Google
 

Saturday, May 30, 2009

Cabaran Mufti Alaf Ini

Mufti merupakan satu jawatan penting dalam pentadbiran neger-negeri di negara kita. Mereka penasihat kepada Raja. Mereka bertanggungjawab mengenai umat Islam di negeri-negeri. Mereka perlu memastikan umat Islam tidak terpesong akidah, syariah, akhlak dan segalanya.

Namun dalam keadaan zaman yang menyaksikan ramai ilmuan Islam yang mendapat pendidikan secara lansung baik di Timur Tengah, di tanahair mahupun di timur atau barat, cabaran untuk Mufti itu bertambah berat.

Zaman kini memerlukan Mufti melengkapkan diri dengan jawapan-jawapan logik, berbentuk saintifik atau paling tidak boleh menjawab secara tuntas sehingga masyarakat puas hati.

Orang-orang yang belajar bukan dalam bidang agama juga sekarang ini ada yang terikut aliran-aliran tertentu sehingga mereka mahir aliran yang dianutinya dan selepas itu akan menduga dengan soalan-soalan kepada para Mufti.

sambung nanti....

Labels: ,

Thursday, May 28, 2009

Tuan Tabal: Classical Malay Muslim Scholar

At the moment, I am involved in a research about Tuan Tabal, which could be claimed as one of the famous classical Muslim scholar. This is despite of the other two researches, one is relating to Islamicjerusalem and the other is Islamic Education.

Saya menguasahakan penyelidikan mengenai Tuan Tabal ini bersama Prof Madya Dr Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim sebagai ketua penyelidik, di bawah geran penyelidikan UM. Ia suatu penyelidikan yang panjang jika ingin di kaji semua aspek mengenai beliau. Buat masa ini kami cuba untuk menumpukan kajian kepada hasil karya beliau iaitu kitab-kitab yang dihasilkan. Kitab-kitab itu masih ada yang digunakan untuk pengajian-pengajian berbentuk tradisional.

Tumpuan adalah kepada kitab utama beliau dan kitab tasawuf. Penyelidikan ini masih dan kami sedang berusaha meneliti tulisan-tulisan beliau ini.

Mengenai susur galur keluarga beliau, kami masih belum melakukannya secara terperinci. Saya diberitahu melalui beberapa sumber termasuk dari Dr Zaki sendiri (cicit Tuan Tabal), bahawa keluarga Tuan Tabal ini besar. Katanya setiap kali perhimpunan keluarga, kehadiran adalah mencecah ribu, dan sudah tentulah jika jumlah sebegini besar ia memerlukan satu padang bola untuk buat majlis.

Ada juga yang memberi maklumat bahawa keluarga Tuan Tabal ini sudah dibuat silsilahnya menggunakan perisian internet 'Geni'.

Dr Zaki sendiri juga ada menguasahakan silsilah Tuan Tabal ini dan telah juga dipamerkan di UM ketika lawatan Pro-Canselor UM, Raja Nazrin ke Akademi Pengajian Islam beberapa tahun lalu. Ketika itu saya masih belum menjadi staff UM.

Selepas Dr Zaki membentangkan satu pembentangan mengenai Tuan Tabal dan Sumbangannya dalam Persuratan Melayu Islam di Tanah Melayu dalam satu siri seminar Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam tahun lepas, saya mengusulkan bahawa tajuk ini dikembangkan untuk penyelidikan lanjut. Saya mengusahakan kertas kerja itu dan sekarang beliau mengepalai penyelidikan ini.

Maklumat asas kami perolehi dari lisan Dr Zaki sendiri dan kami mengambil kesempatan juga untuk turun berjumpa waris-waris ulama' ini dengan bantuan pembantu penyelidik. Saya sendiri secara kebetulan, tanah perkuburan keluarga sebelah emak kepada ayah isteri saya adalah bersebelahan dengan tanah perkuburan Tuan Tabal dan ahli keluarganya. Jadinya, sempatlah saya mengambil beberapa gambar untuk manfaat penyelidikan ini.

Saya berterima kasih kepada ikhwah yang sanggup memberikan maklumat seperti di bawah:

"saya jumpa blog ni masa searching about tuan tabal. memandangkan dr. ada buat research psl tuan tabal, saya ingin cadangkan dr. contact dgn Mr. Mark Sedgwick lecturer kat Aarhus Univ, Denmark. dia pernah buat kajian psl tarekat ahmadiah dan pernah menginap kat rumah saya masa buat kajian tu."

Saya tidak tahu kaitan pemberi maklumat ini dengan Tuan Tabal tapi saya beranggapan beliau adalah dikalangan waris ulama' tersohor itu.

