Surah al-Buruj: Meneladani Kisah Ghulam Abdullah Ibn Samir
Pengenalan: Surah al-Buruj ini mengandungi 22 ayat Makkiyah yang terlalu besar penekanan dan tujuannya. Ia mengandungi sumpahan, ancaman, penegasan tentang kuasa Allah swt yang mengatasi kuasa golongan yang jabbarin seperti ashab al-Ukhdud, Firaun dan bangsa kaum Thamud, ancaman terhadap golongan yang tidak bertaubat dan terus menerus melakukan penindasan dan penganiyaan. Ia juga mengancam tentera-tentera yang mengepung golongan yang beriman bahawa kepungan mereka akan tumpas dengan kepungan Allah yang maha berkuasa, Surah ini juga menawarkan janji syurga yang berlari-lari air sungainya disediakan kepada golongan yang mu’minin dan salihin
Tiga Sumpahan: Elok sekiranya kita teliti satu persatu ayat di dalam surah ini dan melihat hubungan di antara ikatan (‘alaqah) ayat dengan ayat, kisah dengan kisah, dan pengajaran dengan pengajarannya. Allah swt bersumpah bukan sekali, bukan dua kali tetapi dengan TIGA sumpahan yang begitu hebat di permulaan surah ini untuk menyatakan betapa besarnya perkara yang ingin dibentang di dalam ayat seterusnya. 1) Demi langit yang terbuka luas dengan bintang-bintang, 2) demi suatu hari yang dijanjikan, 3) demi penyaksi dan penyaksian.
Langit yang begitu tinggi, luas, bintang yang banyak kelihatan baik planet-planetnya yang besar, bulan-bulan yang menjadi lampu, matahari yang memancar tetapi semuanya akan hancur pada suatu hari yang dijanjikan dan dan akan dibinasakan. Tetapi kemudiannya setiap manusia akan dibangkitkan akan menghadap Allah yang menjadi saksi dan setiap penyakisian baik keimanan ataupun kekufuran akan dibicarakan satu persatu tanpa seorangpun yang terlepas.
Tiga Ancaman: Terdapat tiga ancaman dilemparkan untuk mengetuk hati manusia di dalam surah ini. 1) Ancaman pertama ialah kebinasaan terhadap golongan penggali parit yang menyediakan parit-parit tersebut untuk membakar golongan yang beriman. 2) Ancaman kedua terhadap golongan yang melakukan kezaliman dan fitnah terhadap golongan mukminin dan mukminat dan mereka tidak bertaubat sehingga ke akhirnya bahawa mereka akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dan menghadapi siksaan Allah yang yang tidak tertanggung. 3) Ancaman ketiga ialah terhadap dua kumpulan manusia yang memiliki darjat dan penguasaan di dunia baik dari segi kuasa politik, ketenteraan yang besar dan juga kemewahan tetapi mereka telah melampau dan mendustakan titah perintah Allah dengan cara membuat kezaliman. Golongan ini menyangka mereka boleh mengepung dan menguasai para rasul dan golongan yang beriman di dalam negeri mereka tetapi sebenarnya Allah lebih utama mengikut mereka dari belakang lalu mengepung mereka. Akibatnya mereka dibinasakan baik dengan balasan sewaktu di dunia dan juga terkepung selama-lamanya di dalam neraka.
Tiga Penyaksian dan penegasan: Setiap manusia yang lahir ke dunia ini tidak dibiarkan hidup tanpa tiada tujuan. Mereka ini bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa mereka ialah makhluk yang tunduk kepada Allah yang maha pencipta. Sebagai makhluk, manusia wajib menyatakan saksi keimanan terhadap Allah swt dan akan dipersoalkan satu persatu setiap tindakan, kata-kata, amalan mahupun apa jua kepercayaan dan keyakinan di dalam jiwanya. Allah swt tidak sesekali membiarkan manusia hidup tanpa panduan. Setiap kurun ataupun zaman, setiap bangsa keturunan, Allah anugerahkan dengan kehadiran para rasul-Nya yang amanah untuk membimbing mereka. Allah sebagai (1) Ilah (yang hanya kepadanya disembah) dan (2) Rab (yang teliti menjaga manusia dan alam) bekalkan dengan peraturan-peraturan hidup dan kitab. Dengan sifat-sifatnya yang maha mulia dan tinggi (tergambar di dalam (3) asma’ wa assifat-Nya) Allah pamerkan kekuasaan, kehebatan, keagungan, kekayaan, melalui alam baik bumi yang terhampar, gunung-ganang yang memasak, langit dan bintang yang tinggi berkilau, ataupun melalui kasih-sayang sesama manusia, kemanisan dalam ukhuwwah persaudaraan, ikatan perkahwinan, kelahiran zuriat, keselamatan dan banyak sungguh nikmat-nikmat daripada Allah yang maha mulia ini. Berdasarkan kepada kesedaran ini akidah ataupun tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan keyakinan serta kegerunan terhadap Allah yang bersifat dengan segala sempurna serta memiliki nama-nama yang mulia sepatutnya terpasak kukuh di dalam diri setiap insan yang beriman.
Di dalam surah al-Buruj ini diterangkan bahawa golongan beriman dan berpegang teguh terhadap akidah yang dibawa telah menghadapi mehnah yang amat besar. Surah ini juga menyatakan bahawa setiap zaman, umat Islam yang beriman akan berdepan dengan halangan-halangan baik dari segi halangan untuk menyatakan keimanan, halangan untuk berdakwah dan juga halangan untuk melaksanakan perlembagaan al-Quran dari Luh al-Mahfuz. Gambaran dan halangan ini sentiasa berulang-ulang baik pada zaman Rasulullah saw., zaman nabi Musa a.s, zaman Nabi Solih a.s dan pada zaman sekarang. Seorang sahabat r.a bernama Habbab Ibn al-Munzir r.a telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang bilakah akan datang pertolongan daripada Allah sewaktu beliau tidak berkesanggupun lagi mengalami penderaan dilakukan oleh kumpulan musyrikin Makkah. Lalu Rasulullah saw dengan amat simpati memujuk hati Habbab dengan menceritakan bahawa pengalaman pahit umat beriman terdahulu yang digergaji , dirotan, dan diselar-selar muka, dan seluruh batang tubuh mereka supaya meninggalkan keimanan mereka.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home