Google
 

Wednesday, April 18, 2007

My Response

ini pandangan ringkas terhadap satu komen last month.

salams,

saya setuju dengan Yang Arif teacherhaidar iaitu umat Islam perlu disedarkan. Masih banyak usaha perlu dibuat. Tengok la muda-mudi hari ini, ramai yang asyik berasmara dana di taman-taman. Saya terkejut bila tengok video 'khalwat' melalui youtube.com. Ramai muda mudi Melayu berciuman, berpelukan dengan pasangan mereka di tempat awam. Astaghfirullah. Yang saya lagi terkejut ialah kenyataan SS Mufti Perlis tentang operasi cegah maksiat, yang pada pandangan daif saya tidak lansung membantu mengurangkan maksiat. Turunlah tinjau-tinjau apa yang berlaku. Moga Allah swt ampuni beliau dan kita semua dalam apajua kesalahan yang sengaja mahupun tak sengaja.

Keduanya, negara umat Islam yang ditadbir oleh Muslim jugak kena disedarkan. Kita ambil contoh Saudi, sudah lama negara tersebut tunduk kepada Amerika..kan? Macamana orang yang menggelarkan diri sebagai Khadam al-Haramain (Khadam dua tanah suci) boleh benarkan musuh Islam yakni Amerika itu membina pengkalan tentera di negara mereka??

Tengok la apa yang berlaku di Emirates, di Dubai terutamanya. Ia telah menjadi syurga orang-orang barat untuk pergi mencari 'sun', sunbathing (menjemur diri).. secara tak lansung, Jazirah Arab yang mulia itu, yang menjadi tempat permulaan Islam sudah tercemar, dicemari oleh musuh-musuh Islam .. pangkalan tentera US dan sekutunya ada diserata Jazirah .. di Saudi, Kuwait, Emirates, Qatar, Jordan, Iraq, dan sudah semestinya mereka ada pengkalan di Israel.
Semalam, barulah saya terdengar sedikit suara Raja Saudi, Raja Abdullah yang mengkritik US, dan menyatakan bahawa US telah mencoroboh Iraq secara haram (illegitimate occupation). OooOOhh.. before this, hardly (almost never) to see Saudi's King criticises US.

Saya harap kenyataan sebegini melambangkan pendirian Saudi ke atas US, bukan semata-mata tektik nak mengaburi mata Muslim, atau mata-mata pemimpin Liga Arab. Saudi juga mesti kedepan dalam mempertahankan Palestin. Perasan tak; Saudi lah antara negara yang bersempadan dengan Palestin, takkan tak boleh nak pertahankan?? Nak harap orang Malaysia yang jauh ni, apalah sangat yang boleh kami buat?

pointnya; kesedaran kepada pemimpin perlu di buat. kalau betul mengamalkan prinsip syura, atau sistem demokrasi, janganlah menekan orang lain untuk bersuara, atau merubah sistem yang ada.

dalam pemerhatian singkat yang saya lihat, negara umat Islam yang ditadbir oleh Muslim, lebih cenderung untuk menekan rakyat demi memastikan kuasa berada di tangan mereka. Lihatlah, di Libya, Mesir, Saudi, Jordan, Iraq, dan negara-negara OIC lain.. wallahu a'alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home