Saya menulis ini sebagai refleksi kepada maklumat yang diberikan dan saya akan cuba menghubungi Mr Mark tersebut. Camana nak hubungi? ini yang perlu magic ni...mmm kena fikir sendiri.

Labels: ,

Sunday, May 24, 2009

iPhone 3G Menguja



Sambil jalan-jalan di town, sempat singgah di kedai menjual henfon...

dapat pula pegang iphone 3G 8 dan 16gb..

memang teruja.. cuma ongkosnya bagaimana sii..

Thursday, May 21, 2009

Conference 9 May 2009

I delivered the first paper in this convention about Zionism.

Huge crowd in Dewan Merdeka (Independence Hall), Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.



Congrats to organizers and committee members who worked hard to ensure this convention run smoothly.


The pics are of the courtesy of PEMBINA website and it shows all ...




braaavvo

Labels: , , , , ,

Tuesday, May 19, 2009

One Scotland Many Cultures; One Malaysia ...

Di Scotland saya lihat ada poster tentang kepelbagaian budaya.. perkataan yang tertera ialah One Scotland Many Cultures ... Satu Scotland Pelbagai Budaya. saya cuba perhatikan poster tersebut dan seingat saya memang dah lama mereka promote perkara ini.

Dalam kaedah yang hampir sama, PM ke-6 Malaysia membawa gagasan One atau Satu Malaysia. Mafhum daripadanya bolehlah untuk dimengerti tetapi ramai juga yang cuba menimbulkan pelbagai persoalan sampingan.

banyak yang menarik untuk dirungkai tetapi saya suka untuk membiarkannya dibincang oleh pengulas-pengulas yang lebih handal... saya tak reti nak ulas banyak.

cherioooss

Saturday, May 16, 2009

Meeting with Al-Maktoum Institute Principal Prof Malory Nye

Friday, had a privilage to meeting Prof Malory Nye, the Principal of Al-Maktoum Institute at his office. I was not expected that the meeting will be long but it ended up almost an hour and half. It was 4.45pm, when I looked at the watch on the wall.

The meeting was about the relationship of the University of Malaya and the Al-Maktoum Institute, to look at possible areas of working together in relation with MoU between two parties. At the UM, Academy of Islamic Studies is made responsible to working together with Al-Maktoum Institute and my present at the Institute is an advantage to discuss of practical steps which can be done in the near future.

Prof Malory was telling me of the new development of the Institute and some physical changes within the building which I could easily noticed, i.e the Principal Office is relocated at the ground floor, not at the top anymore. The new room of the Principal is nice, I like the colour of the room.

I have been made aware of the new programmes which will be introduced next year, including the MA in Multiculturalism etc.

Wednesday, May 13, 2009

May 2009 di Dundee

Perjalanan dari KL ke Dundee, Scotland mengambil masa kira2 24jam.. jaulah ilmi bermula waktu saya turun dari rumah ke klia jam 11pm waktu Malaysia, 4pm waktu UK. Sampai di Glasgow airport jam 12.35pm waktu UK, 7.35pm waktu Malaysia. Sampai di Dundee naik bas jam 4.40pm, 11.40pm waktu tanahair.

ya 24 jam, kerana transit di Dubai. kalau flight non-stop, 14 jam ja ke UK dan utk sampai Dundee mungkin tambah lagi 5 jam, naik domestic flight atau train dari London.

saya naik bas nak ke rumah sewa dari bandar Dundee, lalu depan Al-Maktoum, waaa teringat waktu pertama kali ke situ dulu without MA n PhD, untuk belajar peringkat pasca-ijazah....sekarang datang kembali untuk meneruskan research dan menambah pengetahuan dalam bidang ISLAMICJERUSALEM.

perjalanan yang panjang itu membuatkan badan saya letih. Selepas solat Asar + Zohor jam 7 malam, saya terbaring penat dan terlelap. Kul 11pm ada kawan kejut untuk solat Maghrib + Isya. Pastu tidur sampai subuh kul 4am.

Sekarang masih lagi nak ejas mode UK.

Sunday, May 10, 2009

Jaulah Ilmi KUL-GLA

saya sedang bersiap untuk esok...jaulah ilmi ke negara orang-orang yang suatu ketika dahulu tidak disukai oleh bangsa inggeris...bangsa scots...perjalanan dari KL via Dubai dan ke Glasgow. belum packing ni... nak bawa sikit sahaja barang...mencari angin segar dan semangat baru penyelidikan ilmiah.

