Google
 

Friday, May 01, 2009

Selsema Babi @ Swine Flu ... Pandemic ... Panic

Dunia sedang dilanda virus terbaru H1N1 yang asalnya adalah dari binatang dan kini boleh berjangkit kepada manusia daripada hubungan dengan manusia. Ia dikelaskan oleh WHO berada pada tahap ke-5, satu tahap lagi nak capai tahap maksima, iaitu tahap 6. Virus selsema ini berpunca dari babi dan teruk melanda Mexico, merebak ke US, Canada, UK, Spain dan beberapa negara Eropah.

Di negara kita, ada 1 suspek di Hospital Sungai Buloh, tetapi disahkan tidak dijangkiti virus tersebut.

Dalam khutbah Jumaat siang tadi, khatib di Masjid al-Mukarramah Bandar Sri Damansara turut menyentuh dalam khutbah ke-2 tentang virus ini. Jamaah di minta berhati-hati dan khatib turut mengumumkan akan ada solat hajat selepas selesai solat Jumaat bagi memohon perlindungan Allah supaya ia tidak merebak kepada umat Islam dan juga tidak merebak di negara ini.

Saya rasa canggih jugak khatib tu kerana alert dengan situasi dunia. Maknanya khatib, imam, penceramah atau guru agama sekarang ini tidak boleh dipandang lekeh atau dianggap tidak tahu perkembangan semasa. Mereka sudah peka dengan perkara-perkara yang berlaku diseluruh dunia walaupun yang teruk dilanda wabak itu adalah negara bukan Islam.

Sebelum wabak ini melanda, saya sudah agak lama merancang untuk ke luar negara. Saya berhasrat untuk pergi ke UK dalam masa 10 hari lagi untuk melakukan penyelidikan berkaitan bidang saya iaitu Islamicjerusalem dan Palestin. Pada mulanya saya rancang untuk ke US juga dan surat kebenaran majikan sudah diperolehi. Tetapi saya dinasihatkan oleh bos supaya tidak ke sana kerana demi mengelak daripada wabak tersebut. Reaksi awal saya macam nak pegi juga ke US tu, tetapi apabila diingatkan begitu, saya terfikir juga buat apa untuk ambil risiko. Malah Islam juga turut mementingkan al-wiqayah iaitu pencegahan yang digambarkan sebagai lebih baik daripada mengubati. Jadinya saya mengambil langkah al-wiqayah itu. Maknanya saya tidak akan ke US. Manakala ke UK ini, buat masa ini saya berhasrat untuk teruskan ke sana. Insya Allah saya yakin kalau niat baik, tujuan baik, perjalanan akan dipermudahkan. Saya tidaklah 'menyerah' begitu saja, saya juga sedang memerhati perkembangan terbaru, jika terlalu teruk, ada kemungkinan saya akan tangguhkan dahulu perjalanan ke luar negara ini.

Ketika wabak ini sedang berleluasa sekarang, saya teringat juga apabila negara kita dilanda oleh Virus Nipah satu ketika dahulu. Kalau tak salah, ia juga melibatkan babi yang diternak. Saya masih ingat TV melaporkan bagaimana babi-babi itu dibunuh, dikambus di kawasan Bukit Pelanduk, Sepang dan sekitarnya. Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat pasukan Tentera bagi memusnahkan babi-babi tersebut.

Tetapi ia sedikit berbeza sekarang ni. Mesir ambil inisiatif untuk bunuh babi ternakan di negara mereka. Langkah yang diambil Mesir itu tidaklah nampaknya 'disokong' oleh WHO, kerana pada pandangan mereka babi-babi yang ada masih lagi selamat. Makan daging babi pun masih selamat, asalkan ia dimasak pada paras lebih 70 darjah celcius kerana pada tahap itu ia dapat memastikan tiada virus dan kuman yang hidup. Sepintas lalu kelihatan ungkapan WHO itu bercanggah jugak, iaitu mereka kata selamat tapi kena masak pulak... adakah kalau tak masak pada tahap tersebut, ia boleh menyebabkan wabak itu merebak?

Mungkin itulah ada hikmah yang besar disebalik pengharaman makan daging babi di sisi Islam. Sudah banyak contoh yang boleh dilihat. Sudah banyak virus yang datang dari babi. Bagi orang Islam, cukup mudah untuk kita kaitkan isu ini dengan agama. Tetapi bagi selain Islam, iaitu bagi Kristian dan Budha yang kuat makan daging binatang ini, macamana kaedah nak memahamkan mereka? Saya rasa kalau mereka mahu berfikir, mahu menerima hakikat, pastilah mereka sekarang sudah sedar. Ataupun adakah orang yang makan binatang ini mereka akan rasa ketagih untuk makan, kalau tak dapat binatang ni mereka rasa tak lengkap hidup mereka?

Kata pembaca berita Dunia Jam 10 RTM 1, tiap-tiap hari dia akan cakap pada akhir beritanya: 'fikir-fikirkanlah' ........ kalau Farid Esmit Emir tu, dari zaman saya kecik sampailah sekarang, benda tu lah dia akan cakap kat ending berita ... sampai kawan saya boleh hapal skrip dia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home