Google
 

Wednesday, January 09, 2008

2008 Tahun Untuk Mengiktiraf Israel? Bersediakah Anda?

Berdasarkan pelan damai yang dibincangkan di Amerika pada bulan Nov 07 yang lepas, pihak US bersedia untuk mewujudkan negara Palestin merdeka. Negara Palestin itu akan terdiri dari 2 daerah utama, iaitu Jerusalem dan Gaza. Ia 2 daerah yang terpisah, tidak bersempadan antara satu sama lain, dalam negara Israel sekarang.

Dalam sidang negara Arab pada tahun 2002, mereka telah menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf kewujudan Israel, dengan syarat Israel berundur mengikut sempadan yang ada sebelum tahun 1967. Maknanya, Israel perlu memulangkan kawasan yang dijajah pada tahun 1967.

Pendek kata, perjuangan proses damai yang berjalan sekarang adalah ke arah penyelesaian melalui kaedah two-state solution. Jika kaedah ini terlaksana pada tahun ini, bermakna negara-negara Arab, negara-negara Islam dan negara-negara yang masih belum mengiktiraf Israel, termasuk Malaysia akan mengiktiraf kewujudan Israel dalam peta dunia.

Bersediakah anda untuk mengiktiraf kewujudan Israel?

Rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanah mereka, mungkin ada juga yang sudah berasa fed-up dengan suasana tidak aman sejak berdekad-dekad yang lalu. Ada antara mereka yang bersedia untuk mengiktiraf Israel sekiranya negara Palestin dapat diwujudkan.

Saya berpandangan, masyarakat Islam secara keseluruhan akan reluctant untuk mengiktiraf Israel.. mereka akan melakukan apa sahaja untuk tidak melakukan apa2 hubungan dengan Israel .. saya bimbang ia akan mewujudkan suasana yang lebih tidak aman .. cuma, apa lagi solusi yang ada untuk mereka di Palestin? bolehkah kita merencana apa2 pelan ? cabaran ni...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home