Saturday, May 09, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Alhamdulillah, hari ini selesai satu pembentangan di dalam Konvensyen di atas, anjuran Aman Palestin dan PEMBINA. Ikhwah dari dua institusi ini dibantu oleh beberapa pertubuhan dan sukarelawan, telah berjaya menghimpunkan lebih 3000 peserta di Dewan Merdeka, PWTC. Kapasiti dewan sekitar 2700, tetapi penganjur tidak dapat menyekat bilangan peminat yang hadir walaupun pre-reg telah dibuat namun masih ramai yang datang secara walk-in, tanpa daftar.

Saya diminta oleh ikhwah penganjur untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk 'The Downfall of Islam (Ottoman Empire) and the creation of 'illegal' State of Israel'..sepanjang berita permintaan pembentangan ini disampaikan kepada saya, setiap hari saya berada dalam keadaan tidak tenang, memikirkan bagaimana kertas yang ingin saya kemukakan nanti. Syukur, 2 hari sebelum konvensyen, saya sempat meng 'email' kan kepada Dr Kamil, teman saya dari PEMBINA. Walaupun kami baru kenal antara satu sama lain, tetapi kemesraan mereka membuatkan saya teruja dan salute kepada kerja-kerja yang mereka jalankan.

Pada awalnya saya diminta untuk menyampaikan pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Lalu, saya menyediakan kertas di dalam bahasa tersebut. Tetapi pihak penganjur menyatakan ada permintaan supaya pembentangan saya di buat dalam Bahasa Malaysia, kerana mereka ingin faham tentang hal ini dan 2 lagi pembentang jemputan adalah dari luar negara dan akan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Saya takde masalah, dan merasakan menggunakan BM akan membolehkan mad'u lebih faham tentang isu yang ingin saya sentuh. Pun begitu, kertas kerja saya tetap sediakan dalam BI, kerana pada saya rujukannya lebih mudah dan juga sebagai 'long term' nya saya boleh hantar kertas itu untuk penerbitan dalam mana-mana jurnal yang sesuai.

Ketika saya dijemput untuk ke Radio IKIM bagi tujuan rakaman pengenalan kepada program ini, saya tidak kenal siapa pun dari PEMBINA. Kami hanya bertemu kali pertama di IKIM, dan denyutan nadi saya meyakinkan bahawa ia bukan pertemuan pertama dan terakhir. Saya yakin, mereka ini dikalangan golongan yang ikhlas untuk membina para belia dalam soal kesedaran kepada agama..maka konvensyen mengenai zionis ini adalah peluang untuk memenuhi salah satu tuntutan yang harus dilunaskan untuk tarbiyah syabab Muslim.

Pertama kali saya berdiri di atas pentas di Dewan Merdeka, cukup berbeza, suatu pengalaman baru dan detik bersejarah buat saya dan teman-teman lain. Menjadi pembentang pertama di pagi hari, seawal jam 8.30am (ikut jadual), saya perlu memulakan berkongsi makluman dengan hadirin yang mengharapkan sesuatu, dengan harapan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zionis..saya harus hati-hati, mesti fokus agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Dengan powerpoint yang saya siapkan jam 12.15am pada malam sebelum konvensyen, telah banyak membantu dalam menyampaikan maklumat kepada hadirin. Kertas pembentangan saya lebih kepada kisah pensejarahan, latarbelakang kejatuhan Ottoman, dan kemunculan zionis di tengah-tengah kelemahan Ottoman itu. Jadi gambar, peta, figure dan tokoh yang saya paparkan kepada hadirin itu saya percaya sedikit sebanyak membuka mata mereka, bukan sekadar mendengar sejarah, tetapi dapat melihat serta menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan.

Sesi pertama saya di awal pagi melibatkan gandingan dengan pembentang jemputan dari luar negara iaitu Dr Azam Tamimi, seorang yang tidak asing dalam dunia Palestin. Seorang lagi pembentang jemputan adalah Dr Mohsen Saleh, juga pernah saya kenal sebelum ini kerana beliau pernah menjadi pensyarah di UIA. Sebelum saya menyambung pengajian di Al-Maktoum dulu, saya telah bertemu dengan beliau dan mendapat nasihat yang berguna darinya di samping hadiah buku beliau yang baru sahaja diterbitkan ketika itu. Hanya kami bertiga yang mengisi konvensyen sehari ini.

Saya berkali-kali mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengadakan program ini..saya lihat, kehadiran secara majoriti adalah dikalangan belia muda...suatu perkara yang sangat baik ... anjakan masyarakat telah berlaku dan golongan muda sudah mula sedar keadaan umat Islam di tempat lain.

