Google
 

Tuesday, July 21, 2009

Bumi Kenyalang ... Hornbill

pertama kali menjejak kaki ke Sarawak terasa seperti pergi ke luar negara. nak masuk ke negeri ini perlu melepasi imigresen. setiap orang perlu ambil visa walaupun mereka adalah rakyat Malaysia, kecuali rakyat bumi kenyalang sendiri. bezanya, kalau ke luar negara seseorang perlu membawa passport antarabangsa. nak masuk sarawak, cukup dengan munghulur kad pengenalan diri. hulur i/c, pegawai imegresen akan semak dan akan diberi slip pas masuk. saya diberi kebenaran 90 hari berada di sarawak. tetapi saya hanya duduk di sini tak sampai 2 hari, cuma sempat menginap 1 malam.

selesai urusan saya di UiTM Kota Samarahan pada isnin 1pm, saya berehat-rehat sambil menikmati makanan. sambil makan, keluar la macam-macam cerita dan yang menarik perhatian saya ialah fatwa baru mufti Sarawak mengharamkan ulat mulong. Saya sebenarnya nak tengok macamana orang makan ulat itu. Saya taknak makan, cuma nak tengok orang makan. Fatwa mufti tersebut dikeluarkan atas alasan ia menjijikkan. Saya diberitahu ramai juga orang Islam di Sarawak yang rasa tak puas hati atas fatwa itu dan cuba untuk membantah.

Selepas zohor, saya di bawa ke bandar kuching, ke pasar Satok yang glamer dengan ikan terubok masin. Saya tak beli kerana pertamanya saya nak bermalam di Sarawak takut ikan tu tak tahan, keduanya kerana saya kurang minat nak makan ikan ini. Teman-teman yang bersekali dalam lawatan ke Satok membeli ikan itu secara borong...ikan-ikan itu dibungkus dan dibuat pemegang ala-ala membimbit laptop dan ia boleh di bawa ke dalam pesawat.

Selepas Satok, kami di bawa ke kedai Kek Lapis Maryam. Amaran diberi supaya jangan tekejut dengan harganya. Bila masuk kedai tu, ingat tak terkejut, tetapi rupanya memang terkejut jugak la.. satu kek tu harga RM135, RM115 dan saiz yang biasa boleh dapat kat Mydin dengan harga RM10, kat kedai Kak Maryam ni dijual RM30. Saya tak kisah, janji sedap. Jadi saya beli satu yang besar untuk isteri, anak-anak dan nak bawak bagi rasa kat orang pejabat.

flight sudah panggil...

Saturday, July 18, 2009

Mencari makna hidup

Hidup itu sesuatu yang indah. Bangun pagi, boleh melihat dunia, boleh melakukan aktiviti sampai malam..sampai kembali tidur. masa tidur juga indah, mimpi macam-macam.. ada yang menggunakan mimpi untuk percaya kepada sesuatu yang dia dapat dalam mimpi. dapat ilmu, jumpa guru, para wali dan macam-macam lagilah cerita yang pernah didengar.

Kehidupan perlu untuk difahami. Falsafah kehidupan jika diteliti dari sumber-sumber Islam, ia tidak hanya untuk dunia tetapi ia menjadi sesuatu yang harus di manipulasi untuk kegunaan akhirat. Kejayaan di dunia dalam ertikata kejayaan berpegang dengan syariat pasti akan memberi kejayaan di akhirat. Jika kejayaan harta semata-mata, akhirat belum tentu selamat. Kalau berjaya dari sudut harta, kena pastikan harta itu dikeluarkan haknya untuk fakir miskin dan asnaf. Dengan cara itu kita dapat pastikan harta itu boleh menjadi cagaran kepada kita untuk akhirat, bukan menjadi liabiliti disebabkan oleh banyaknya syubhah yang ada disekeliling harta itu ataupun disebabkan oleh sumbernya yang tidak jelas.

