Google
 

Friday, April 06, 2007

Ali Larijani: The Top Negotiator

Beliau lebih dikenali di barat sebagai ketua jurunding isu nuklear Iran. Mewakili Iran, sebuah negara yang di lihat barat sebagai 'pengancam' di dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi menghadapi negara barat yang bersekutu dengan US, yang sememangnya menjadi 'polis dunia' sekarang ini.

Terbaru, di dalam kes yang melibatkan 15 askar laut UK yang ditahan di perairan Iran (w/pun UK menafikan askar laut mereka melepasi sempadan), Ali Larijani sekali lagi dikatakan memainkan peranan yang penting dalam pembebasan tahanan itu yang diumumkan oleh Presiden Iran, Ahmadinejad.
Barat melihat bahawa Ali Larijani dan Ahmadinejad merupakan dari kelompok 'keras', tetapi barat mengakui kedua-dua mereka berbeza dari sudut pendekatan. Di mana, Ahmadinejad lebih gemar berkonfrontasi, Ali Larijani lebih suka berunding. Dan dikatakan juga bahawa Ali Larijani mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khomenei.
Beliau sebenarnya merupakan Setiausaha, Majlis Tertinggi Keselamatan Negara. Dalam banyak hal yang melibatkan perundingan, beliaulah yang akan mengetuainya. Sebab itu, beliau merupakan 'the top negotiator' dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan negara seperti isu nuklear, Israel, Iraq, dan sebagainya. Sudah tentu beliau penuh berstrategi dan tahu bagaimana mahu melakukan 'deal' dengan barat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home