Google
 

Thursday, April 30, 2009

Terkejar-kejar Bayar Cukai

Pada tahun ini saya antara orang yang kena isi borang cukai. Saya memilih untuk menggunakan e-filing, seperti lebih sejuta rakyat Malaysia yang lain. Saya suka cara online, mudah dan senang. Ikut saja figure yang ada dalam borang EC dari majikan, dan letak jumlah dalam e-filing, kita terus boleh tahu berapa jumlah cukai yang perlu kita bayar lagi kepada LHDN atau jumlah yang LHDN kena bayar kembali kepada kita.

Untuk tahun ini, nampaknya status saya ialah 'berhutang' dengan LHDN. Saya kena bayar seribu lebih. Saya mengetahuinya lebih awal, pada pertengahan April ketika saya mula-mula cuba mengisi borang e-filing tersebut. Tetapi saya lewatkan sedikit untuk menghantar borang online itu untuk saya betul-betul puas hati tentang jumlah yang kena bayar. Jadinya, saya tertangguh sehingga hari terakhir 30 April. Saya cuba buat 2-3 hari sebelum tu, tetapi sistem cukup lambat dan mengecewakan, mungkin ramai sangat orang tengah buat access e-filing tersebut. Hari akhir tu pun saya sempat hantar selepas jam 5pm, walaupun saya berusaha dari jam 4pm... traffic jam ... slow a.k.a lambat.

Apapun, ini pengalaman pertama saya membayar cukai dan menggunakan e-filing. Saya anggap sistem tu canggih la sebab dia terus kira jumlah samada kita kena bayar atau kita akan mendapat bayaran. Bagi mereka yang majikan dah potong cukai bulan-bulan melalui PCB, senang sikit. Tapi depend jugalah kalau potongan tak cukup, ia akan jadi seperti situasi saya yakni kena bayar lagi. Banyak pulak tu sampai ribuan ringgit. 'Mano den nak cokau duit ni' ... bak kata kawan2 N9 saya.

Dalam mengisi borang e-filing ni, saya lihat ada satu perkara yang boleh diambil perhatian terutama oleh orang-orang Islam macam saya. Ada satu kolum pelepasan cukai, iaitu ZAKAT atau ZAKAT FITRAH. Kalau kita ada membayar zakat, ia akan memotong jumlah cukai yang kita kena bayar. Contohnya kalau kita bayar zakat RM500 kepada badan zakat bertauliah dan dapat resit, jumlah RM 500 tu akan menjadi jumlah sebenar yang akan ditolak daripada jumlah cukai sebenar kita. Bagus betul benda ni. Sesuatu yang tak akan dijumpai bagi orang-orang yang bekerja di luar negara i.e di barat.

Saya bercadang untuk memohon kepada majikan saya bermula tahun ini untuk memilih untuk membayar zakat daripada memotong PCB tu. Kalau majikan nak potong jugak PCB, potong RM10 cukuplah... selebihnya saya nak bayar zakat. Bukan apa, saya rasa lebih tenang dan lebih menepati syarak untuk bayar zakat. Tak payah 2 kali keja, cukai nak kena bayar, zakat pun nak kena bayar gak. Lebih baik pilih zakat sahaja, ia akan menyelesaikan cukai kita dan membersihkan harta kita dari sisi syarak. Saya yakin dengan cara ini kita akan lebih tenang dan akan lebih rasa barakah terhadap pendapatan kita.

wallahu a'alam bissawab

Sunday, April 26, 2009

Polemik Umat Islam Kembali Lagi

Polemik menganut Islam kembali berlaku dan kali ini ia lebih menggusarkan umat kerana dikatakan ia adalah keputusan yang telah diambik kabinet. Banyak pihak mohon supaya ia disemak semula dan tidak dijadikan isu umum kerana ia boleh menjejaskan perpaduan kaum yang dinikmati di negara ini.

Petikan utusan

Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal

KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.

Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.

Thursday, April 23, 2009

Keletihan Balik Kampung

Diri ini masih terasa keletihan selepas pulang ke KL dari KB..

