander Hamas yang hidup dalam buangan ini pada 20 Jan 2010 yang lepas.

Agen Mossad ini memang licik jika kita tengok video rakaman perjalanan mereka di hotel tersebut untuk membunuh Mahmoud.

Ada yang masuk ke bilik air dengan berambut, tetapi bila keluar, kepalanya botak.. dia pakai rambut palsu.

Ada yang menyamar membawa raket tenis, bila Mahmoud masuk dalam lif, dia ikut, Mahmoud keluar lif pun dia ikut untuk pastikan kat mana bilik Komander tersebut.

Tapi tindakan agen Mossad kali ini nampaknya dapat dikesan. Kerajaan UK, Ireland, France dan German sudah mula marah.

Israel dalam bahaya .. hanya tunggu masa untuk US pula marah kepada mereka .. lepas tu kita akan saksikan episod baru dunia.

Tidak peliklah jika baru-baru ini kita dengar bahawa Israel akan menyerang Iran pertengahan tahun atau penguhujung tahun nanti... ini pastinya perancangan Israel untuk menutup kesalahan mereka ... jika serangan ini berlaku, saya percaya mereka akan gunakan serangan ini untuk mendapat sokongan barat atas nama menentang keganasan..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home