Google
 

Thursday, May 10, 2007

Pendidikan Negara Pertahan 'creationist'

Proses pendidikan sangat penting untuk melahirkan dan menentukan pola kehidupan generasi akan datang.

Falsafah pendidikan di Malaysia berbunyi:

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Pemilihan konsep ketuhanan di dalam sistem pendidikan di Malaysia memang tepat. Kita tidak mahu melihat generasi yang dibina hilang jatidiri lantaran kelonggaran fahaman mereka terhadap ketuhanan. Jika perkara ini tidak ditekankan dalam sistem pendidikan, dikhuatiri kelak akan wujud golongan etheis, rationalis, liberalis, sosialis dan lain-lain kelompok. Juga dikhuatiri wujud jurang yang besar di antara evolutionist (golongan yang mempertahankan teori evolusi) dan creationist (golongan yang percaya kepada teori penciptaan). Berdasarkan kepada dasar pendidikan negara, jelas dapat dilihat bahawa sememangnya kita mempertahankan 'creationist', kepercayaan di mana manusia di cipta oleh Tuhan, bukan evolusi dari makhluk lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home