Satu perkara yang perlu difahami, konvensyen ini bukanlah dengannya akan berakhir kerja-kerja zionis...tetapi konvensyen ini lebih kepada memupuk kesedaran tentang zionis yang mempunyai agenda tersendiri sehingga berjaya menubuhkan negara Israel dan dalam masa yang sama mereka memerintah dengan zalim. Jadi, masyarakat perlu disedarkan untuk menentang zionis, bukan menentang mereka kerana mereka ini bangsa Yahudi. Zionis lah yang menyebabkan tanah Palestin dirampas. Yahudi menjadi mangsa agenda zionis. Sebab itu ada dikalangan Yahudi yang tidak setuju penubuhan negara Israel.

Wednesday, May 06, 2009

Menulis Kertas untuk Konvensyen mengenai Zionis

sudah 2 minggu saya tak boleh bergerak bebas macam ada sesuatu yang mengikat... ya kerana ada paper yang belom beres.. kena buat paper untuk konvensyen hari Sabtu ini di PWTC. saya diminta oleh penganjur untuk bentang kertas kerja. InsyaAllah saya boleh cuma menulis ni lambat sikit. Esok -khamis- saya jangka akan siap dan boleh dihantar kepada penganjur.

konvensyen itu di sini: www.kbaz.net

Tuesday, May 05, 2009

Jalan Jem

Hari ini macam biasa saya bersiap nak pergi kerja awal pagi, tapi bila isteri minta beli ayam, saya pergi ke kedai dahulu.. Jam 7.40am selesai pembelian dan balik ke rumah. Lepas hantar barang dan tinggal anak kat rumah, saya terus nak pergi ke tempat kerja. Hujan renyai-renyai. Dalam hati saya merasakan jalan mungkin akan jem, tambahan pula jam sudah 7.45am, ramai orang akan guna LDP untuk berkejar ke tempat kerja. Sampai saja di cabang nak ke LDP, nah.... tepat sekali... jalan jem..

saya terus tukar plan, buat u-turn dan pegi minum dulu kat kedai mamak. Jam 8.25am saya keluar kedai. Belum sampai kat cabang LDP tu, saya dah nampak kereta bersusun perlahan. Jadinya saya tukar lagi plan, terus balik rumah dulu...saya fikir lebih baik saya turun dalam pukul 10 nanti untuk elak jem ni.

Fenomena LDP ini memang begitu waktu pagi... kalau turun rumah 7 suku, maka anda akan menjadi mangsa kesesakan. Kalau nak pergi kerja awal, paling lewat kena turun pukul 7am, lebih pada itu jalan akan sesak.

Yang buat kita tak tenang lagi waktu memandu dalam kesesakan ini ialah apabila kita dengar Radio, tak kira la mana2 stesen samada Radio 24, IKIM.fm, atau yang lain-lain mengenai laopran trafic... Laporan trafik dari Lembaga Lebuhraya Malaysia selalunya akan bagitau 'kenderaan bergerak perlahan' atau 'kenderaan bergerak lancar' ... orang yang terlibat dalam kesesakan ini akan terasa laporan tu terlalu 'lembut' dalam menggambarkan kesesakan... perlahan dan sesak itu dua situasi yang berbeza.. slow and congested dalam laporan Inggeris, kan berbeza tu. LLM ni patutnya bagitau dengan ayat yang lebih tepat la, kalau sesak, cakap la sesak... janganla jalan sesak dia cakap lain .... 'kenderaan bergerak perlahan' itu adalah rentetan dari kesesakan... lebih baikla cakap sesak terus supaya berita itu tidak 'misleading' membuatkan orang salah faham.

Saya tak suka memandu dalam kesesakan ini. Saya rasa ramai juga yang macam saya, tak suka memandu waktu sesak. Untuk itu, kita mengharapkan gambaran berita yang lebih tepat dalam menggambarkan keadaan lalulintas ini.

Saturday, May 02, 2009

Jaga Exam

Hari Sabtu pun kena jaga exam.... takde cuti panjang buatku ... Tempat: Aras 2 Bangunan Peperiksaan .. Calon: 24 orang.

Friday, May 01, 2009

Selsema Babi @ Swine Flu ... Pandemic ... Panic

Dunia sedang dilanda virus terbaru H1N1 yang asalnya adalah dari binatang dan kini boleh berjangkit kepada manusia daripada hubungan dengan manusia. Ia dikelaskan oleh WHO berada pada tahap ke-5, satu tahap lagi nak capai tahap maksima, iaitu tahap 6. Virus selsema ini berpunca dari babi dan teruk melanda Mexico, merebak ke US, Canada, UK, Spain dan beberapa negara Eropah.

