Google
 

Friday, October 29, 2010

Seminar Peureulak - Perlak, Banda Aceh

Assalamualaikum,

Seminar Peureulak ... klik di sini

Ketika diminta untuk membentang kertas di Seminar Peureulak, saya masih lagi memikir apakah yang akan saya tulis dan ketengahkan nanti. Saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang Peureulak ini.

Setelah beberapa ketika, saya mengambil masa untuk mendalami sejarah Peureulak. Rupanya banyak perkara yang kita harus belajar dari Peureulak. Ia menyimpan banyak kesan sejarah Islam di Alam Melayu. Masih banyak perkara yang perlu untuk dikaji bagi menjawab persoalan-persoalan historis.

Siapa yang membuka Peureulak / Perlak? Bila? Bagaimana? Kenapa? Apakah keistimewaan Peureulak? Pendek kata, semua persoalan yang bermula dengan 4W 1H itu harus diutarakan untuk dirungkai bersama dengan bukti2 sejarah.

Saya akui pada awalnya terasa ia bukan bidang saya, tetapi atas permintaan, saya perlu tunaikan dan membuat pembacaan, kajian serta menghasilkan tulisan makalah. Alhamdulillah makalahnya sudah ada.

Insya Allah tajuk yang akan dibentangkan ialah: Peureulak sebagai pusat peradaban Islam pertama di Asia Tenggara dari sisi kajian historis.

Tajuk yang ditulis didalam kertas ToR kepada saya sebenarnya lebih sesuai untuk Dr Tatiana, sarjana dari Russia kerana beliau pengkaji naskah-naskah Melayu.

Saya akan kongsikan makalah tersebut dengan para peserta di IAIN Al-Raniry, Banda Aceh pada 30 Oktober 2010 (Sabtu)... esok hari.

Terima kasih kepada penganjur, Fakultas Adab IAIN al-Raniry.. Bapak Profesor Misri Muchsin, bapak Ajidar dan para dosen yang membuka ruang kerjasama ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home