Google
 

Saturday, April 18, 2009

Menidakkan Kebenaran Satu Kezaliman Nyata

Berada dalam dunia akademik memberi ruang untuk seseorang mengkritik dan dikritik. Ahli akademik perlu bersifat terbuka, tidak boleh berfikiran sempit apatahlagi untuk mempunyai sikap 'saya sahaja yang betul' atau sikap ke-aku-an yang dikenali juga dalam istilah B.Arab sebagai ananiyah. Sikap tidak menerima kritikan apabila dikritik juga harus dielakkan dengan menjadikan sikap berlapang dada sebagai tunjangnya.

Sebahagian ahli akademik, kelihatan suka mengkritik dan tidak suka diri mereka dikritik. Apatah lagi yang dikritik adalah seorang Profesor dan yang mengkritik berada pada ranking sedikit bawah iaitu Profesor Madya atau Pensyarah biasa. Sebenarnya, memang sukar untuk menerima kritikan. Namun, ia tidak harus menghalang seseorang dari mengkritik dan mengeluarkan pandangan idea-idea yang bernas. Ia tidak harus menjadi seperti berada dalam ketenteraan yang mementingkan persetujuan walaupun tidak bersetuju dengan kata 'ya tuan' atau 'yes bos'...bidang akademik tidak begitu sifatnya, kerana ia bukan bidang pengurusan atau bidang yang memerlukan taat setia seperti dalam hal pertahanan.

Sesetengah yang dikritik merasakan diri mereka tercabar dan yang lebih teruk jika ada yang terasa maruah mereka jatuh. Jika ini yang dirasai, maka tidak hairanlah jika reaksi orang yang dikritik itu menjadi agresif dan bertindak mempertahankan idea-idea asalnya. Walaupun ada kalanya pandangan yang dipertahankan itu tidak harus dipertahankan. Reaksi sebegini berlaku kerana perasaan tidak puas hati terhadap orang yang mengkritik atau disebabkan oleh rasa tercabar dengan kritikan.

Ada juga situasi di mana yang mengkritik tidak menjada adab sehingga menyebabkan orang yang dikritik terasa hina. Ini boleh berlaku dalam keadaan di mana pengkritik menggunakan nada yang tidak betul, nada yang tinggi sehingga menyebabkan salah faham diperingkat pendengar.

Kesimpulannya....beradab dalam mengkritik....berlapang dada.......dan bersedia untuk dikritik.

wallahu a'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home