Kabinet Baru: Datuk Jamil Khir Punyai Tugas Berat
Saya percaya ramai yang memerhati perubahan kabinet baru di bawah kepimpinan PM ke-6 ini dengan penuh minat. Penganalisis politik semasa turut memberi pandangan mereka secara terbuka. Saya perhatikan ramai penganalisis sudah tidak terlalu berlapik dalam memberi komen mereka. Melalui RTM, TV9, Astro Awani dan Bernama 24, saya sering memerhati idea-idea yang dikemukakan oleh pengulas-pengulas yang bijaksana.
Saya cuma ingin berkongsi, itupun secara spesifik terhadap pertukaran Menteri di JPM yang menjada hal-ehwal agama. Tugas baru terletak di bahu Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Saya tidak mahir untuk mengulas menteri-menteri lain. Menteri di JPM ini berkait dengan saya yang bertugas sebagai pensyarah pengajian Islam. Oleh itu lebih selesa untuk mengulas mengenainya daripada yang lain-lain.
Seperti yang saya kemukakan pada tajuk di atas, itulah yang saya kini percaya bahawa Datuk Jamil Khir menggalas satu tugas yang cukup berat. Pertamanya, berdasarkan apa yang dibangkitkan dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lalu, iaitu seakan parti itu tidak memberi tumpuan kepada golongan agama. Apabila parti dikatakan bersikap sebegini, maka ia secara tak lansung turut memberi gambaran bahawa kerajaan juga perlu bekerja keras untuk menarik kerjasama para golongan agamawan. Golongan agamawan ini rapat dengan rakyat kerana kebiasaannya mereka terlibat memberi kuliah, mengajar dan membimbing dalam bab-bab agama. Jika parti tidak memberi tumpuan kepada golongan agamawan, janganlah pula kerajaan bersikap dengan sikap yang sama. Oleh itu saya melihat, tugas Menteri di JPM ini berat dalam ertikata untuk mendapatkan sokongan golongan agamawan dan rakyat terbanyak dalam polisi-polisi yang ingin dilaksanakan yang berkait dengan skop agama itu.
Kedua, saya melihat konsep Islam Hadari yang diperkenalkan oleh PM ke-5 yang lalu tidak mendapat sokongan solid golongan agamawan. Malah dikalangan golongan yang tidak berkelulusan agama di dalam parti yang menguasai kerajaan hari ini juga kelihatan ada yang tidak bersetuju dengan penjenamaan Islam itu. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya yang terhad, di dapati bahawa persoalan utama yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan istilah. Manakala dari sudut isi itu tidak sangat menjadi polemik di kalangan pemikir, ahli politik dan golongan agawan yang ada.
Saya melihat perkara ini dengan lebih dekat apabila saya diminta untuk menyampaikan ceramah mengenai Tamadun Islam dan penganjur iaitu Politeknik Ungku Omar meminta supaya dikaitkan dengan prinsip Islam Hadari dalam membangun tamadun. Dalam kajian literatur yang dibuat, saya sempat menyelak pandangan pemikir-pemikir tanahair seperti Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid, tulisan Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi, pandangan Prof Dr Abd Halim Mat Diah, artikel Datuk Nakhaei Hj Ahmad dan lain-lain....menariknya apabila PRof Madya Muhamad Kamil memberitahu bahawa persoalan yang beliau hadapi apabila menerangkan tentang Islam Hadari di seluruh MAlaysia ialah persoalan istilah, bukan tentang isi kandungannya. Tetapi persoalan istilah inilah yang telah menyebabkan ramai terkeliru, sehingga sesetengah masyarakat agak sangsiang dengan pendekatan yang ingin di bawa. Persoalan ini tidak boleh lagi dipandang ringan, kerana ia melibatkan kefahaman di kalangan rakyat. Tugas berat Menteri untuk mengkaji semula perkara ini terutama istilahnya. Saya kira jika istilahnya ialah 'Masyarakat Hadari' ia tidak akan menjadi polemik lagi. Dikalangan akademik macam saya, persoalan istilah itu bukanlah terlalu dipentingkan, tetapi masyarakat di luar mereka mempunyai persepsi yang lain. Oleh yang demikian, jika pengkajian semula dapat dilakukan sepertimana yang diingini oleh PM ke-6, saya rasa ia akan memberi satu pengharapan baru agar pendekatan Islam yang lebih komprehensif dapat dilaksanakan di Malaysia dalam kepelbagaian bangsa yang ada.
Seterusnya ialah cabaran yang datang melalui gerakan tersusun pemikir-pemikir liberal yang terlibat juga dalam hal gender dan sebagainya, di mana mereka ini adakalanya memperjuangkan hak-hak yang telah dijamin oleh agama tetapi mereka ingin mempersoalkan perkara tersebut dengan pelbagai alasan seperti penindasan terhadap golongan wanita, ketidakadilan dan sebagainya. Saya kira golongan ini akan terus mendesak untuk bertemu dengan Menteri untuk menyampaikan idea mereka seterusnya untuk mendapat sokongan atau simpati serta melobi agar pergerakan mereka disokong. Dalam hal ini, saya kagum dengan ketegasan bekas Menteri di JPM yang lepas dimana beliau bertegas tidak mahu bersemuka dengan kelompok sebegini. Membenarkan mereka bersemuka membawa maksud mengiktiraf pergerakan mereka. Itu yang masih dipegang kerana tidak mahu kesucian agama itu dicemari oleh tanggapan negatif penganut Islam sendiri yang tidak mahu memahami hikmah nas yang ada.
Yang lainnya, masih banyak jika ingin dienaraikan. Tapi saya rasa tugas utama adalah untuk membetulkan persepsi rakyat terhadap Islam di Malaysia dan mendapatkan sokongan yang padu golongan agamawan terhadap agenda masa depan Islam di Malaysia tercinta ini.
Sekian.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home