Allah menyatakan dalam Quran mengenai kehidupan:

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga dengan harta dan anak bagaikan hujan yang menghasilkan tanaman yang mengagumkan petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadid:20)

Ayat di atas memberi petunjuk kepada mereka yang mahu mengambilnya sebagai panduan. Ia adalah ayat al-Quran, Quran yang menjadi pegangan setiap individu Muslim.

Ada dikalangan kita yang tidak menafikan ayat-ayat al-Quran ini tetapi tidak mahu mengikutnya. Jika alasan yang diberi itu kerana kejahilan mereka, saya kira beban untuk memahamkan mereka terletak pada para da'ie.. tak kiralah da'ei itu orang agama atau orang bukan agama tetapi mereka faham agama. Pointnya, kena bercakap dan menyampaikan.

Bagaimana untuk kita memaknakan kehidupan ini?

Bagi orang agama, atau ada latarbelakang agama atau yang berminat dengan agama yang selalu dengar kuliah di masjid, surau atau paling kurang dalam radio Ikim.fm akan mudah untuk menjawab. Hidup berpandukan syariat, akan membuatkan hidup sentiasa bahagia..mungkin inilah yang akan menjadi jawapan golongan sebegini.

bagaimana pula dengan mereka yang hidup tanpa peduli urusan agama seperti mereka yang suka berhibur, duduk di kelab-kelab malam, pelanggan kelab, hidup dikelilingi model wanita mengikut selera? Owhhh dunia itu syurga bagi mereka yang mengikut hati dan perasaan .. mereka boleh hidup bebas mengikut kehendak nafsu walaupun nama mereka Ahmad, Kasim, Aisyah, Maisarah dll. Nama mereka indah, cukup sifat Islam pada nama tersebut, tetapi jangan terkejut jika kita dapati mereka juga terkial-kial mengikut rentak lagu di kelab-kelab malam.

Sesetengah mungkin terfikir mengapakan kita tidak boleh hidup bebas? tidak boleh melakukan apa saja mengikut kehendak sendiri? mengapa kita mesti mengikut syariat?

sekali lagi, soalan ini mudah untuk dijawab dan dimengerti oleh orang yang beragama. Orang yang tidak beragama, atau dalam kata lain terlalu sosial atau liberal, persoalan ini sukar juga untuk dicerna. Ada ketika, menjawabnya perlu kepada kaedah logika. Tidak semudah membacakan dalil, nas mahupun menghuraikan maqasid syariah.

Menurut saya (meminjam ungkapan yang sering diungkap oleh teman Indonesia), mencari makna hidup perlu kepada usaha serius. Sebaiknya usaha secara berjama'ei. Usaha individu pada banyak keadaan sukar untuk diperkasa, walau tidak dinafikan ada yang berjaya. Ia juga berkait dengan hidayah, tetapi hidayah tidak boleh dijadikan alasan untuk bertemu Tuhan dengan menganggap 'belum sampai hidayah' untuk melakukan sesuatu yang baik dalam kehidupan ini.

Quran mengingatkan: Dan bekerjalah, nescaya Allah akan melihat amalan kamu.... (al-Taubah: 105).

Saturday, July 11, 2009

Isu seputar Israk Mikraj

Saya ditanya mengenai isu-isu seputar Isra' Mi'raj. Macam-macam persoalan yang ditumbulkan. Kebetulan, saya pernah membuat kajian tentangnya ketika saya melakukan kajian untuk phd saya suatu ketika dahulu.

Artikel mengenainya juga pernah diterbitkan oleh Journal of Islamicjerusalem Studies, UK. Artikel tersebut bertajuk Islamicjerusalem: The Land of the Night Journey and Ascension, atau Islamicjerusalem (Baitul Maqdis / Bayt al-Maqdis): Tanah Israk dan Mikraj.

Artikel tersebut tidak menumpukan kepada cerita umum Israk dan Mikraj kerana cerita tersebut boleh didapati dalam banyak tulisan-tulisan yang ada dalam pasaran.

