Google
 

Tuesday, July 21, 2009

Bumi Kenyalang ... Hornbill

pertama kali menjejak kaki ke Sarawak terasa seperti pergi ke luar negara. nak masuk ke negeri ini perlu melepasi imigresen. setiap orang perlu ambil visa walaupun mereka adalah rakyat Malaysia, kecuali rakyat bumi kenyalang sendiri. bezanya, kalau ke luar negara seseorang perlu membawa passport antarabangsa. nak masuk sarawak, cukup dengan munghulur kad pengenalan diri. hulur i/c, pegawai imegresen akan semak dan akan diberi slip pas masuk. saya diberi kebenaran 90 hari berada di sarawak. tetapi saya hanya duduk di sini tak sampai 2 hari, cuma sempat menginap 1 malam.

selesai urusan saya di UiTM Kota Samarahan pada isnin 1pm, saya berehat-rehat sambil menikmati makanan. sambil makan, keluar la macam-macam cerita dan yang menarik perhatian saya ialah fatwa baru mufti Sarawak mengharamkan ulat mulong. Saya sebenarnya nak tengok macamana orang makan ulat itu. Saya taknak makan, cuma nak tengok orang makan. Fatwa mufti tersebut dikeluarkan atas alasan ia menjijikkan. Saya diberitahu ramai juga orang Islam di Sarawak yang rasa tak puas hati atas fatwa itu dan cuba untuk membantah.

Selepas zohor, saya di bawa ke bandar kuching, ke pasar Satok yang glamer dengan ikan terubok masin. Saya tak beli kerana pertamanya saya nak bermalam di Sarawak takut ikan tu tak tahan, keduanya kerana saya kurang minat nak makan ikan ini. Teman-teman yang bersekali dalam lawatan ke Satok membeli ikan itu secara borong...ikan-ikan itu dibungkus dan dibuat pemegang ala-ala membimbit laptop dan ia boleh di bawa ke dalam pesawat.

Selepas Satok, kami di bawa ke kedai Kek Lapis Maryam. Amaran diberi supaya jangan tekejut dengan harganya. Bila masuk kedai tu, ingat tak terkejut, tetapi rupanya memang terkejut jugak la.. satu kek tu harga RM135, RM115 dan saiz yang biasa boleh dapat kat Mydin dengan harga RM10, kat kedai Kak Maryam ni dijual RM30. Saya tak kisah, janji sedap. Jadi saya beli satu yang besar untuk isteri, anak-anak dan nak bawak bagi rasa kat orang pejabat.

flight sudah panggil...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home