Di negara kita, ada 1 suspek di Hospital Sungai Buloh, tetapi disahkan tidak dijangkiti virus tersebut.

Dalam khutbah Jumaat siang tadi, khatib di Masjid al-Mukarramah Bandar Sri Damansara turut menyentuh dalam khutbah ke-2 tentang virus ini. Jamaah di minta berhati-hati dan khatib turut mengumumkan akan ada solat hajat selepas selesai solat Jumaat bagi memohon perlindungan Allah supaya ia tidak merebak kepada umat Islam dan juga tidak merebak di negara ini.

Saya rasa canggih jugak khatib tu kerana alert dengan situasi dunia. Maknanya khatib, imam, penceramah atau guru agama sekarang ini tidak boleh dipandang lekeh atau dianggap tidak tahu perkembangan semasa. Mereka sudah peka dengan perkara-perkara yang berlaku diseluruh dunia walaupun yang teruk dilanda wabak itu adalah negara bukan Islam.

Sebelum wabak ini melanda, saya sudah agak lama merancang untuk ke luar negara. Saya berhasrat untuk pergi ke UK dalam masa 10 hari lagi untuk melakukan penyelidikan berkaitan bidang saya iaitu Islamicjerusalem dan Palestin. Pada mulanya saya rancang untuk ke US juga dan surat kebenaran majikan sudah diperolehi. Tetapi saya dinasihatkan oleh bos supaya tidak ke sana kerana demi mengelak daripada wabak tersebut. Reaksi awal saya macam nak pegi juga ke US tu, tetapi apabila diingatkan begitu, saya terfikir juga buat apa untuk ambil risiko. Malah Islam juga turut mementingkan al-wiqayah iaitu pencegahan yang digambarkan sebagai lebih baik daripada mengubati. Jadinya saya mengambil langkah al-wiqayah itu. Maknanya saya tidak akan ke US. Manakala ke UK ini, buat masa ini saya berhasrat untuk teruskan ke sana. Insya Allah saya yakin kalau niat baik, tujuan baik, perjalanan akan dipermudahkan. Saya tidaklah 'menyerah' begitu saja, saya juga sedang memerhati perkembangan terbaru, jika terlalu teruk, ada kemungkinan saya akan tangguhkan dahulu perjalanan ke luar negara ini.

Ketika wabak ini sedang berleluasa sekarang, saya teringat juga apabila negara kita dilanda oleh Virus Nipah satu ketika dahulu. Kalau tak salah, ia juga melibatkan babi yang diternak. Saya masih ingat TV melaporkan bagaimana babi-babi itu dibunuh, dikambus di kawasan Bukit Pelanduk, Sepang dan sekitarnya. Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat pasukan Tentera bagi memusnahkan babi-babi tersebut.

Tetapi ia sedikit berbeza sekarang ni. Mesir ambil inisiatif untuk bunuh babi ternakan di negara mereka. Langkah yang diambil Mesir itu tidaklah nampaknya 'disokong' oleh WHO, kerana pada pandangan mereka babi-babi yang ada masih lagi selamat. Makan daging babi pun masih selamat, asalkan ia dimasak pada paras lebih 70 darjah celcius kerana pada tahap itu ia dapat memastikan tiada virus dan kuman yang hidup. Sepintas lalu kelihatan ungkapan WHO itu bercanggah jugak, iaitu mereka kata selamat tapi kena masak pulak... adakah kalau tak masak pada tahap tersebut, ia boleh menyebabkan wabak itu merebak?

Mungkin itulah ada hikmah yang besar disebalik pengharaman makan daging babi di sisi Islam. Sudah banyak contoh yang boleh dilihat. Sudah banyak virus yang datang dari babi. Bagi orang Islam, cukup mudah untuk kita kaitkan isu ini dengan agama. Tetapi bagi selain Islam, iaitu bagi Kristian dan Budha yang kuat makan daging binatang ini, macamana kaedah nak memahamkan mereka? Saya rasa kalau mereka mahu berfikir, mahu menerima hakikat, pastilah mereka sekarang sudah sedar. Ataupun adakah orang yang makan binatang ini mereka akan rasa ketagih untuk makan, kalau tak dapat binatang ni mereka rasa tak lengkap hidup mereka?

Kata pembaca berita Dunia Jam 10 RTM 1, tiap-tiap hari dia akan cakap pada akhir beritanya: 'fikir-fikirkanlah' ........ kalau Farid Esmit Emir tu, dari zaman saya kecik sampailah sekarang, benda tu lah dia akan cakap kat ending berita ... sampai kawan saya boleh hapal skrip dia.