Google
 

Thursday, May 03, 2007

Bagaimana Bila al-Quran Bertentangan Dengan Sains??

Bagaimana agaknya bila al-Quran bertentangan dengan penemuan sainstifik, atau teori-teori sains yang lain?

Rata-rata penulisan ahli sains Islam atau Muslim yang meminati sains, akan mengaitkan sebarang penemuan atau teori kepada al-Quran. Alhamdulillah, ia suatu perkara yang sangat baik dan perlu diteruskan.

Lihatlah apa yang dihuraikan oleh HarunYahya society yang berpusat di Turki. Sering kita lihat dalam penerbitan atau tulisan penulis-penulis HarunYahya mengaitkan sains dan Islam. Ini satu aspek yang boleh untuk menguatkan hujah kita dalam berhadapan penggunaan logika akal dalam berhujah tentang kejadian manusia, kejadian alam, dll.

Cumanya, adakah al-Quran akan membenarkan penemuan-penemuan atau teori-teori yang dikemukakan? Sudah tentu ada teori yang bercanggah dengan al-Quran, seperti teori evolusi kejadian manusia oleh pengikut Darwin.

Apa akan jadi sekiranya seorang Muslim menemui satu penemuan sainstifik, didokong oleh eksperimen yang ketat, tetapi ia bercanggah dengan al-Quran? mmmm... saya tak dapat nak bagi contoh, kena fikir dulu ni.

sambil-sambil memikirkan benda ni, elok juga kalau dapat baca artikel yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home