Trip bermula pada hari Isnin ... di awal pagi, sebelum subuh, isteri 'break bad news' membacakan mesej yang baru diterima "tok ma telah meninggal dunia" ... lalu bermulalah episod menelefon ke sana sini dan keputusan diambil untuk balik dengan kereta.. jam 8.50pagi adik ipar sekelamin sampai di rumah di Sri D'sara .. selepas sarapan, 9.05am terus bertolak ke KB..berita yang diterima mengatakan jenazah akan dikebumikan selepas solat asar..jadi dalam fikiran dan mengikut pengalaman memandu, insyaallah akan sampai sebelum asar, jangka dalam jam 3 lebih...selepas melewati tol RM3 Bentong, saya mengambil exit susur keluar untuk melalui jalan ke Gua Musang...selepas susur keluar, ada panggilan telefon...ringkas perbualan 'change of plan' nak kebumi selepas zohor... aduh, pasti tak sempat la macam ni..apapun, kami teruskan perjalanan juga...sampai di R&R Gua Musang, jam sudah 12.55pm ...duduk sekejap rehat-rehat sebab dah pasti kalau kejar memandu laju-laju pun takkan sempat dengan jenazah ... 1.12pm azan zohor dari surau R&R...kami teruskan perjalanan... bila sampai di kawasan Machang, isteri menelefon dan seperti dijangka jenazah sudah dikebumikan dan sedara mara serta kenalan sudah beredar dari kawasan kubur...cuma yang ada adik-beradik kami yang baru sampai; semuanya tak sempat melihat jenazah kerana tak sempat tiba sebelum/selepas zohor... lebih kurang pukul 3.20pm sudah sampai di kawasan Banggol dan mencari-cari kawasan perkuburan...

Alhamdulillah, 'land mark' masjid Banggol mempercepatkan pencarian kerana kawasan kubur itu bersebelahan dengan masjid...masuk ke kawasan perkuburan jam sudah hampir 3.45pm, pak dan mak mertua serta adik beradik lain semua ada di situ...lebih kurang jam 4.05pm kami yang belum solat jenazah ni ramai-ramai solat di perkuburan itu... selesai solat jenazah, kami duduk-duduk di wakaf; meriah juga sebab ramai adik beradik bercerita macam2... 4.20pm kami terus lakukan solat jamak qasar ta'khir, zohor dan asar di wakaf petak kubur sebelah satu lagi....selesai solat, kami duduk-duduk bersembang dan alhamdulillah dihulurkan dengan jamuan nasi berlauk dengan air... lama juga duduk makan sambil borak-borak... kebetulan abang ipar bagitau kubur Tuan Tabal ada di sebelah sana... saya pun nak ambil kesempatan ziarah kubur Tuan Tabal ini kerana dia seorang ulama' besar dan ia juga termasuk dalam projek penyelidikan saya mengenai Tuan Tabal...itulah benda yang berkebetulan berlaku...jam 5.30pm beredar ke rumah Tok Cek ... terus ke situ, duduk2 dan minum2 sambil borak2 sehingga waktu isya... selepas tu meneruskan perjalanan ke rumah tempat almarhumah meninggal dunia untuk program Tahlil ... saya dan isteri terlewat sampai, tahlil dah selesai...duduk di situ sampai jam 10.30pm...pastu kami bertolak balik ke Besut.... sampai kat tangga rumah jam 12pm...penat...

esoknya lepas Subuh, adik ipar sudah berangkat pulang ke KT... saya nak tidur tapi tak menera... terus saja buat keja sikit2, makan2 dan borak2.... ambil pokok2 bunga untuk di bawa ke KL ... sedar2 dah pukul 10.20am ... kami terus bersiap utk balik ke KL .. 11am kami makan2 sikit dulu .... pastu, hampir kul 12pm kami pun bertolak ke KL ... adik ipar bawa... kul 2 kami tiba di Gua Musang, rehat kat RnR... hampir kul 3pm meneruskan perjalanan ...sampai di KL Sri D'sara jam 7.15pm... waktu tengah memunggah barang masuk ke rumah, azan maghrib dari masjid dilaungkan.... alhamdulillah perjalanan semua selamat..

lepas maghrib, adik ipar balik ke rumah dia... saya dan isteri makan malam, lepas tu terus terbaring dah tak larat .....badan kepenatan... apapun, syukur dapat pergi dan balik dengan selamat.

badan masih letih.

Saturday, April 18, 2009

Menidakkan Kebenaran Satu Kezaliman Nyata

Berada dalam dunia akademik memberi ruang untuk seseorang mengkritik dan dikritik. Ahli akademik perlu bersifat terbuka, tidak boleh berfikiran sempit apatahlagi untuk mempunyai sikap 'saya sahaja yang betul' atau sikap ke-aku-an yang dikenali juga dalam istilah B.Arab sebagai ananiyah. Sikap tidak menerima kritikan apabila dikritik juga harus dielakkan dengan menjadikan sikap berlapang dada sebagai tunjangnya.

