Google
 

Saturday, May 09, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Alhamdulillah, hari ini selesai satu pembentangan di dalam Konvensyen di atas, anjuran Aman Palestin dan PEMBINA. Ikhwah dari dua institusi ini dibantu oleh beberapa pertubuhan dan sukarelawan, telah berjaya menghimpunkan lebih 3000 peserta di Dewan Merdeka, PWTC. Kapasiti dewan sekitar 2700, tetapi penganjur tidak dapat menyekat bilangan peminat yang hadir walaupun pre-reg telah dibuat namun masih ramai yang datang secara walk-in, tanpa daftar.

Saya diminta oleh ikhwah penganjur untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk 'The Downfall of Islam (Ottoman Empire) and the creation of 'illegal' State of Israel'..sepanjang berita permintaan pembentangan ini disampaikan kepada saya, setiap hari saya berada dalam keadaan tidak tenang, memikirkan bagaimana kertas yang ingin saya kemukakan nanti. Syukur, 2 hari sebelum konvensyen, saya sempat meng 'email' kan kepada Dr Kamil, teman saya dari PEMBINA. Walaupun kami baru kenal antara satu sama lain, tetapi kemesraan mereka membuatkan saya teruja dan salute kepada kerja-kerja yang mereka jalankan.

Pada awalnya saya diminta untuk menyampaikan pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Lalu, saya menyediakan kertas di dalam bahasa tersebut. Tetapi pihak penganjur menyatakan ada permintaan supaya pembentangan saya di buat dalam Bahasa Malaysia, kerana mereka ingin faham tentang hal ini dan 2 lagi pembentang jemputan adalah dari luar negara dan akan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Saya takde masalah, dan merasakan menggunakan BM akan membolehkan mad'u lebih faham tentang isu yang ingin saya sentuh. Pun begitu, kertas kerja saya tetap sediakan dalam BI, kerana pada saya rujukannya lebih mudah dan juga sebagai 'long term' nya saya boleh hantar kertas itu untuk penerbitan dalam mana-mana jurnal yang sesuai.

Ketika saya dijemput untuk ke Radio IKIM bagi tujuan rakaman pengenalan kepada program ini, saya tidak kenal siapa pun dari PEMBINA. Kami hanya bertemu kali pertama di IKIM, dan denyutan nadi saya meyakinkan bahawa ia bukan pertemuan pertama dan terakhir. Saya yakin, mereka ini dikalangan golongan yang ikhlas untuk membina para belia dalam soal kesedaran kepada agama..maka konvensyen mengenai zionis ini adalah peluang untuk memenuhi salah satu tuntutan yang harus dilunaskan untuk tarbiyah syabab Muslim.

Pertama kali saya berdiri di atas pentas di Dewan Merdeka, cukup berbeza, suatu pengalaman baru dan detik bersejarah buat saya dan teman-teman lain. Menjadi pembentang pertama di pagi hari, seawal jam 8.30am (ikut jadual), saya perlu memulakan berkongsi makluman dengan hadirin yang mengharapkan sesuatu, dengan harapan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zionis..saya harus hati-hati, mesti fokus agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Dengan powerpoint yang saya siapkan jam 12.15am pada malam sebelum konvensyen, telah banyak membantu dalam menyampaikan maklumat kepada hadirin. Kertas pembentangan saya lebih kepada kisah pensejarahan, latarbelakang kejatuhan Ottoman, dan kemunculan zionis di tengah-tengah kelemahan Ottoman itu. Jadi gambar, peta, figure dan tokoh yang saya paparkan kepada hadirin itu saya percaya sedikit sebanyak membuka mata mereka, bukan sekadar mendengar sejarah, tetapi dapat melihat serta menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan.

Sesi pertama saya di awal pagi melibatkan gandingan dengan pembentang jemputan dari luar negara iaitu Dr Azam Tamimi, seorang yang tidak asing dalam dunia Palestin. Seorang lagi pembentang jemputan adalah Dr Mohsen Saleh, juga pernah saya kenal sebelum ini kerana beliau pernah menjadi pensyarah di UIA. Sebelum saya menyambung pengajian di Al-Maktoum dulu, saya telah bertemu dengan beliau dan mendapat nasihat yang berguna darinya di samping hadiah buku beliau yang baru sahaja diterbitkan ketika itu. Hanya kami bertiga yang mengisi konvensyen sehari ini.

Saya berkali-kali mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengadakan program ini..saya lihat, kehadiran secara majoriti adalah dikalangan belia muda...suatu perkara yang sangat baik ... anjakan masyarakat telah berlaku dan golongan muda sudah mula sedar keadaan umat Islam di tempat lain.

Satu perkara yang perlu difahami, konvensyen ini bukanlah dengannya akan berakhir kerja-kerja zionis...tetapi konvensyen ini lebih kepada memupuk kesedaran tentang zionis yang mempunyai agenda tersendiri sehingga berjaya menubuhkan negara Israel dan dalam masa yang sama mereka memerintah dengan zalim. Jadi, masyarakat perlu disedarkan untuk menentang zionis, bukan menentang mereka kerana mereka ini bangsa Yahudi. Zionis lah yang menyebabkan tanah Palestin dirampas. Yahudi menjadi mangsa agenda zionis. Sebab itu ada dikalangan Yahudi yang tidak setuju penubuhan negara Israel.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tahniah Dr Roslan. saya berada di konvensyen berkenaan. harap Dr dapat teruskan usaha dan dakwah. insya-Allah al-Quds akan menjadi milik umat Islam semula!

11 May 2009 at 10:18  
Anonymous ummu aiman said...

Salam Dr,
Tahniah diucapkan. I was there myself walaupun akak ni dah masuk kategori mak kpd 'pembina', tp tak mau ketinggalan menumpang semangat anak2 muda kita dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang isu Palestin dan Zionis. I was there for the knowledge and to be enlightened, before playing my role to enlighten others. Tahniah sekali lagi Dr. Semoga dikira amal soleh di sisi Allah.

15 May 2009 at 07:36  

Post a Comment

<< Home