Ibn Khaldun dan Teori Ekonomi
Ramai menyangka bahawa teori 'free market economy' berasal dari pemikir barat, Adam Smith (1723-1790 AD), dan dikembangkan oleh David Ricardo (1772-1823 AD). Namun, tidak kurang juga kajian-kajian baru yang melihat bahawa teori ini sebenarnya sudah disebut lebih awal sebelum pemikir barat.
Menurut Ibrahim M Oweiss, teori ini telah dibincangkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406 AD) di dalam bukunya Muqaddimah. Bezanya, Ibn Khaldun tidak menamakannya sebagai suatu teori, tetapi dia membincangkan perkara 'free market' ini dengan mendalam, termasuklah 'the labour theory of value' yang dibincangkan oleh Karl Marx (1818-1883 AD). Bagi Ibn Khaldun, 'labour is the source of value'.
Menariknya, sumbangan Ibn Khaldun telah dipetik oleh David Hume di dalam bukunya Political Discourses, diterbitkan pada tahun 1752, di mana beliau menyebut: "Everything in the world is purchased by labour."
Adam Smith turut merujuk kepada Ibn Khaldun, dan meletakkan rujukan itu pada nota kaki di dalam bukunya An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations. Oweiss menyebut bahawa jika diteliti nota kaki tersebut, maka dapat diketahui bahawa apa yang di bawa oleh Adam Smith bermula dari Ibn Khaldun.
Dalam perbincangan kami dengan Prof Madya Dr Ahmad Hidayat Buang, beliau ada menyebut bahawa Ibn Khaldun merupakan pemikir Islam yang berada di bawah kerajaan di Andalusia. Maknanya, ada perbezaan pendekatan dan pemikiran jika dibandingkan dengan pemikir Islam yang berada di bawah pemerintahan Baghdad ketika itu. Pemikir Andalusia lebih membincangkan soal-soal kemasyarakatan (mungkin disebabkan faktor geografi dan demografi mereka yang lebih dekat dengan barat), manakala di sebelah Bagdad-Timur Tengah, para pemikir lebih cenderung kepada soal hukum hakam, lebih bersifat keras and orthodox.
Bacaan lanjut:
i. Adam Smith, An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations, ed. by Edwin Cannan (New York: Random House, 1937), p. 30.
ii. David Hume, Political Discourses (Edinburg: Printed by R. Fleming for A. Kincaid, 1752), p. 12.
iii. See Ibn Khaldun, The Muqaddimah, an Introduction to History, tr. by Franz Rosenthal, 3 vols., 2nd ed. (Published for the Bollingen Foundation by Princeton University Press, 1967)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home