Sebahagian ahli akademik, kelihatan suka mengkritik dan tidak suka diri mereka dikritik. Apatah lagi yang dikritik adalah seorang Profesor dan yang mengkritik berada pada ranking sedikit bawah iaitu Profesor Madya atau Pensyarah biasa. Sebenarnya, memang sukar untuk menerima kritikan. Namun, ia tidak harus menghalang seseorang dari mengkritik dan mengeluarkan pandangan idea-idea yang bernas. Ia tidak harus menjadi seperti berada dalam ketenteraan yang mementingkan persetujuan walaupun tidak bersetuju dengan kata 'ya tuan' atau 'yes bos'...bidang akademik tidak begitu sifatnya, kerana ia bukan bidang pengurusan atau bidang yang memerlukan taat setia seperti dalam hal pertahanan.

Sesetengah yang dikritik merasakan diri mereka tercabar dan yang lebih teruk jika ada yang terasa maruah mereka jatuh. Jika ini yang dirasai, maka tidak hairanlah jika reaksi orang yang dikritik itu menjadi agresif dan bertindak mempertahankan idea-idea asalnya. Walaupun ada kalanya pandangan yang dipertahankan itu tidak harus dipertahankan. Reaksi sebegini berlaku kerana perasaan tidak puas hati terhadap orang yang mengkritik atau disebabkan oleh rasa tercabar dengan kritikan.

Ada juga situasi di mana yang mengkritik tidak menjada adab sehingga menyebabkan orang yang dikritik terasa hina. Ini boleh berlaku dalam keadaan di mana pengkritik menggunakan nada yang tidak betul, nada yang tinggi sehingga menyebabkan salah faham diperingkat pendengar.

Kesimpulannya....beradab dalam mengkritik....berlapang dada.......dan bersedia untuk dikritik.

wallahu a'alam

Monday, April 13, 2009

Ambil Kira Pandangan Ulama Dalam Menentukan Polisi

Golongan agamawan, ulama', guru agama, pensyarah dan lain-lain kelompok yang seangkatan sebagai ilmuwan Islam tanahair tidak boleh dipinggirkan dalam merangka sebarang usaha pembangunan negara. Golongan agamawan terlibat dengan golongan akar-umbi, yakni mereka ini kelompok yang merakyat. Ada juga sesetengah golongan agamawan memilih cara gaya hidup elit kerana sering dipanggil mengisi ceramah di merata-rata tempat, di TV dan sebagainya, namun majoriti golongan agamawan masih memilih untuk hidup sederhana dan tidak menonjol diri. Mereka lebih selesa begitu. Bukan mereka tidak layak untuk hidup cara elit, tetapi ilmu mereka mengajar tentang qanaah, bersyukur, merendah diri, tidak mendabik dada dan lain-lain sifat mahmudah.

Golongan agamawan terutama golongan ulama' seharusnya kini dilibatkan bersama dalam membina kerangka masa depan negara. Dalam aspek pembangunan, tak kira samada ingin membangun modal insan, mengisi kerahonian anggota perajurit, aspek pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan segalanya, adalah lebih molek dilibatkan mereka.

Ada dikalangan mereka yang berada bersama parti-parti politik kerajaan mahupun opposite-nya, ada yang memilih untuk berada dalam NGO atau badan bukan kerajaan, ada juga yang tidak memilih wadah dan platform untuk mereka bergerak. Guru-guru agama di pondok-pondok atau di SAR selalunya tidak punya wadah khusus untuk bergerak, walaupun mereka ini sebenarnya mempunyai buah fikiran yang baik.

Sesetengah ahli akademik memilih untuk bersama dengan Persatuan Ulama Malaysia kerana lebih selesa dengan sifatnya sebagai badan NGO Islam, berkecuali dan boleh memberikan pandangan-pandangan yang menjangkaui kehendak parti-parti politik. Mereka tidak mahu dipolitikkan. Mereka boleh bergerak lebih terbuka dengan NGO. Mereka boleh menganjurkan seminar-seminar tanpa pengaruh politik, berprogram dengan pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan badan-badan lain tanpa curiga. Mereka juga dekat dihati akar umbi.

