Google
 

Wednesday, September 29, 2010

Ciptalah Sejarah

Buatlah apa sahaja yang bermanfaat untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

Buat sesuatu yang memberi faedah kepada semua orang.

Sesuatu yang anda lakukan akan menjadi sejarah pada masa akan datang.

Melakukan sesuatu yang baik pasti akan dikenang hingga akhir zaman.

Ciptalah sejarah... mulakan dari diri sendiri.

Sejarah yang baik-baik agar diingati jasanya, bukan dosanya.

wassalam

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri kepada semua.

Lemang di akhir Ramadan

Semalam saya melihat ada orang sudah mula menjual lemang di taman saya.. di cabang 3 nak ke masjid. Saya cuba singgah pukul 7 petang nak beli, tetapi lemang belum masak. Penjual kata lepas buka boleh datang balik.

Lepas buka, solat, saya ke KLIA .. balik dari KLIA pukul 12 malam. singgah gerai lemang, alhamdulillah ada.

"Abang nak yang jenis mana?" kata penjual. Saya tanya "Jenis apa yang ada?" .. "ada yang RM12, RM10 dan RM8".

"Bagi saya yang RM10 lah, senang tak payah tukar duit."

Balik rumah, buka lemang dan makan ... arhh, sedapnya lemang itu.