Ambil Kira Pandangan Ulama Dalam Menentukan Polisi
Golongan agamawan, ulama', guru agama, pensyarah dan lain-lain kelompok yang seangkatan sebagai ilmuwan Islam tanahair tidak boleh dipinggirkan dalam merangka sebarang usaha pembangunan negara. Golongan agamawan terlibat dengan golongan akar-umbi, yakni mereka ini kelompok yang merakyat. Ada juga sesetengah golongan agamawan memilih cara gaya hidup elit kerana sering dipanggil mengisi ceramah di merata-rata tempat, di TV dan sebagainya, namun majoriti golongan agamawan masih memilih untuk hidup sederhana dan tidak menonjol diri. Mereka lebih selesa begitu. Bukan mereka tidak layak untuk hidup cara elit, tetapi ilmu mereka mengajar tentang qanaah, bersyukur, merendah diri, tidak mendabik dada dan lain-lain sifat mahmudah.
Golongan agamawan terutama golongan ulama' seharusnya kini dilibatkan bersama dalam membina kerangka masa depan negara. Dalam aspek pembangunan, tak kira samada ingin membangun modal insan, mengisi kerahonian anggota perajurit, aspek pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan segalanya, adalah lebih molek dilibatkan mereka.
Ada dikalangan mereka yang berada bersama parti-parti politik kerajaan mahupun opposite-nya, ada yang memilih untuk berada dalam NGO atau badan bukan kerajaan, ada juga yang tidak memilih wadah dan platform untuk mereka bergerak. Guru-guru agama di pondok-pondok atau di SAR selalunya tidak punya wadah khusus untuk bergerak, walaupun mereka ini sebenarnya mempunyai buah fikiran yang baik.
Sesetengah ahli akademik memilih untuk bersama dengan Persatuan Ulama Malaysia kerana lebih selesa dengan sifatnya sebagai badan NGO Islam, berkecuali dan boleh memberikan pandangan-pandangan yang menjangkaui kehendak parti-parti politik. Mereka tidak mahu dipolitikkan. Mereka boleh bergerak lebih terbuka dengan NGO. Mereka boleh menganjurkan seminar-seminar tanpa pengaruh politik, berprogram dengan pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan badan-badan lain tanpa curiga. Mereka juga dekat dihati akar umbi.
Oleh yang demikian, wajar untuk dilibatkan golongan agamawan ini agar mereka dapat memberi idea-idea bernas pembangunan negara seperti yang diingini oleh agama. Banyak aspek-aspek yang telah disentuh oleh ulama' silam dalam hal membangun negara, seperti pandangan Ibn Khaldun, al-Farabi, al-Ghazali, Malek Bennabi (Malik Bin Nabi) dan lain-lain tokoh prominen. Tokoh pemikir moden turut memberi pandangan mereka seperti Naquib al-Attas melalui pelbagai tulisan beliau. Ahli fikir dikalangan agamawan sudah pasti mengetahui pandangan ulama dan idea-idea pemikir ini dan sudah tentu boleh dimanfaatkan untuk membangun negara dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020 nanti. Walaupun mempunyai target sebegini diterima agama, sebenarnya apa yang dianjurkan agama adalah menjangkaui 2020. Ia harus tidak dilupakan aspek 'life after death', di mana akidah Islam menyatakan setiap manusia akan mati dan akan dibangkitkan kelak untuk menjalani kehidupan kali ke-2 yang lebih kekal dari dunia yang dihadapi sekarang.
sekian.......

0 Comments:
Post a Comment
<< Home