Google
 

Thursday, May 27, 2010

Induksi staf baru

Dah lama saya masuk keja, baru dapat panggilan pergi kursus induksi. Awal tahun 2008 dulu saya dah telefon bahagian sumber manusia, tapi mereka tak bagi peluang kat saya. alasannya waktu tu saya pegawai kontrek. mula2 masuk keja, kita semangat nak tahu apa sistem yang diguna ditempat baru. sebab itulah saya telefon nak tanya dan nak join induksi, tapi takleh pulak.

ni dah hampir nak masuk tahun ke-3 perkhidmatan, baru dipanggil kursus. semangat untuk kursus tu dah takda sebab terlalu banyak t/jawab lain terutama serabut dengan camana nak capai KPI. target tahunan ni mudah je, tapi nak buat tu makan masa yang banyak. nak kena terbit artikel. menulis artikel ni tak boleh nak limit time pejabat aja. sebab tu ramai pensyarah yang balik lewat, datang waktu hujung minggu ke pejabat--semua itu kerana nak selesaikan menulis artikel dan nak hantar untuk terbit.

jadi, induksi yang saya terima ni sebenarnya dengan rasa tak rela sepenuh hati untuk pergi. kot manapun, saya pergi jugak la, sebab ia wajib untuk staf yang belum kursus.

hari pertama, boleh la.. games. penganjur telah melantik consultant untuk jalankan sesi tersebut. sesi ice-breaking, group bonding, respect team, responsibility, team work, etc. boleh tahan jugak bila pemudahcara berjaya mewujudkan suasana bes dan berjaya menarik perhatian peserta untuk mencuba serta menunjukkan kerjasama.

kursus habis 2 minggu selepasnya.. 13 - 27 Mei. Fuh boleh tahan, banyak maklumat. tapi penghujungnya ada periksa.. aaaarghh, susahnya nak hadapi periksa ni, dah lama tinggal dunia menghafal, mengkaji, menjawab esei, menembak jawapan objektif dan duduk bertelengu dalam dewan peperiksaan. jadi macam zaman SPM, zaman universiti dulu.

tamat dah kursus. lega.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home