Tetapi, saya membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh para pengkaji peristiwa ini terutama beberapa pandangan orientalis yang cuba menafikan peristiwa ini berdasarkan fakta yang dikemukakan.

Ya, ada banyak hadis yang menceritakan ada dikalangan sahabat tidak percaya tentang peristiwa ini, termasuklah hadis yang menceritakan peristiwa ini di mana ada yang percaya ia hanya perjalanan ruhi semata-mata tanpa jasad. Ini mudah dipatahkan, kerana hadis yang menyatakan Nabi SAW pergi bersama ruh dan jasad itu banyak yang darjatnya sahih. Di samping itu, beberapa potong ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa Nabi SAW menghadap Allah SWT dengan ruh dan jasad.

Apa yang saya cuba nak fokuskan ialah mengenai dakwaan orientalis. Mereka membawa fakta yang boleh menggugat kepercayaan sebahagian umat Islam. Malah, jika seseorang itu tidak mahu percaya kepada hadis, anti hadis, maka sangat mudah bagi mereka untuk terpedaya dan mengikut pandangan para orientalis.

Antara fakta yang cuba di bawa ialah ketika berlakunya Israk dan Mikraj, Masjid al-Aqsa masih tidak wujud secara zahir. Mereka mengatakan apabila diteliti maksud al-Aqsa dalam lafaz bahasa Arab, ia membawa maksud 'yang paling jauh'. Jadi persoalan yang dikemukakan ialah apakah masjid yang paling jauh tersebut?

Mereka turut mengatakan bahawa interpretasi masjid yang paling jauh itu hanya dibuat oleh ulama' tafsir terkemudian dengan menisbahkannya terletak di Bayt al-Maqdis. Sedangkan pada pandangan para orientalis, ketika zaman Nabi SAW masjid al-Aqsa tidak wujud pun di Bayt al-Maqdis.

Hujah mereka berdasarkan fakta-fakta sejarah Islam itu sendiri. Pertamanya, mereka menyatakan Nabi SAW tidak pernah tinggal di Bayt al-Maqdis terutama fatrah selepas baginda dilantik menjadi Rasul. Jadi, sudah tentu mereka menganggap tiada rumah ibadah bernama masjid al-Aqsa yang didirikan di sana kerana umat ketika itu masih belum kenal Islam.

Kedua, fakta di mana Masjid al-Aqsa hanya dibina selepas kewafatan Nabi SAW iaitu pada zaman Abdul Malik bin Marwan yang seterusnya menafikan kewujudan Masjid al-Aqsa pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ini sebenarnya hujah yang paling kuat bagi mereka dalam mencari hujah untuk menafikan lansung peristiwa yang berlaku ke atas NABI SAW ini.

Sungguh licik hujah mereka sehingga jika kita berpegang kepada logik akal pasti kita akan terpedaya dengan hujah sebegini. Jika seseorang terpengaruh dengan idea-idea liberal juga saya semacam pasti mereka akan cuba mempertahankan hujah para orientalis. Sesetengah mereka menganggap orientalis ini adalah idola, sarjana yang objektif, maka mereka bersikap 100% akademik. Maka jadilah sepertimana golongan yang mati-mati mempertahankan evolutionist bukan creationist terhadap kejadian manusia.

Saya pada awalnya membaca dengan penuh hati-hati hujah mereka. Saya cuba untuk menjadi objektif, tetapi hati saya tetap mahu supaya kebenaran ini diserlahkan...dicari bukti-bukti untuk menyokong atau menafikannya.. lalu bermualah beberapa siri argumentasi bersama penyelia saya, seorang Arab Palestin yang menguasai bidang ini. ketika itulah saya diminta untuk membaca beberapa tulisan lain, untuk mencari logika dan mencari hujah tentang perkara ini. Teman-teman sepengajian turut membantu, lalu saya memperolehi banyak idea, cadangan dan bahan bacaan berkenaan dengannya.

opsss terpaksa stop kejap.. nanti sambung. sesiapa yang inginkan artikel itu, boleh hubungi saya.