Google
 

Thursday, April 30, 2009

Terkejar-kejar Bayar Cukai

Pada tahun ini saya antara orang yang kena isi borang cukai. Saya memilih untuk menggunakan e-filing, seperti lebih sejuta rakyat Malaysia yang lain. Saya suka cara online, mudah dan senang. Ikut saja figure yang ada dalam borang EC dari majikan, dan letak jumlah dalam e-filing, kita terus boleh tahu berapa jumlah cukai yang perlu kita bayar lagi kepada LHDN atau jumlah yang LHDN kena bayar kembali kepada kita.

Untuk tahun ini, nampaknya status saya ialah 'berhutang' dengan LHDN. Saya kena bayar seribu lebih. Saya mengetahuinya lebih awal, pada pertengahan April ketika saya mula-mula cuba mengisi borang e-filing tersebut. Tetapi saya lewatkan sedikit untuk menghantar borang online itu untuk saya betul-betul puas hati tentang jumlah yang kena bayar. Jadinya, saya tertangguh sehingga hari terakhir 30 April. Saya cuba buat 2-3 hari sebelum tu, tetapi sistem cukup lambat dan mengecewakan, mungkin ramai sangat orang tengah buat access e-filing tersebut. Hari akhir tu pun saya sempat hantar selepas jam 5pm, walaupun saya berusaha dari jam 4pm... traffic jam ... slow a.k.a lambat.

Apapun, ini pengalaman pertama saya membayar cukai dan menggunakan e-filing. Saya anggap sistem tu canggih la sebab dia terus kira jumlah samada kita kena bayar atau kita akan mendapat bayaran. Bagi mereka yang majikan dah potong cukai bulan-bulan melalui PCB, senang sikit. Tapi depend jugalah kalau potongan tak cukup, ia akan jadi seperti situasi saya yakni kena bayar lagi. Banyak pulak tu sampai ribuan ringgit. 'Mano den nak cokau duit ni' ... bak kata kawan2 N9 saya.

Dalam mengisi borang e-filing ni, saya lihat ada satu perkara yang boleh diambil perhatian terutama oleh orang-orang Islam macam saya. Ada satu kolum pelepasan cukai, iaitu ZAKAT atau ZAKAT FITRAH. Kalau kita ada membayar zakat, ia akan memotong jumlah cukai yang kita kena bayar. Contohnya kalau kita bayar zakat RM500 kepada badan zakat bertauliah dan dapat resit, jumlah RM 500 tu akan menjadi jumlah sebenar yang akan ditolak daripada jumlah cukai sebenar kita. Bagus betul benda ni. Sesuatu yang tak akan dijumpai bagi orang-orang yang bekerja di luar negara i.e di barat.

Saya bercadang untuk memohon kepada majikan saya bermula tahun ini untuk memilih untuk membayar zakat daripada memotong PCB tu. Kalau majikan nak potong jugak PCB, potong RM10 cukuplah... selebihnya saya nak bayar zakat. Bukan apa, saya rasa lebih tenang dan lebih menepati syarak untuk bayar zakat. Tak payah 2 kali keja, cukai nak kena bayar, zakat pun nak kena bayar gak. Lebih baik pilih zakat sahaja, ia akan menyelesaikan cukai kita dan membersihkan harta kita dari sisi syarak. Saya yakin dengan cara ini kita akan lebih tenang dan akan lebih rasa barakah terhadap pendapatan kita.

wallahu a'alam bissawab

0 Comments:

Post a Comment

<< Home