April Fool
Quiet April. Takda apa aktiviti, banyak berjalan ronda-ronda KL. Ibukota KL ni dah lama tak explore. Banyak benda baru, bangunan baru, complex baru, masjid dll. Dulu pergi KL naik bas, belum ada LRT, belum ada rapidKL. Yang ada bas kontot warna pink, terkenal dengan nama bas mini.
Naik bas mini satu pengalaman juga. Bas kecik, boleh muat 60 orang, macam sardin la dipenyek dalam bas. Sesiapa yang berdiri, kena buat 2 line. Berlaga badan tu, walaupun tak suka, dah jadi benda tak boleh elak waktu naik bas mini. Jalan jem tak jadi masalah buat bas mini, driver dia cekap.. dia boleh potong dan pancung kat depan. Ni memandu style Malaysia. Kalau ada orang memandu style pancung kat depan tu sekarang ni, saya memang selalu teringat mungkin pemandu tu pernah bawak bas mini dulu-dulu.
Sekarang bila pegi KL naik keta sendiri, atau teksi atau LRT.. tak naik dah bas. Rasa bosan nak naik bas, kena tunggu lama, kena berdiri, kalau jem akan terus lambat sebab driver dia tak se-terer pemandu bas mini.. pemandu bas sekarang RapidKL lebih skema..kadang2 aja jumpa driver yang meroyan tak tentu pasal.
nah... dulu lain sekarang lain

0 Comments:
Post a Comment
<< Home