Oleh yang demikian, wajar untuk dilibatkan golongan agamawan ini agar mereka dapat memberi idea-idea bernas pembangunan negara seperti yang diingini oleh agama. Banyak aspek-aspek yang telah disentuh oleh ulama' silam dalam hal membangun negara, seperti pandangan Ibn Khaldun, al-Farabi, al-Ghazali, Malek Bennabi (Malik Bin Nabi) dan lain-lain tokoh prominen. Tokoh pemikir moden turut memberi pandangan mereka seperti Naquib al-Attas melalui pelbagai tulisan beliau. Ahli fikir dikalangan agamawan sudah pasti mengetahui pandangan ulama dan idea-idea pemikir ini dan sudah tentu boleh dimanfaatkan untuk membangun negara dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020 nanti. Walaupun mempunyai target sebegini diterima agama, sebenarnya apa yang dianjurkan agama adalah menjangkaui 2020. Ia harus tidak dilupakan aspek 'life after death', di mana akidah Islam menyatakan setiap manusia akan mati dan akan dibangkitkan kelak untuk menjalani kehidupan kali ke-2 yang lebih kekal dari dunia yang dihadapi sekarang.

sekian.......

Saturday, April 11, 2009

Kabinet Baru: Datuk Jamil Khir Punyai Tugas Berat

Saya percaya ramai yang memerhati perubahan kabinet baru di bawah kepimpinan PM ke-6 ini dengan penuh minat. Penganalisis politik semasa turut memberi pandangan mereka secara terbuka. Saya perhatikan ramai penganalisis sudah tidak terlalu berlapik dalam memberi komen mereka. Melalui RTM, TV9, Astro Awani dan Bernama 24, saya sering memerhati idea-idea yang dikemukakan oleh pengulas-pengulas yang bijaksana.

Saya cuma ingin berkongsi, itupun secara spesifik terhadap pertukaran Menteri di JPM yang menjada hal-ehwal agama. Tugas baru terletak di bahu Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Saya tidak mahir untuk mengulas menteri-menteri lain. Menteri di JPM ini berkait dengan saya yang bertugas sebagai pensyarah pengajian Islam. Oleh itu lebih selesa untuk mengulas mengenainya daripada yang lain-lain.

Seperti yang saya kemukakan pada tajuk di atas, itulah yang saya kini percaya bahawa Datuk Jamil Khir menggalas satu tugas yang cukup berat. Pertamanya, berdasarkan apa yang dibangkitkan dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lalu, iaitu seakan parti itu tidak memberi tumpuan kepada golongan agama. Apabila parti dikatakan bersikap sebegini, maka ia secara tak lansung turut memberi gambaran bahawa kerajaan juga perlu bekerja keras untuk menarik kerjasama para golongan agamawan. Golongan agamawan ini rapat dengan rakyat kerana kebiasaannya mereka terlibat memberi kuliah, mengajar dan membimbing dalam bab-bab agama. Jika parti tidak memberi tumpuan kepada golongan agamawan, janganlah pula kerajaan bersikap dengan sikap yang sama. Oleh itu saya melihat, tugas Menteri di JPM ini berat dalam ertikata untuk mendapatkan sokongan golongan agamawan dan rakyat terbanyak dalam polisi-polisi yang ingin dilaksanakan yang berkait dengan skop agama itu.

Kedua, saya melihat konsep Islam Hadari yang diperkenalkan oleh PM ke-5 yang lalu tidak mendapat sokongan solid golongan agamawan. Malah dikalangan golongan yang tidak berkelulusan agama di dalam parti yang menguasai kerajaan hari ini juga kelihatan ada yang tidak bersetuju dengan penjenamaan Islam itu. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya yang terhad, di dapati bahawa persoalan utama yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan istilah. Manakala dari sudut isi itu tidak sangat menjadi polemik di kalangan pemikir, ahli politik dan golongan agawan yang ada.

