Google
 

Saturday, May 05, 2007

Yes to Women Rights, but....

Satu berita yang sempat saya baca, menceritakan seorang wanita Eropah dikatakan menjadi orang yang pertama berjaya berenang di Arab Saudi -- negara yang tidak membenarkan wanita keluar tanpa mahram, tidak boleh memandu, tidak boleh mengundi, dan sebagainya, apatah lagi untuk berenang di kolam renang.

Tidak mengapalah wanita itu meminta untuk berenang. Tidak menjadi masalah untuk berenang -- boleh saja kolam renang memperuntukkan waktu khas untuk kegunaan wanita. Tambah pula, berenang memang merupakan riadah yang dituntut dalam Islam.

Ini salah satu hak-hak wanita, hak untuk berenang. Hak-hak wanita selain dari itu, masih banyak yang perlu difikirkan.. Kebanyakkan negara Arab Timur Tengah, mengehadkan pergerakan wanita, program-program yang mereka boleh sertai.

Contohnya, memandu kenderaan. Mengapa wanita tidak dibenarkan memandu? Adakah jika mereka memandu akan merosakkan jalan raya, atau menambah kesesakan -- traffic jam ? Itu hanya faktor relatif yang masih boleh dielakkan. Jika semua pemandu kenderaan dari golongan lelaki, ia masih tidak menjamin jalan raya akan aman.

Pun begitu, dalam ghairah memperjuangkan hak wanita, apakah ia mesti bebas dari prinsip agama? Apakah garis pandu bagi kebebasan wanita yang sering diperjuangkan oleh pejuang 'gender'? Contoh dari negara manakah yang ingin digunapakai ?

Saya melihat bahawa isu gender, hak-hak wanita, sebenarnya sudah disentuh oleh Islam. Dalam sejarah, tercatat bahawa Islam sejak dari awal lagi mempertahankan hak wanita. Kedatangan Islam telah membela wanita. Anak-anak perempuan yang lahir terus dibela. Tidak seperti zaman jahiliyyah yang sanggup membunuh anak-anak perempuan yang dilahirkan.

Manakala hak-hak lain, hak sosial, hak keluarga, hak ekonomi, hak politik, hak pendidikan, hak memandu, hak memimpin, dll, telah disentuh secara lansung atau tidak lansung sejak zaman Nabi S.A.W.

Kesimpulannya, panduan terhadap hak-hak wanita sudah mendapat jaminan Islam. Cuma, perlaksanaannya sahaja yang kadangkala tidak memihak kepada wanita, di atas banyak sebab, antaranya sebab budaya dan sikap para pemimpin kerajaan-kerajaan Islam terdahulu.

Justeru, 'guideline' sudah ada, hanya perlu dikembangkan oleh para cendikiawan. Tidak perlu untuk menurut 100% perjuangan gender negara barat. Jangan terpedaya dengan usaha tajaan barat. Walaupun tidak semua perjuangan gender barat itu tidak elok, bagi kita, haruslah dipertimbangkan dengan neraca agama, panduan yang telah wujud berdasarkan kepada pegangan al-Quran, al-Sunnah dan Sirah.

Dalam hal berenang itu, tidak wajar lah bagi kita untuk berkata: "You can wear what you want". Sekarang ini sudah ada pakaian renang yang lebih sesuai untuk wanita Islam, burqini, seperti yang dipakai oleh seorang wanita Muslim untuk menamatkan pengajian sebagai penyelamat di Australia baru-baru ini.

wallahu a'alam bi al-sawab.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home