Google
 

Saturday, June 19, 2010

Minggu Audit

seminggu, bermula isnin 14 jun hingga Jumaat 18 Jun, semua orang tak boleh ambil cuti melainkan kes-kes kecemasan. semua orang diminta bersiap sedia untuk audit. audit kendiri, audit dalaman. hari isnin ada taklimat tentang audit. siapa akan audit di mana semuanya diberitahu. apa yang akan diaudit juga diberitahu. dah ada soalan bocor la kiranya. bocor pun, persiapan untuk audit ni tak boleh buat sekelip mata.

tunggu punya tunggu, hari rabu baru auditor datang.. tu pun saya tak perasan dia dah sampai dan dah mula mengaudit. p.a yang bekalkan semua file yang dia nak. bila saya keluar dari bilik nak jenguk ke pejabat, tengok-tengok muka auditor dah ada kat depan. owh saya fikir dia boleh audit tanpa saya. tak lama, saya masuk balik ke bilik. kebetulan ada calon MA datang nak bincang, saya pun bincang.. lama juga.

sedar sedar audit dah habis. auditor masuk ke bilik saya sambil jeling sana sini :). saya biasa aja, buat macho. haha. lepas tu ajak auditor minum, air bancuh sendiri, minum dalam cawan kertas. mujurlah ada macam-macam perisa pra-campur kopi, minuman coklat dan teh.

hari jumaat jam 3.30pm semua staf diminta hadir mendengar keputusan audit. saya pergi. staf jabatan pon ada yang pergi. tengok-tengok dalam laporan tu, semua okay takda apa ketakakuran atau NC dan takda pemerhatian. alhamdulillah. saya ucap tahniah pada semua staf yang terlibat.

saya minta juga semua staf untuk lengkapkan lagi file-file bagi menghadapi audit seterusnya... audit universiti, audit MQA, APA, SWA dan lain-lain audit lagi.

nampaknya nice weekend.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home