Saya melihat perkara ini dengan lebih dekat apabila saya diminta untuk menyampaikan ceramah mengenai Tamadun Islam dan penganjur iaitu Politeknik Ungku Omar meminta supaya dikaitkan dengan prinsip Islam Hadari dalam membangun tamadun. Dalam kajian literatur yang dibuat, saya sempat menyelak pandangan pemikir-pemikir tanahair seperti Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid, tulisan Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi, pandangan Prof Dr Abd Halim Mat Diah, artikel Datuk Nakhaei Hj Ahmad dan lain-lain....menariknya apabila PRof Madya Muhamad Kamil memberitahu bahawa persoalan yang beliau hadapi apabila menerangkan tentang Islam Hadari di seluruh MAlaysia ialah persoalan istilah, bukan tentang isi kandungannya. Tetapi persoalan istilah inilah yang telah menyebabkan ramai terkeliru, sehingga sesetengah masyarakat agak sangsiang dengan pendekatan yang ingin di bawa. Persoalan ini tidak boleh lagi dipandang ringan, kerana ia melibatkan kefahaman di kalangan rakyat. Tugas berat Menteri untuk mengkaji semula perkara ini terutama istilahnya. Saya kira jika istilahnya ialah 'Masyarakat Hadari' ia tidak akan menjadi polemik lagi. Dikalangan akademik macam saya, persoalan istilah itu bukanlah terlalu dipentingkan, tetapi masyarakat di luar mereka mempunyai persepsi yang lain. Oleh yang demikian, jika pengkajian semula dapat dilakukan sepertimana yang diingini oleh PM ke-6, saya rasa ia akan memberi satu pengharapan baru agar pendekatan Islam yang lebih komprehensif dapat dilaksanakan di Malaysia dalam kepelbagaian bangsa yang ada.

Seterusnya ialah cabaran yang datang melalui gerakan tersusun pemikir-pemikir liberal yang terlibat juga dalam hal gender dan sebagainya, di mana mereka ini adakalanya memperjuangkan hak-hak yang telah dijamin oleh agama tetapi mereka ingin mempersoalkan perkara tersebut dengan pelbagai alasan seperti penindasan terhadap golongan wanita, ketidakadilan dan sebagainya. Saya kira golongan ini akan terus mendesak untuk bertemu dengan Menteri untuk menyampaikan idea mereka seterusnya untuk mendapat sokongan atau simpati serta melobi agar pergerakan mereka disokong. Dalam hal ini, saya kagum dengan ketegasan bekas Menteri di JPM yang lepas dimana beliau bertegas tidak mahu bersemuka dengan kelompok sebegini. Membenarkan mereka bersemuka membawa maksud mengiktiraf pergerakan mereka. Itu yang masih dipegang kerana tidak mahu kesucian agama itu dicemari oleh tanggapan negatif penganut Islam sendiri yang tidak mahu memahami hikmah nas yang ada.

Yang lainnya, masih banyak jika ingin dienaraikan. Tapi saya rasa tugas utama adalah untuk membetulkan persepsi rakyat terhadap Islam di Malaysia dan mendapatkan sokongan yang padu golongan agamawan terhadap agenda masa depan Islam di Malaysia tercinta ini.

Sekian.

Friday, April 03, 2009

Guess Who? Professorrrrrrr ....

He is Profesor Ars ..........................



rilex bro ... looking forward this weekend fixture. .... would it be a revenge game after 3-0 lost?

Thursday, April 02, 2009

Di Ambang PM Baru - Fenomena Obama Malaysia?

Jumaat ini akan menyaksikan PM Malaysia ke-6 akan mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan DYMM Yang Dipertuan Agong di Istana Negara. TV pasti akan menyiarkan detik peralihan kuasa tersebut. Rakyat Malaysia dan penduduk dunia boleh menyaksikannya melalui siaran-siaran media...teringat saya seperti detik-detik sebelum-semasa-selepas Obama mengangkat sumpah hampir 3 bulan lalu.

Alangkah seronok jika peristiwa besar ini dibuat di dataran awam lalu rakyat dapat bersama hadir menyatakan sokongan ... saya lihat tidak banyak negara yang sanggup berbuat begitu. Ia style Amerika.. England tidak melakukannya di depan public. Sewaktu peralihan kuasa daripada Tony Blair kepada Gordon Brown, ia berlaku di Istana Buckingham. Upacara angkat sumpah dilakukan di dalam istana.

Bolehkah negara kita melakukan sesuatu yang baru? mengangkat sumpah di hadapan rakyat yang memerhati di dataran awam?

Saya jangka masalah keselamatan akan menjadi penghalang utama. Ia akan membuka risiko yang perlu difikirkan. Amerika berbelanja cukup besar, berbilion wang untuk tujuan keselamatan, bagi memastikan majlis berjalan dengan selamat. Pasukan keselamatan bertugas dengan berhati-hati, penuh disiplin pada hari berlansungnya majlis.

Biarkan rakyat merasai perubahan ini...pastikan rakyat menjiwai jiwa pemimpin, pemimpin juga menjiwai perasaan hasrat hati rakyat...